BEREHAT SEBENTAR

Rabu, 18 Mei 2011

PANAS, BARA MEMBARA, GELEGAK MENGGELEGAK....

Panas, bara membara, gelegak lagi menggelegak..... ibarat kata menonton cerita lawak sudah tidak rasa lawak lagi, kisah sedih tidak menyentuh hati lagi, pedasnya makanan sudah tidak menggigit lagi, turut tidak terasa walau semanis mananya madu.
Memanglah siapalah kita ini, akan tetapi jangan disangka kuda lumba akan terus berlari ke garisan penamat sedang perutnya kosong tiada berisi, luka dikaki tidak pernah dirawati. Kandangnya bocor sudah bertahun lamanya, tatkala hujan tidur dalam kebasahan. Situan durjana terus mendabik dada yang dia punya segala. Ingin menjadi juara dalam segala peraduan.
Janganlah lupa bahawasanya panas pagi belum tentu sampai ke petang, tapai diragi belum tentu akan manis, pau diuli belum tentu akan gebu. Keperihan dan kesakitan ini sudah agak membentan, rasa jelik ini semakin meloyakan. Luka sudah semakin bernanah.
Panas semakin membara, gelegak semakin menggelegak.

Rabu, 4 Mei 2011

Berat Bahu memandang Berat Lagi mata Yang Memikul....

Dunia hari ini serba jadi... jadi tak hairanlah kalau aku dengan sengaja membalik pusingkan peribahasa yang menjadi tajuk entry kali ini. Dunia hari ini yang salah itu walau sudah terang lagi bersuluh akan tetapi oleh kerana adanya kepentingan besar disitu ianya boleh menjadi benar sebenar-benarnya. Maka begitulah jua jika ianya benar janganlah diharapkan ianya akan kelihatan benar oleh orang lain jika tiada kepentingan besar disitu.
Dunia hari ini jawapan bagi 1 + 1 bukan lagi 2, ianya boleh jadi 100 ... dunia hari ini jika benda yang kita lihat itu berwarna hitam janganlah kita menentusahkan ianya adalah hitam kerana mungkin akan ada orang lain berkata ianya adalah kuning. Maka kita tidak boleh pening, mahupun pecah kepala memikir akan dakwaan orang itu kerana dunia hari ini serba jadi.
Dunia hari ini hakikatnya dikuasai wang ringgit. Wang ringgit mungkin sudah sampai menjadi tuhan kepada sesetengah manusia. Sudah tidak ada pertimbangan peradaban, kemanusiaan jauh sekali agama. Mereka fikir dengan wang ringgit mereka boleh beli segala-galanya. Keluarga, rakan-rakan, sahabat taulan dan masyarakat. Jika ini berlaku... ops! bukan jika lagi, ianya memang berlaku... amat malanglah kita hari ini. Ada manusia bertopengkan insan mulia tetapi dalam masa sama melakukan kekejaman yang tidak tersedar oleh dirinya mahupun insan lain. Mengajak manusia kepada menyiapkan diri mengumpul kemewahan akan tetapi dalam masa sama juga mengajak manusia lupa pada tanggungjawab bermasyarakatnya.
Dunia hari ini dengan duit segaa-galanya nampak mudah. Termasuklah mata yang terang mudah menjadi kelam. Rasuah bertaburan disana sini kerana manusia amat sangat perlu kepada duit. Siang malam tiada yang lain difikirkan melainkan duit. Untuk mudah memperolehi duit pelbagai cara jalan dilalui dari usaha dari bawahan hinggalah rakus mengejar kuasa untuk mudah beroleh duit.
Dunia hari ini sudah jadi caca marba, tunggang langgang, haru biru, hilang nilai-nilai murni, hilang nilai-nilai kekeluargaan, hancur nilai-nilai persahabatan, musnah nilai-nilai kejujuran, yang ada hanya satu matlamat bahawa duit adalah segala-galanya. Kerna itu dunia hari ini sudah bukan janggal lagi sesuatu yang didepan dibelakangkan, sesuatu yang diatas di kebawahkan, sesuatu yang jelik jadi pujaan, sesuatu yang mulia jadi kehinaan.
Kerna itu juga dengan sengajanya aku mencoretkan tajuk entry ku sebagai berat mata memikul, berat lagi bahu yang memandang kerana mata sudah tidak mampu memandang dan bahu pula sudah tidak mampu untuk memikul lantaran itu kita cuba memecah tradisi dengan bertindak luar dari kebiasaan bermula dari sebaris ayat sebagai pembuka minda. Dengan harapan agar yang sesat kembali kepangkal jalan, yang meraba kembali kita sama-sama melihat.
Kepada yang merasa jelik pada aku anda sebenarnya benar-benar ketinggalan zaman......

Selasa, 3 Mei 2011

HIDUP YANG TIDAK SEIMBANG

Apa yang tidak seimbang? perbelanjaan harian dengan kadar pendapatan. Sudah amat sangat tidak seimbang. Namun dipihak kerajaan perkara ini seperti tidak ada usaha untuk membantu rakyat. Dikala harga minya dunia naik, harga minyak kita turut akan dinaikkan, tetapi dikala harga minyak dunia turun, harga minyak kita tidak juga turun. Tidak ada alasan diberikan pun, malahan tidak juga ada sebarang ulasan tentang penurunan harga. Aku bukanlah pakar ekonomi yang bijak pandai tetapi berfikir paras pemikiran aku tentang ekonomi ni, keadaan sudah sangat tidak ada seimbang.
Perbelanjaan harian meningkat berkali ganda sudah sejak sekian lama, namun tiada diikuti dengan penyeimbang dari segi pendapatan. Tidaklah nampak kesungguhan dimata aku usaha pihak berwajib untuk betul-betul membantu/membela rakyat yang semakin tertekan. Apa lagi yang dinantikan? Kesungguhan rakyat melaksanakan tanggungjawab usahlah dipersoalkan, ketika ini ingin pula kita melihat kesungguhan pihak berwajib menggunakan kuasa yang ada untuk benar-benar memberikan nilai kesejahteraan kepada rakyatnya.
Nasi yang sedang ditanak sekarang ini sudah ada dalam dua keadaan, satu sudah hampir menjadi bubur, dan satu lagi sudah semakin hangus.... fikirkanlah....

Jumaat, 8 April 2011

TUNJUKKANLAH KEBENARAN YA ALLAH....

Terlalu banyak sangat peristiwa semasa yang membuatkan masyarakat resah dan tertanya-tanya apa sebenarnya berlaku. Seorang anak muda yang bakal berkahwin mati jatuh bangunan lalu dikata dengan pelbagai kemungkinan yang antaranya bunuh diri. Logikkah seorang yang bukan dituduh, hanya sekadar saksi dan bakal berkahwin akan membunuh diri ? Terkini seorang yang dikatakan baik, agak alim ( menjaga solatnya) juga menemui ajal dengan jatuh dari bangunan. Aku tak mau ulas dibangunan mana sebab korang semua pun tahu dimana. Yang menjadi soalnya kenapa dan bagaimana ia boleh berlaku ? Logikkah seorang yang menjaga amal ibadahnya tergamak untuk terjun membunuh diri. Orang yang menjaga amal ibadah ini adalah orang yang rapat dengan penciptanya sekurang-kurangnya tahu akan hukum orang yang membunuh diri. Jika besar mana pun masalah yang melanda pastinya dia tahu bahawa itu adalah ujian dari Allah s.w.t. Apa saja yang ditimpakan kepada kita semestinya kita menerimanya sebagai ujian, susah itu ujian, senang juga ujian, sihat itu ujian, sakit juga ujian dan serba serbinya ujian. Orang yang longggar pegangannya sahaja pada agama mungkin akan terfikir untuk membunuh diri. Ya Allah semoga perkara-perkara ini akan kau bukakan jalan penyelesaiannya. Kau gagalkanlah sekiranya ada perancangan yang tidak baik yang bersifat aniaya. Tunjukkanlah kebenaran hapuskanlah kebatilan. Janganlah kau kenakan balamu kepada kami semua. Kenakanlah kepada mereka yang bertanggungjawab. Berilah kemenangan kepada kebenaran dan serlahkanlah kebatilan agar ianya dapat ditolak segenap insan yang beriman dan mahu kepada kebenaran. Amin ya rabal alamin.... cucurilah rahmat ke atas roh arwah penolong pengarah kastam selangor itu...

Rabu, 6 April 2011

SIAPA KATA AKU TAK POSITIF....

Siapa kata aku tak positif ? Kalau aku tak positif aku dah tak hidup dah. Keluarga aku dah berantakan dah... kehidupan aku sudah tiada ertinya.... kawan-kawan aku entah kemana dah.... Siapa kata aku tak positif ? Oh... orang yang sibuk mengejar kekayaan yang kata. Mungkin sebab aku tak nak kaya... Tak nak kaya ? woihh... siapa tak nak kaya.... semua orang mau kaya... tapi kan kaya itu banyak jalannya... ada rezeki takkan kemana .... Positifnya aku sehingga hari ini aku enjoy menikmati kehidupan bersama orang2 tersayang, teman2 terbaik disekelilingku. Aku enjoy melalui proses kehidupan harianku. Tiada lagi lembaga menyesak fikiran yang mengejar aku. Bagiku satu saja sesiapa pun kita, hormatilah orang lain dan jangan kita mengecil dan menyindir orang lain hanya kerana tidak bersatu dengan kita. Hormatilah hak setiap individu. Janganlah sehingga ternampak keangkuhan yang membawa kepada kejelikan dan kemeluatan. Akukah yang tidak positif atau kamukah yang makin negatif ? Lu pikirlah sendiri....

Selasa, 5 April 2011

KEBAHAGIAAN TIDAK SEMESTINYA MEWAH

Kebahagiaan bukan ukurannya pada kemewahan. Orang yang mewah bukan semestinya kamu bahagia. Kamu mungkin merasakan kamu ada segalanya akan tetapi kamu tidak ada apa yang ada pada mereka yang biasa-biasa sahaja tetapi tetap bahagia sepanjang masa. Kamu sentiasa diburu dan memburu masa mengumpul kemewahan membukit, menggunung mungkin, tetapi kamu lupa tuntutan hidup yang perlukan banyak masa untuk bersama insan-insan tercinta mengisi ruang-ruang hidup yang singkat dengan penuh bererti. Memburu kemewahan dengan meletakkan ketepi kepentingan-kepentingan ini adalah sesuatu yang malang. Keakraban dan kasih sayang menjadi taruhan mengejar mimpi. Lantaran kehidupan normal laksana insan-insan lain diketepikan. Apa erti kemewahan begini ? Kamu katakan orang yang mewah ada banyak masa luang. Apakah luang yang ada jika sentiasa mengejar masa mengumpul kemewahan yang tak cukup-cukup. Kemewahan tidak boleh membeli masa dan ketika berharga. Kemewahan tidak boleh membeli nilai persahabatan dan kemasyarakatan. Jauh sekali kemewahan boleh membeli kejujuran. Siapa kata orang yang tidak mewah itu tidak bahagia. Kemewahan mungkin tiada padanya tetapi erti dan menikmati hidup ada pada mereka ini. Kebahagiaan bersama insan tersayang tiada nilainya dengan wang ringgit. Kehidupan yang singkat perlu dinikmati seadanya. Jangan dikacaukan jiwa yang tenang dengan JEMBALANG WANG yang tiada kesudahan dan tidak pernah cukupnya walau dikumpul sebanyak mana pun. Tidak mewah bukan gagal dalam hidup tetapi tidak normal seperti insan lain itu adalah kegagalan dalam hidup.

Sabtu, 2 April 2011

NAIK LER LAGI... NAPER SIKIT SANGAT...

Sikit benor naik nyer rege minyok... 2 kupang ajer... teman udoh jadi tak heran doh sbb selalu benor naik nyer. Aper nak heran ? bile musim deroyan rame berani nampor.... apa deme nak heran.... saman buleh bayo.... nikan pulak rege minyok yang seciput itu.... masih jauh muroh yeob kalu nak bandin negare lain..... Eh eh... suke nyer mike yeee... bleh buat modei meniaga.... tu le... mengeluh buat hape.... buat ler meniage.... cari la duit lebih..... yo yo aaaa je.... piso sekupang jadi 2 henggit buleh ler.... Moh ler kite gi isi tangki nyer yer.... sape lagi nak beli kalau tak kite.... Yo yo ooooo jer.... lantak kamu ler..... ade deme heran.....

Isnin, 28 Mac 2011

MENGEJAR KEKAYAAN BIAR BERPADA

Mengejar kekayaan untuk kesenangan hidup dihari muka memanglah baik. Siapa yang tak mahu kaya ? dan semestinya bukan mudah untuk dicapai. Walau ada yang mendakwa ianya mudah namun tidak semudah didakwa. Hidup ini adalah satu pilihan. Kita memilih jalan hidup kita akan tetapi ketentuan takdir juga tidak boleh kita ketepikan. Bukanlah bertujuan untuk dijadikan sandaran kepada takdir ini tetapi kita tidak boleh lari darinya. Dalam mengejar kekayaan banyak pengorbanan dituntut dari sipengejar. Jika sipengejar itu sudah berkeluarga maka lebih besar pengorbanan yang perlu dilakukan. Lebih mudah bagi sipengejar yang masih solo atau sudah berkeluarga tetapi belum punya zuriat. Mereka bebas mengatur masa untuk aktiviti harian mereka. Akan tetapi pada aku janganlah mereka cuba hendak mengajar orang yang sudah berkeluarga untuk mengatur masa kerana mereka tidak ada pengalaman mengurus rumahtangga dan anak-anak. Mereka tidak faham dan tidak tahu masalah orang lain. Setiap orang itu berbeza, jangan dipukul sama rata. Janganlah mudah mengungkap orang lain boleh kenapa kita tak boleh. Masalah setiap insan tidak sama. Duit bukanlah segala-galanya walau pun zaman ini segala-galanya adalah duit. Dengan duit kita mungkin boleh membeli setinggi mana pun bangunan impian tetapi jangan kerana duit kita menjual atau meranapkan segunung harapan yang sudah sekian lama bersama kita. Keluarga harus diletakkan dihadapan dalam apa situasi sekali pun. Jika ada bisikan yang mengajar kita untuk mengenepikan keluarga seketika haruslah dihindarkan. Tidak boleh diterima akal sekiranya keluarga kita jadikan sebagai batu penghalang kerja kita dan sepatutnya kerja kita juga tidak harus menjadi batu penghalang kehidupan azali kita berkeluarga. Mengejar seribu impian mengorbankan sejuta kenangan dan harapan adalah malang. Ingin mencapai bintang dilangit tetapi melupakan asal usul dibumi amatlah merugikan. Ingatlah diri kita tidak sama dengan insan lain dan begitulah sebaliknya. Kebahagian tidak ada nilainya dengan kekayaan dan kemewahan. Jika begitu keadaannya maka tidak amanlah kehidupan hari ini kerana yang belum mewah itu sentiasa mencari jalan untuk mewah agar beroleh kebahagiaan. Mungkin banyak berlaku jenayah dan sebagainya selain dari mencari secara sah dan halal. Akan tetapi kita perhatikan kehidupan di persekitaran kita, walau pun tidak mewah kebahagiaan tetap terpancar diwajah mereka. Walau terhap perbelanjaan hidupnya, mereka tetap bahagia dan gembira dengan apa yang mereka ada. Apa guna wang yang banyak jika kita tak punya masa. Kejarlah apa saja yang kita mampu asal jangan kita melepaskan apa yang kita ada dan selama ini susah senang telah bersama kita. Jangan terlalu diikutkan seruan2 yang menyumbang kepada pengabaian. Orang kaya selalunya kedekut... itu betul.... orang kaya selalunya tak cukup masa untuk keluarga, masyarakat.... itu jugak betul.... orang kaya selalu memandang rendah kepada yang tak kaya..... itu jugak betul... biarlah kamu kaya tapi jangan ada sikap sedemikian.

Ahad, 20 Mac 2011

SEMAKIN PANTAS...

Apa yang semakin pantas ? tahukah anda kejadian gempa baru-baru ini menyebabkan putaran bumi semakin pantas. Apa ertinya ini ? fikir-fikirkan....

KENAPA ?

Sekarang minyak dunia naik lagi...Dihighlight dikaca TV... subsidi ditambah... itu amanah yang sepatutnya dilakukan dengan ikhlas... tapi kenapa tidak dihighlightkan juga keuntungan PETRONAS juga MENINGKAT. Kita negara ada telaga minyak kenapa perlu digambarkan susah macam negara yang tak ada telaga minyak. Aku tak faham sungguh !!

MEMANG BENAR ....

Suka tak suka, mahu tak mahu memang benar slogan "Rakyat didahulukan, pencapaian diutamakan" sering menjadi kenyataan. Saban hari kenyataan demi kenyataan dapat dirasai. Mungkin ramai yang memahami secara berlainan dengan slogan keramat ini. Yang ramainya yang aku rasa adalah pemahaman seperti ini rakyat akan diberi keutamaan dari segi keselesaan hidupnya, keselamatan hidup, kebebasan hidup dan lain-lain. Pendek kata rakyat seluruhnya tidak akan merasai tekanan dan kesusahan dalam kehidupan harian hari ini. Pencapaian diutamakan tak perlulah diulas.
Akan tetapi bila meneliti nada arus kehidupan hari ini dengan serba serbinya meningkat kecuali pendapatan yang tidak meningkat rasanya seperti ada kekurangan sesuatu pada slogan ini. Kalau hendak seperti yang telah digambarkan diatas adalah amat bercanggah sekali. Apakah slogan itu seperti ini lengkapnya : Rakyat didahulukan :
1. menanggung segala kesusahan dan kepayahan
2. menerima segala kenaikan kos sara hidup
3. merasai derita yang semakin memerit
4. untuk dimomok dengan cerita hantu bawah pokok
5. untuk menolak segala pembaharuan yang lebih baik untuk rakyat
Janganlah ada yang melenting atau marah dengan cetusanku ini. Baca seadanya jika lalu, kalau tak lalu , abaikan saja. Ini adalah realiti kehidupan hari ini. Sejak 2 hingga 3 tahun kebelakangan ini kita lihat contoh harga ikan, dulu ikan kembung sekilo sekitar RM5 - RM6 sekilo sekarang mencecah RM10 sekilo. Ayam dulu ( bukan 10 tahun dulu tapi 3 tahun dulu) RM4.20 sekg tapi sekarang RM 7.50 sekg.
Sekadar menyebut 2 harga barang keperluan ini, apakah pihak berkenaan tak sedar atau buat-buat tak sedar. Kenaikan kos hampir 100%. Siapa nak menafikan ini ? Sebagai insan yang berakal, kita bukan nak melawan tetapi tak ingin rasa diperbodohkan. Perlulah difahami perkara ini dengan sewajarnya dan tidak secara membabi buta. Kenapalah masih ramai yang tak celik akan perkara ini. Sesuatu perlu dilakukan. Yang duk sibuk berjuang kononnya untuk rakyat ni berjuanglah betul-betul untuk rakyat, bukan nak mengenakan rakyat. Kita tunggu dan lihat.

Khamis, 17 Mac 2011

BILA BELACAN RASA COKLAT, BILA KEJU RASA BUDU...

............... ?
!!#)/>><<_(^^^##%%%!!!.........?
YNXN GNX GHYVF XPX AV.......

SALING MELENGKAPI

Dalam hidup ini sebenarnya tiada siapa yang boleh mendabik dada bahawa dia terhebat, terbaik dan sebagainya. Memandang sepi dan sinis pada insan lain amatlah malang bagi yang sering mendabik dada ini. Tidak menghormati insan lain kerana hanya berasa sendiri sudah terlalu hebat amatlah terlebih malang. Jangan kita lupa, dunia ini Allah jadikan dengan kepelbagaian ragam, corak dan resam manusia. Bukan setakat alamayanya sahaja yang pelbagai yang mana saling memerlukan antara satu sama lain dan saling melengkapi.
Tiada satu pun yang boleh berdiri, berlari mahupun terbang dengan sendirinya. Dalam meraikan kepelbagaian ini jangan kita terlalu sombong menafikan hak dan buah bicara insan lain. Memanglah insan lain tidak dapat melihat apa yang kita nampak tetapi sedarlah juga bahawasanya kita juga tidak melihat apa yang insan lain nampak. Dalam meraikan kehidupan yang singkat ini hendaklah kita menerima kepelbagaian ini sebagai satu keraian dalam kehidupan. Kalau semua orang nak makan sahaja siapa pula yang nak memasak dan membasuh pinggan. Kalau semua orang nak memasak sahaja siapa pula yang nak memakan apa yang dimasak.
Kehidupan ini sememangnya dijadikan untuk saling melengkapi. Adanya siang adanya juga malam, adanya hujan, adanya juga panas. Perlambangan ini sudah cukup jelas untuk kita hayati. Oleh itu siapalah kita untuk mengenepikan hak dan kecenderungan orang lain. Ada kawan dan ada lawan. Kawan sebagai pemberi dorongan, manakala lawan sebagai 'check n balance' kepada diri kita. Jangan kita lupa dalam diri kita juga ada kawan dan lawan. Kalau belum pernah berjumpa maka carilah dan saling melengkapilah antaranya.

Selasa, 15 Mac 2011

GURU DAN LILIN

Guru atau lebih tepat pendidik sering diibaratkan sebagai lilin. Ada yang cuba menafikannya kerana nak bagi sedap hati kononnya buat apa macam lilin membakar diri menerangi orang lain walau hakikatnya memang macam lilin. Lebih elok juga macam lilin, kadangkala aku perhatikan guru ni bukan lagi takat lilin tapi kayu api.
Kalau lilin indahlah setara mana pun diwarnakan, diukirkan dengan pelbagai bentuk tetapi bila ianya berbalik kepada fungsi asalnya menerangi kegelapan sesiapa sahaja maka tiadalah juga ertinya indah warna dan ukiran yang diberikan. Kerana itu kadangkala imej lilin itu tidak kelihatan lagi sebaliknya kayu api yang berupa hodoh tetapi fungsi yg sama memberikan nyalaan malahan yang lebih kuat dan terang.
Sebutlah apa saja yang terbaik sentiasa diberikan oleh lilin-lilin yang tahu akan fungsinya.... melainkan lilin-lilin hiasan yang sekadar mengisi almari dan dinding-dinding kepalsuan. Berdiri sombong megah tetapi lupa dirinya juga adalah lilin. Lilin-lilin sebenar ini walau pun terus membakar diri akan tetapi janganlah dilupakan jasanya yang tak kira banyaknya. Pengorbanan yang diberi tak terkira banyaknya..... masa, kewangan.... apa lagi ? Setakat sambutan hari guru setahun sekali dan anugerah tokoh guru yang kebanyakkannya kepada guru-guru yang dah bersara amatlah tidak memadai. Amatlah tidak seimbang jika melihat cara orang lain membuat jasa dan penghargaan yang mereka perolehi.
Dato'Lee Chong Wei, Safee Sali, Nicol Ann David, Azizul Hasni Awang sekadar menyebut beberapa nama yang semua orang kenal akan jasa dan peranan mereka. Terserlahkah mereka hari ini jika tidak ada jasa seorang guru yang mula membimbing dan memberi galakan kepada mereka ini diawal pembabitan mereka dalam bidang masing-masing. Ada ramai lagi insan-insan hebat yang dilahirkan dari sebuah kilang manusia yang bernama SEKOLAH.
Mungkin ramai yang terlepas pandang akan kebajikan orang-orang yang selalu memberi dorongan, galakan, latihan awal dan apa sahaja. Dibahu merekalah diletakkan kekecewaan dan kegagalan dan juga kejayaan. Seperti terlepas pandang bila tiba masa guru-guru hendak bersukan meraikan diri (sebagai contoh ) setelah berpenat lelah membimbing dan menggalakkan kecemerlangan dikalangan anak didik masing-masing, bersukan dalam keadaan serba kekurangan (peruntukan). Membawa pelajar kadangkala duit poket sendiri keluar, sendiri nak bersukan juga keluar duit poket sendiri.... Beginilah nasibnya seorang guru yang diibarat lilin yang tidak dipandang orang.
Orang mungkin akan berkata dah guru memang begitulah resamnya. Atau mungkin ada yang akan berkata jangan mengeluh. Ya benar kita hanya manusia biasa yang tahu juga erti terkilan. Samada perhatian diberi atau tidak kerja/amanah tetap dijalankan. Tanggungjawab tetap dipikul samada yang baik mahupun yang buruk. Akan tetapi alangkah indahnya jika disusuli dengan kesedaran masyarakat, majikan akan kebajikan yang terabai. Guru kepada Dato' Lee Chong Wei tidak nak minta saham amanah 100K seperti yang dia dapat, guru kepada Safee Salee juga sama tidak nak minta seperti apa yang Safee dapat bila menjuarai piala AFF Suzuki tetapi cukup sekadar penghargaan dan kebajikan yang lebih baik.

Isnin, 14 Mac 2011

APA GUNA ?

Apa guna pembangunan yang hebat jika nilai manusia semakin runtuh
Apa guna bangunan tinggi mencakar langit jika akal budi semakin rendah menjunam ke tanah
Apa guna bangunan yang besar-besar jika jiwa insan hari ini semakin mengecil dan kecut
Apa guna kaya raya jika semakin rasa kaya semakin jadi kedekut
Apa guna hidup mewah jika masa berkualiti semakin tiada
Apa guna kuasa jika tidak berkuasa untuk menggunakan kuasa mencari keredhaanNYA
Apa guna kemenangan jika takut kepada kekalahan
Apa guna berjaya jika kejayaan itu sebenarnya hak orang lain yang dirampas
Apa guna , apa guna , apa guna......

Selasa, 8 Mac 2011

YAHOO.... YABEDABEDU....

Yahoo.... yabedabedu..... petrol akan dinaikkan harga lagi.... alangkah bahagianya jika petrol ni tak payah subsidi langsung jadi tak timbul dah isu rakyat negara asing boleh senang-senang beli petrol murah kat sini..... mana bolehhhhh.... dah la kehidupan di negara dia dah ok... nak lagi ok... dengan beli minyak murah di sini.... elok sangatlah disegerakan penghapusan subsidi minyak ni kerana kita perlu menyelamatkan kerugian yang kita tanggung sebab orang asing ni. Lagi pun mandat semakin kuat dan ini isyarat sangat jelas hamba rakyat merestui apa saja kerana itu pastinya kebaikan untuk negara tercinta.
Apa lagi masalah yang membelenggu kita dengan rakyat asing ? tak dak dah kot .... melainkan kerana minyak petrol ni.... Tak sabar sungguh nak merasa mengisi minyak pada harga tanpa subsidi ni.... Janganlah kita bimbang dengan kenaikan harga barang berikutan kenaikan petrol sebab tak pernah pun berlaku kenaikan kos sara hidup kita kerana kenaikan harga petrol ni. Kalau ada pun itu semua hanya mitos... rekaan mereka yang sengaja mereka-reka cerita.... dengkilah tu..... harga barang dunia semua naik.... jadi apalah kuasa negara ni nak kawal harga barang.... ini yang orang ramai tak faham yang tersurat dan tersirat. Nak kata orang kita hidup susah.... pi lah tengok dimana-mana sahaja tak kira siang atau malam kedai mamak, kedai nasi ayam, kedai resepi rahsia, kedai ayam goreng tangki, kedai mat danal, kedai2 tom yam.... semuanya sentiasa penuh dengan pelanggan.... belum lagi kedai bak bintang, putihnya kopi dan lain-lain.... sentiasa penuh dan meriah dengan pelanggan.... tak kisah harga minuman segelas 7-8 ringgit pun, makanan 12 ringgit sehidangan.... makna kata duduk makan sekali habis 20 - 30 ringgit biasanya.... tu belum lagi duit isi petrol.... apa ada hal.....
Kesimpulannya inilah masa yang sesuai menaikkan harga petrol yang tak akan mempengaruhi atau memberi apa-apa kesan negatif kepada orang ramai.... lebih baik lagi kalau ron95 pun di apungkan juga harganya..... bila naik naik..... kalau turun tak yah turun sebab lekat kat dinding.... haha.... tu baru cerita kedai makan..... belum lagi yang clubbing, melancong luar dan dalam.... buat parti2 suka ria.... semua orang banyak wang..... banyaklah alasan nak bantah kenaikan harga minyak.... fikirlah positif sikit.....

Jumaat, 4 Mac 2011

ISLAM... ALAT? .... DIPERALAT ?

Semua orang tahu Islam itu adalah sebuah agama suci yang berlandaskan ajaran dari alquran. Al-quran pula adalah wahyu yang diturunkan oleh Allah swt kepada pesuruhnya Nabi Muhammad s.a.w . Kenapa Al-quran diturunkan agaknya? sudah tentu sebagai panduan kepada umat manusia dalam merencanakan hidup yang baik dan diredhai Allah s.w.t . Melalui pesuruhnya Nabi Muhammad s.a.w seruan/ajaran dari Al-quran disebar luaskan ke serata alam mengajak umat manusia bernaung/berpayung dibawah satu daulah iaitu Islam.
Tidak kira apa keturunan, warna kulit, bahasa pertuturan, bentuk geografi mukabumi dan banyak lagi faktor-faktor lain, tujuan hanya satu memimpin umat manusia ke jalan yang benar lagi diredhai oleh Allah s.w.t pemilik segala alam maya ini. Untuk melengkapkan rukun iman seseorang itu wajib percaya kepada Al-quran.
Siapakah yang perlu kepada Al-quran dan Islam ini ? sudah tentu manusia. Tidak mungkin kambing, lembu, ayam dan itik. Oleh itu manusia perlu memperalatkan Al-quran untuk aturan hidup yang lebih berkat dan diredhai dimukabumi pinjaman ini.
Malangnya hari ini, manusia jahil, sengaja mau jahil, buat-buat jahil dan dijahil seperti tidak mahu percaya kepada Al-quran (Islam) Islam pada mereka hanya ibadah seperti sembahyang, puasa, zakat dan lain-lain yang mudah dan tidak menghalang/menyekat mereka berbuat sesukahati dimuka bumi bertuah ini. Islam bagi mereka bukan satu cara hidup sebab mereka tidak memperalatkan islam sewajarnya sedangkan sememangnya agama Islam itu diturunkan adalah untuk diperalatkan atau dalam bahasa lain digunakan sebagai panduan hidup.
Sebagai contoh mudah... kita membeli sebuah motosikal dan sememangnya kita tahu akan fungsi motosikal itu akan tetapi kita tidak mahu memperalatkan/menggunakan motosikal atas pelbagai alasan yang tidak masuk akal. Sepatutnya kita tunggang/peralat motosikal itu untuk ke satu destinasi yang jauh tetapi kerana KEDUNGGUAN segelintir pemilik motosikal ini mereka tidak memperalatkan/menunggangnya , sebaliknya memikulnya dibahu dan terus berjalan kaki menuju ke destinasi. Tak ke BANGGANG tu namanya. Lepas tu siap buat kenyataan JANGAN MEMPERALATKAN MOTOSIKAL SEBAGAI TUNGGANGAN ( fungsi sebenarnya) .... tak ke bodoh bangang namanya tu....
Tak faham atau buat-buat tak faham ? Malang sungguh mereka ini. Patutlah masalah sosial semakin meruncing sejak akhir-akhir ini sebab mereka tidak mahu Islam itu diperalatkan/digunakan. Apalah gunanya pak-pak alim ulama yang ada disekeliling ramai-ramai kalau benda 'simple' macam ni pun tak faham. Aku jahil tetapi rasanya tak sejahil pak-pak alim pengampu semua. Buktinya aku boleh fikir dan bleh menerima Islam itu sememangnya untuk diperalat/digunakan.
Malang sungguh mereka ini. Cuba menunjukkan kepandaian tetapi semakin terserlah kebodohan. Semakin hari makin nampak bodoh. Bukan setakat nampak bodoh tetapi sahih bodoh. Nak bodoh pun bodoh sendiri sudah la.... janganlah nak ajak orang lain bodoh sekali. Islam memang untuk digunakan bukan untuk disimpan dalam lemari cermin yang diletak disudut gelap dan ditutupi pulak dengan kain hitam. Islam bukan milik siapa-siapa.... Islam adalah milik semua dan untuk semua. Islam menyatukan manusia yang pelbagai kaum keturunan. Dalam Al-quran/ Islam tak ada kata sesuatu bangsa itu amat mulia/hebat. Marilah berfikir secara rasional tentang perkara ini. Jangan tutup fikiran dengan selaput kebodohan kerana dikhuatiri BODOH itu akan kekal dari dulu, kini dan selamanya. Subhanallah!!! wallahualam....

Ahad, 27 Februari 2011

IRAMA DAN GENDANG LAMA....

Setiap kali datangnya musim memangkah, lebih-lebih lagi sejak akhir-akhir ni, semakin kerap didengarkan dendangan orang keluar parti. Tidak kira sedikit atau beramai-ramai pasti irama ini akan diperdengarkan. Dah lama aku perasan paluan gendang ini, dari zaman aku tak faham apa-apa pasal politik ( tidak berminat juga) sehinggalah aku terpaksa berfikir pasal politik ni. Tak ada modal lain ke?
Kalau nak diikutkan ramainya sudah ahli yang keluar dari sesebuah parti sejak dari dulu sampai sekarang, maknanya parti yang berkenaan sudah tidak berahli lagi, kalau ada pun tinggal ajknya sahaja. Tapi ini tidak berlaku pulak.... aku naik hairan. Apa betul ? atau tidak ? jika betul maka habislah ahli sebab orang tak akan berminat lagi untuk menjadi ahli sebab pengaruh melihat orang keluar parti. Jika tidak kenapa parti berkenaan terus bertahan dan ahli bertambah ramai ahlinya ? Mungkin juga ini adalah kesannya bila orang ramai mengetahui bahawa dakyah keluar parti beramai-ramai itu hanya cerita 'padi angin', jadi kesannya adalah sebaliknya. Memang siapa-siapa pun kalau acap kali sangat berasa ditipu.... maka peluang untuk orang yang menipu itu untuk menarik perhatian berkubur tanpa nesan.
Oleh itu wajarkah lagi irama dan gendang yang sama ditiup setiapkali musim memangkah tiba. Wajarkah juga menurap jalan sampai kedepan tangga rumah sehingga lewat malam hanya berlaku dimusim memangkah. Dalam keadaan dunia yang semakin terbuka, sumber maklumat yang semakin meluas ini kenapa masih tidak berubah. Oh ya! mungkin sebab dah tua.... orang tua dia malu nak berubah macam orang muda. Untuk kebaikan yang sebenar-benarnya sepatutnya apa salahnya ?

Jumaat, 25 Februari 2011

APA PUNYA RISAU LA...

Apa punya risau la dengan kenaikan harga minyak dunia. Kerisauan kita nampak sama risau dengan negera-negara yang tak ada keluaran minyak. Kadangkala kedengarannya lebih risau pun dari negara yang tak ada keluaran minyak.
Betapa hebatnya tekanan bila minyak dunia naik. Betapa punya besar pembelaan yang dilakukan untuk rakyat bagi menangani kenaikan harga minyak dunia. Bukan ke kalau harga minyak dunia naik, negara-negara yang ada keluaran minyak juga dapat kesan positif hasil dari kenaikan harga. Lebihlah keuntungan diperolehi oleh negara yang ada keluaran minyak.
Kalau begitu bolehlah ditampung untuk harga jualan minyak tempatan. Tak gitu kah pada aku yang naif dengan urusan ekonomi ni.....

Rabu, 23 Februari 2011

POWER DAH....

Syabas pada team Malaysia yang sedang berlawan dengan Pakistan kerana menunjukkan permainan yang tidak lagi seperti dizaman gelap dahulu. Pastinya cahaya yang mula bersinar ini akan terus memancarkan sinar harapan buat negara.
Semoga terus berjaya.

Selasa, 22 Februari 2011

NAK NAIK LAGI ?

Ada ura-ura Ron95 akan naik lagi. Tapi biasalah bila ura-ura bererti bagi yang mengurusnya akan mengatakan ianya hanya khabar angin sebagai penafian. Masalahnya sebelum ni pun gitu juga.... ada ura-ura (khabar angin) minyak akan naik dan penafian dibuat... tup tup yang ura-ura itu betul yang menafi itu terbukti pembohong. Bukan sekali dua tapi dah agak banyak kali jadi begitu.
Sekarang nak naik pun dah tak heboh... macam tak ada apa-apa yang penting berlaku. Tidak lagi jadi tajuk utama berita media massa nasional. Tiada tinjauan dibuat pada orang ramai sama ada suka atau tidak rakyat marhain ni akan kenaikan harga bahan api. Seperti sengaja perkara ini mahu didiamkan. Cuba jugak untuk seperti berdiam tetapi poket/dompet menjerit kesakitan. Tahukah mereka kita sedang sakit walau kita diam. Tahukah mereka kita sedang menahan rasa dalam sabar. Tahukah mereka bahawasanya mereka semakin menjerut leher mereka.
Biarlah mereka tidak tahu kerana kalau mereka tahu pun apa gunanya. Bukan mereka nak belas kasihan pun. Bukan penting pun kita dimata mereka. Kalau kita ini penting bukan begini caranya mereka perlakukan kepada kita. Apalah daya.... ketika ini biarkan mereka bekerja... nanti sampai masa kita pula bekerja.... dah lama dibubur, semoga sampai masa membubur....

Isnin, 21 Februari 2011

LAMBAT LAGI KOT ?

Berpendapatan tinggi heboh/kecoh diwar-warkan, hampir saban hari minggu dan bulan..... soalnya bila ? Terbaru dengar-dengarnya menjelang menyinsingnya fajar pagi tahun 2020 ekonomi pendapatan tinggi akan terealisasi..... Mak oiiiii lamanya lagi tu....
Perbelanjaan semakin hari semakin meninggi... sejak beberapa bulan lepas , sekarang dan seterusnya nampaknya meninggi tak terkata dah sekarang ni.... sementara nak tunggu fajar 2020 yang lagi 9 tahun nak sampai tu rasanya rakyat marhain ni semua dah bankrap dulu.
Perbelanjaan tinggi tak dihebohkan langsung ( yang realiti sekarang ) yang diheboh dan bising-bising sekarang, yang belum berlaku lagi iaitu PENDAPATAN TINGGI. Rasanya lagu angan-angan yang sering didendang ni (PENDAPATAN TINGGI) buat sakit telinga jer dengar.... buat keluar nanah jer....

Ahad, 20 Februari 2011

KALAU NAK ....

Kalau nak perhatian ?
perlu jual mahal...
perlu nampak tak suka ....
perlu susah di'tackle' .....
perlu nampak melawan....
perlu seperti tidak memerlu...
perlu bikin geram ....
perlu tidak sehaluan/perbedaan...

Yang suka kepada cabaran dan tahu keistimewaan kenapa insan yang dia nak tu jual mahal... dia tak akan berhenti memujuk dan cuba menunaikan apa sahaja kehendak...
Persoalan : Ada lagi ka orang yang macam ni yang suka kepada cabaran untuk beroleh sesuatu ? seboleh-bolehnya semua nak senang... tapi yang senang tu kureng syok nyer... sebab dah tahu tentu dapat....

Sabtu, 19 Februari 2011

TERBALIK KOD.

Untuk merasai kehidupan yang senang sepatutnya kita melihat orang/negara yang lebih senang, akan tetapi kita terbalik kod dengan perlu melihat kepada orang/negara yang lebih susah dari kita.
Untuk menginsafi kesusahan hidup yang sedang kita lalui sepatutnya kita melihat orang/negara yang lebih senang dari kita tetapi kita terbalik kod dengan melihat kepada orang/negara yang lebih susah dari kita.
Ada masa fikir-fikirkanlah. Jika sebenarnya kita patut lebih senang dari yang kita dah rasa senang maka sepatutnya kita menikmati kesenangan itu dan sebaliknya kesusahan yang sedang kita lalui itu digambarkan lebih baik dari mereka yang lebih susah untuk menafikan kesenangan maka ini jugak kita kena fikirkan sewajarnya. Wallahualam....

Selasa, 15 Februari 2011

KIKIS SIKAP SALING MENCURIGAI : TITAH TUANKU

Memang benar dan sangat baik untuk dihayati seruan kebawah duli tuanku yang telah bertitah bahawasanya sikap saling mencurigai harus dikikis bagi memantapkan hubungan sesama manusia dimuka bumi Allah yang kita dipinjamkan ini. Bumi ini bukan milik siapa-siapa, bukan milik sesatu kaum. Bumi ini milik semua. Lantaran bagi mengekalkan keharmonian dan kehidupan yang lebih baik ( saling menghormati, memerlukan dan bantu membantu).
Namun yang sedihnya saban hari juga angin kecurigaan ditiupkan. Persefahaman yang baik antara manusia dan semakin baik kelihatannya menimbulkan resah pada pihak tertentu. Dengan segala kekuatan dan pengaruh yang ada rasa curiga ditiupkan dan dimainkan, Bagaimana ini bisa searus dengan titah tuanku.Sampai bila pun ia sukar dicapai.

Khamis, 10 Februari 2011

ORANG KITA GILA.......

ORANG KITA GILA...... bersukaria dan terlalu penakut.
Orang kita gila bersukaria sebab itu tak kira apa sambutan, perayaan.... orang kita akan kecanduan bersukaria. Tak kira sambutan atau perayaan itu menyalahi pada batasan agama atau tidak yang penting mahu bersukaria. Kenapa begini jadinya ? Sudah tentu orang kita diasuh dengan keadaan dan persekitaran yang memeka kepada sukaria. Dalam suka ria selalunya banyak yang melekakan/melalaikan. Meleka dan melalai dari tanggungjawab beragama, kepada keluarga dan masyarakat juga. Lihatlah pada mana2 sambutan bersukaria... orang kitalah dibarisan hadapan. Hatta sambutan yang diharamkan agama seperti Valentine Day pun orang kita juga yang jadi juara. Dah tahu benda tu haram dan tidak menggalakkan orang ramai terutamanya orang kita terlibat menjadi juaranya kenapa ianya seperti sengaja dihighlightkan di dada-dada akhbar, majalah dan lain-lain sumber media massa berbahasa orang kita ini. Sepatutnya jangan ditimbulkan langsung perkara ini jadi secara sendirinya tidaklah pengaruh itu berkembang. Soalnya kenapa ? Ibarat mulut kata jangan, tapi tangan memberi bahasa menyuruh. Orang kita ni sudah terlemak dengan sukaria dan tidak lupa juga untuk jadi penakut.
Jadi penakut yang bagai mana? Jadi penakut yang percaya kepada cerita tahyul.... dah tahu tahyul kenapa dihighlightkan juga ? adakah supaya sifat percaya dan ketakutan kepada perkara-perkara yang tidak sepatutnya ditakuti ini sangat penting agar orang kita tidak berani berfikir diluar kotak atau berani untuk mencuba sesuatu yang baru, berubah angin atau lain-lain yang memerlukan keberanian. Lantaran orang kita ini perlu dikekalkan RASA INGIN BERSUKARIANYA DAN DIKEKALKKAN RASA PENAKUTNYA atas sebab orang kita perlu terus begitu. Bila nak maju ? Asyik ingat nak bersukaria dan penakut nak buat keputusan yang berbeza untuk merasai berubah. Jangan bicara soal naik ke bulan meneroka angkasa dengan orang kita jika kita sendiri menyibukkan orang kita dengan sukaria dan penakut kepada tahyul. SOMETHING WRONG SOMEWHERE ....

Isnin, 7 Februari 2011

TATKALA KATA-KATA SUDAH 'TIDAK LUT'.

Entah ada atau tidak secara rasminya aku tidak pasti akan istilah 'tidak lut'. Akan tetapi aku pasti ramai yang pernah mendengar malah menggunakan istilah ini. Tatkala kata-kata sudah tidak lut maka ibarat nasi yang diidamkan sudah menjadi bubur, terlajak perahu boleh diundur terlajak kata buruk padahnya. Padah paling minima adalah 'tidak lut' lagi pada kata-kata yang dilafazkan. Hamburkanlah sebanyak mana pun bait-bait puitis bahasa indah sudah pastinya tidak membawa makna lagi.
Kelukaan, kekecewaan, rasa tertipu, rasa dipermainkan dan pelbagainya lagi sudah menjadi tembok-tembok tebal yang yang bakal menangkis bingkisan kata-kata indah dari cuba untuk terus menerobos pintu akal dan tingkap hati. Ketuklah sekuat mana pun, goncanglah segegar mana pun yang pastinya keadaan sudah tidak boleh diselamatkan lagi.
Tiada gunanya menyesali sejarah yang berlaku, kerana diketika kau punya banyak ruang masa dan ketika segalanya terus dipersiakan. Melukai, menghampakan dan mengecewakan adalah permainan biasamu lantaran kau fikir dengan satu dua tindakanmu bisa membuatkan bicaramu masih boleh diberi pertimbangan. Nasi sudah menjadi bubur.... sememangnya bubur itu masih boleh dijamah akan tetapi sudah berlainan caranya. Demi mensyukuri nikmat diberi tuhan kita harus bersifat tidak membazir, maka bubur itu masih kita jamah tanpa melupakan nasi yang diidamkan.
Tatkala kata-kata sudah 'tidak lut'..... kasih berpisah sukar bertaut, siang malam asyik melalut, meracau-racau yang karut marut, hidup kelihatan asyik bergelut, dahan rapuh tempat berpaut, rentak nafas tersemput-semput, gerak geri sentiasa takut. Maka oleh itu dikala masa masih ada, perbaikilah perilaku, hentikanlah sandiwara kerana yang menanti dihadapan belum menjanjikan kata-katamu laku barang sekupang.

Isnin, 31 Januari 2011

SEMEMANGNYA .....

SEMEMANGNYA yang masin itu garam,
yang manis itu gula/madu,
yang masam itu asam,
yang pahit itu hempedu,
yang pedas itu cili,
yang payau itu air,
yang tawar itu tak cukup rasa....
yang manis juga kenangan,
yang pahit juga kenangan,
yang pedas juga kenangan,
yang tawar juga kenangan,
SEMEMANGNYA kenangan itu ada segala rasa.

Ahad, 23 Januari 2011

UNDER 10

Semalam Datuk Lee Chong Wei menewaskan Chen Long (China) 21-9, 21-9. Under 10 tu... kita sangat bangga dengan pencapaian itu. Tetapi dalam masa yang sama jangan kita lupa siapa selepas Chong Wei ? Sampai ke hari ini belum ada kelihatan pemain pelapis yang setanding atau meningkat naik dengan baik untuk menggantikan tempat Chong Wei satu hari nanti. Kita tolak ketepilah Hafiz Hashim dan lain-lain pemain perseorangan yang biasa kita dengar namanya.
Manakah dia hasil pembangunan dan latihan oleh BAM ?
Chen Long yang tewas kepada Chong Wei semalam adalah pemain remaja China yang dah mula mengukir nama dikejohanan utama. Dipihak Malaysia pemain yang telah bermain dengan Chen Long di Kejohanan Remaja Asia suatu masa dahulu adalah Mohd Arif Latip. Kemana pemain ini ? tak berkembangkah dia ? Kenapa Chen Long sudah menunjukkan kehebatannya tetapi Arif Latip masih tidak kelihatan kelibatnya. Kebanyakan pemain pelapis semuanya kecundang di peringkat awal. Apa masalah kita sebenarnya ? Lama mana lagi Chong boleh bertahan... pengganti harus segera dibangunkan... Dengan dana yang sudah agak banyak dilaburkan tapi hasil masih kurang memberangsangkan.
Bagaimana dengan beregu? kategori wanita ? nampak masih kabur laluan kegemilangan badminton Malaysia ni... Entah la... kita tunggu dan lihat saja nanti.... petang ni final Chong Wei akan bertemu Taufik Hidayat... harap2 satu permainan menarik akan dapat kita tonton hari ni... Selamat berhari minggu...

Rabu, 19 Januari 2011

BILA CINTA SUDAH BERPUTIK...

Wah... tajuk N3 yang agak mendebarkan. CINTA satu ungkapan keramat yang boleh menimbulkan pelbagai rasa, persepsi dan tindakbalas. Adapun sebenarnya cinta itu luas tafsirannya. Kenapa aku pilih tajuk BILA CINTA SUDAH BERPUTIK ? dan ada lagi sambungannya sebenarnya iaitu DAN TATKALA CINTA BELUM BERPUTIK.
Manusia tidak lepas dari CINTA. Selagi nafas masih ada, selagi jantung masih berdegup maka cinta akan terus berada disisi. Kerana cinta kita akan sanggup membuat apa saja. CINTA AGUNG cinta pada yang maha kuasa ALLAH SWT. Dalam kehidupan biasa ini bila cinta sudah berputik ada orang kata belacan pun rasa coklat.... hehe... mabuknya cinta. Cinta kali ini yang aku nak ulas ialah cinta kepada hobi. Hobi baru rakan-rakanku. Berkayuh basikal. Jelas ternampak tatkala cinta berbasikal ini sudah berputik, kenikmatan disebalik keperitan yang selalu mereka bayangkan telah dirasai. Keterujaan jelas membara. Sebut saja JOM KAYUH pasti disambut ria. Mungkin telah merasai keseronokan dan kesannya berkayuh pada fizikal dan mental maka gambaran yang tidak menyeronokkan selama ini sudah tiada dalam ingatan.
Pada rakan-rakan yang cintanya belum berputik pada aktiviti kayuhan ini semoga suatu hari anda semua juga akan terbuka hati untuk beriadah bersama sambil menikmati keindahan alam ciptaan ilahi. Lebih ramai lebih seronoknya. Nak berkongsi cerita pun mudah sebab melakukan aktiviti yang sama.
Demikianlah kisahnya BILA CINTA SUDAH BERPUTIK.... selamat berkayuh kepada sesiapa jua yang mempunyai hobi yang sama ini sama ada kita saling mengenali mahupun tidak. Luas lagi alam ini untuk kita terokai melalui aktiviti berkayuh.

Khamis, 13 Januari 2011

AGAK-AGAK LA...!!!

Zaman sekarang macam-macam ragam manusia. Yang berlagak HERO, yang berlagak PANDAI, yang berlagak PEJUANG, yang berlagak BAGUS, yang berlagak LAGAK dan macam macam-macam lagi lagak. Mencipta kejayaan, mencari pengaruh, mengejar kuasa, menghaloba kekayaan dan sebagainya lagi... AGAK-AGAK LA...!!! jangan membodohkan orang lain, jangan menghina orang lain, jangan memperkecilkan orang lain, jangan cakar belakang orang lain, jangan pijak kepala orang lain, jangan manipulasi orang lain, jangan menipu orang lain, jangan nampak manis tapi beracun. Demi mengejar cita-cita nilai-nilai murni seperti diperjuangkan tetapi sebenarnya menjadi PEROGOL BERSIRI terhadap nilai-nilai berkenaan.
Macam bagus ? sebenarnya dah ramai orang nyampah nengok, meloya nak muntah mendengar dan naik benanah telinga dibuatnya. Pelik juga ya.... puak-puak ni tak sedar diri ke ?Macam baik.... BAIK ? BAIK ADA MAKNA NOHHHHH!!!! tak ubah seperti penjual minyak wangi yang bau busuk badannya.... kata minyak wangi jualannya bagus, terbaik.... tapi dia sendiri tak wangi pun malah meloyakan.... APA MAKNA TUH?

Rabu, 12 Januari 2011

SUSAH atau SENANG ? AKU PILIH SENANG...

Andai ada pilihan untuk kehidupan anda, apa yang anda pilih ? Antara susah dan senang, apa yang anda pilih ? Bagi aku sudah tentu aku pilih yang senang kerana tentu ia akan menyenangkan. Hidup di zaman serba susah ini peluang untuk beroleh kesenangan tidak boleh dibiarkan berlalu begitu sahaja dengan sekadar mendengar gempakan semata-mata. Dengan munasabahnya rasanya berpadananlah kita untuk beroleh kesenangan.
Orang lain hidupnya senang kenapa kita tidak boleh? Mereka kata senang itu menyusahkan... aik macam mana pulak senang itu menyusahkan. Siapa yang susah kalau aku senang ? Hukum alam ni dah terbalik ke ? "Tak kan hampa ja nak senangggg.... kami pun nak jugakkkk...." Aku tengok hampa senang tak susah pun.... Selalu sungguh bagi pening orang....
Al maklum sajalah hidup didunia ni bukan lama sangat pun... kalau dapat naklah merasa apa yang patut boleh dirasa.... Tak kan tok ja boleh macam-macam.... anak cucu pun mau jugak.....

Isnin, 10 Januari 2011

UNTUK SEJAHTERA... APA SALAHNYA ?

Untuk lebih mensejahterakan keluarga terutama anak-anak, apa salahnya ayah melakukan perubahan yang pada fikiran ayah akan menyusahkan keluarga. Tak mengapalah jika ayah tidak atau akan kurang kelihatan bergaya diluar tetapi rumahtangga ayah sejahtera, makmur dan bahagia. Apa guna keluarga kita kelihatan bergaya tapi hakikatnya disebaliknya. Belanja sekolah dicatu, makan minum dicatu, tiusyen tak boleh dan macam-macam lagi.
Apasalahnya ayahanda rendahkan keegoan diri dengan melihat contoh ketua keluarga lain yang tidak kelihatan terlalu sofistikated tetapi tetap berdaya maju, makmur dan bahagia keluarganya. Perkembangan anak-anak juga tidak tersekat. Ayahanda menyuruh anak-anakanda berubah cara hidup sedangkan ayahanda masih dengan cara hidup yang sama. Apa salahnya ayahanda berkorban ego, keseronokan dan lain-lain demi anak-anak dan keluarga keseluruhannya ?
Lihatlah anak-anak jagaanmu sebagai satu pelaburan jangka panjang yang tidak pernah akan merugikanmu. Buka mata, buka hati seluas-luasnya.... lupakan seketika gaya kebiasaan ayahanda sekarang. Marilah bersama mengorak langkah yang belum terlewat untuk membetulkan kesumbangan. Sebelum terlewat..... kiranya ayahanda terus melangkah dengan cara yang sama ... jangan terkejut pabila ayahanda menoleh kebelakang sebenarnya ayahanda telah keseorangan....

Rabu, 5 Januari 2011

SIAPA TAK MENGELUH ? SALAH KE MENGELUH ?

Sebagai manusia biasa kita jangan sombong dengan manusia lain bila mengatakan mengeluh itu seolah-olah satu perlakuan yang hina. Sifat semula jadi manusia salah satunya adalah mengeluh. Bagi yang mendabik dada sepanjang hidupnya tak pernah sekali pun mengeluh bagi aku orang itu pembohong besar dan takabbur. Cuma mungkin keluhannya itu berlainan tempat dan situasi. Mengeluh tetap mengeluh. Jadi apa salahnya mengeluh ? Keluhan ini sebenarnya adalah suara hati yang keluar melalui luahan secara lisan atau penulisan.
Suara hati jika tidak dikeluarkan boleh mendatangkan pelbagai implikasi. Oleh itu ianya perlu diluahkan agar situan punya badan menjadi lebih lega dan relax. Dari membiarkan membusut dibenak hati lalu membebankan pemikiran baiklah diluahkan. Jadi apa masalahnya dengan keluhan. Jangan kita mudah mengatakan ..." hampa ni kerja lain tak dak.... asyik nak mengeluh ja.." setiap usaha ada keterbatasannya, setiap ruang pergerakan ada hadnya, setiap ruang tindakan ada terhadnya. Seperkara lagi kita harus ingat ! INGAT!! HIDUP KITA SALING BERGANTUNG ANTARA SATU SAMA LAIN. Sememangnya kita wajib berusaha sendiri, tetapi apabila tiba kepada peranan orang lain... bagaimana?
Setelah kita lihat orang lain itu gagal, tidak amanah dan pelbagai lagi kekhilafan yang berlaku, apa yang mampu kita buat ? SUARA HATI... AKAN BERKATA-KATA (keluhan)... Tidak ada orang yang boleh buat semua walau sekuat mana dia berusaha. Membandingkan bangsa dalam berusaha memajukan diri memang mudah tetapi lihat secara mendalam bagaimana sesuatu bangsa itu hebat memajukan diri/kaum mereka. Orang kita memang ramai yang berjaya. Adakah kejayaan mereka itu semuanya 100% atas usaha sendiri tanpa mengharap bantuan, anugerah dan lain-lain. Adakah kejayaan mereka tidak pun sedikit sebanyak memijak kepala orang lain. Setelah berjaya, kaya raya adakah mereka itu ingat untuk membantu orang lain sebagaimana bangsa lain lakukan ? Asyik-asyik salahkan orang-orang biasa ( yang marhain ini) kerana suka mengeluh. Sejauh mana orang-orang berjaya ini nak mempertahankan golongan terbanyak ini. Adakah dalam pemikiran mereka, bahawa kekayaan melimpah ruah mereka itu ada hak orang lain di dalamnya.
Hanya pada masa-masa tertentu kononnya nadi rakyat nak didengari dan dirasai tetapi dalam banyak waktu tidak diperduli, apakah ini satu sifat yang lebih mulia dari mengeluh. Jangan kita sombong dan angkuh. Berasa diri sudah terlalu hebat dengan menyalahkan orang lain yang mengeluh kerana seperti yang aku katakan diawal bicara bahawa keluhan itu adalah suara hati dan sifat semula jadi manusia. Kami manusia yang memang sudah dalam dan biasa kesusahan. Bagaimana dengan sikaya2 ini jika mereka hilang kekayaan mereka ? projek (kurniaan )tak dapat ? hutang-hutang gagal dibayar ? apakah mereka tak mengeluh ? Aku rasa tidak, kerana mereka ini akan lebih mengelupur menggelabah. Orang macam ni kita nak bangga ? Kita kata dia berusaha ? Mereka inilah yang sering membuat bising disini sana kerana tak dapat cari makan seperti sebelumnya. Apakah itu bukan keluhan ? Keluar didada akhbar dan televisyen , apakah itu bukan keluhan ?
Sememangnya begitulah pandangan mata bagi orang yang tak memahami suara hati sebenar orang-orang biasa (marhain). Yang salah hanya pada orang-orang biasa ini. Orang-orang yang atas-atas tak ada salah apa. Hentikanlah mengecop orang lain suka ( bangsa anda ) mengeluh kerana anda juga seorang pengeluh. Buktinya apabila orang lain bersuara untuk hatinya... ANDA JUGA BERSUARA UNTUK HATI ANDA... ITU JUGA KELUHAN... anda berasa sakit bila melihat/mendengar keluhan orang lain sedangkan anda tidak berasa apa-apa bila melihat ada kepincangan dalam pengurusan dan kebajikan orang ramai. Maaf kata kita semua sama sahaja, cuma yang berbeza dimana diri anda, dimana diri kita ? Adakah anda/kita bakal jadi pak kaduk yang ayamnya menang sabung tetapi kampung tergadai dan ekor ayam pulak penuh tahi yang memalit pada diri. Fikir-fikirkanlah....

Isnin, 3 Januari 2011

KENAIKAN DAN KETURUNAN

Masih nak membincangkan akan hal kenaikan dan dipadankan pula dengan keturunan. Tahun baru sahaja melalui kenaikannya 3 hari yang lepas. Kenaikan tahun yang saban tahun disambut dengan meriah dengan kiraan menurun. Bermain bunga api menjadi satu kewajiban pada setiap kenaikan tahun. Lalu menjadilah ia sebagai contoh dan teladan. Sememangnya permainan bunga api ini satu pembaziran meski pun hasil kenaikannya ke udara dan letupan serta diikuti hamburan bunga-bunga api yang pelbagai formasi memukau semua mata yang memandang. Jelaslah kenaikan tahun dan bunga apa ke destinasinya menjadi aura pemukau sang warga penyambut yang bersorak sorai kegembiraan sehingga terlupa bahawasanya ada banyak lagi kenaikan yang sebenarnya meruntun hati dan perasaan.
Hati dan perasaan memikirkan tergamaknya pihak berkenaan membiarkan segala kenaikan berlaku secara bermaharajalela. Memikirkan juga nasib keturunan yang bakal meneruskan legasi marhain ini, apakah nasib mereka. Sejak berlakunya kenaikan demi kenaikan belum lagi kita terdengar akan berlakunya penurunan. Perjalanannya seperti satu hala sahaja, naik dan terus naik. Kenaikan ini adalah tidak seimbang dengan perolehan untuk menampung kenaikan. Timbul persoalan yang dilontarkan, apakah benar mereka yang mengurus perkara ini tidak menguasai ( bagi pihak marhain) tetapi sangat menguasai ( bagi pihak kroni).
Kita mengkhuatiri kenaikan mega ini bakal mengundang masalah sosial yang lebih meruncing. Apabila wang tidak pernah cukup (bukan untuk bermewah, sekadar perbelanjaan harian ) amatlah kita khuatiri kadar jenayah akan berlipat kali ganda peningkatannya. Maklum sajalah, nak beli susu anak, bekalan makanan harian, wang belanja sekolah anak, ubat-ubatan untuk sakit demam semuanya memerlukan jumlah wang banyak juga. Dalam kepayahan dan terdesak manusia boleh bertindak diluar batasan melakukan jenayah seperti ragut, samun, curi, rompak, pelacuran dan berbagai penyakit sosial lain.
Sekarang sahaja kita sudah dengar banyak berita tentang pelajar-pelajar IPT melacur untuk menampung perbelanjaan pelajaran mereka. Apakah ianya akan berganda jumlahnya memandangkan keadaan semasa yang tidak reda-reda. Amatlah menyedihkan jika kita mendabik dada menjadi negara maju tetapi masalah ketidakseimbangan sosial terus berlaku. Sikaya bertambah kaya, yang susah bertambah miskin.
Kenaikan demi kenaikan membuatkan kita risau nasib diri dan keturunan. Keluaran dengan perolehan sangat semakin tidak seimbang. Yang keluar lebih banyak berbanding perolehan. Adalah didoakan mata-mata mereka yang kurang jelas berubah menjadi jelas sejelas2nya untuk melihat lantaran menilai semula hala tuju diri yang membawa pengaruh besar dalam kehidupan bermasyarakat hari ini. KENAIKAN !! KETURUNAN ?

Ahad, 2 Januari 2011

DIMANA JUARAKU ?

Sedang mencari mana juaraku. Sedang menilai mana juaraku. Adakah juaraku itu yang menyusahkan aku dan orang lain keseluruhannya ? Adakah juaraku itu yang saban hari cakapnya lain buatnya lain. Adakah juaraku itu yang handal berlakon ? Adakah juaraku itu yang terkatup pemikirannya ? Adakah juaraku itu yang bebal ? Adakah juaraku suka glamor ? Adakah juaraku berwajah manis bersuara lembut tapi bila berjabat tangan tangan dipicit dan pulas ? Adakah juaraku seorang yang pekak badak ? Adakah juaraku seorang yang kabur matanya ?Adakah juaraku itu yang beri secupak ambil seguni ?
DIMANA JUARAKU ?
Yang pasti JUARAKU dan juara juga untuk yang lain-lain adalah yang sedia menangis bersama, berpeluh bersama, pendek kata yang benar-benar memperjuangkan aku dan lain-lain. Memang aku sendiri turut berjuang, tapi perjuangan sendiri tidak kemana. Aku mendoakan JUARAKU YANG SEBENAR akan diizinkan Allah yang maha kuasa untuk benar-benar menjadi JUARAKU dan yang lain-lain.
Aku dah mual dengan kata-kata..."KAMILAH JUARA KAMU " ... iya mungkin juga, sebagai juara menekan. DIMANA JUARAKU ? hanya masa yang akan menentukan ....

TAHUN BARU NAIK 2011

Tahun Baru Naik 2011. Diikuti dengan macam-macam naik. Kebanyakkan gara-gara minyak naik, skrg ada cukai GST pulak. Sayur naik, makanan naik, serba serbi naik. Darah pun dah makin menyirap naik, bukan aku jer tapi aku rasa ramai orang dah menyirap. Yang best nyer tak der dipeduli pun oleh yang bertanggungjawab.
Semakin ramai yang naik minyak. Nampak gayanya lubang kubur semakin besar digali. Apa guna barang-barang bukan keperluan turun cukainya sedangkan barang keperluan mencanak naiknya. Dimana bijaknya yang mengurus keadaan hingga jadi begini aku pun rasa hairan.
Macam-macam kenaikan (trend) ni nampaknya dah tak bleh dibendung lagi sebab yang ada kuasa membendung buat pekak badak sumbu jer. Apa nak buat ? we will see n lihat... Ramaikah orang yang suka atau ramai yang sedang berduka. Nilai duit semakin cepat mengecil. Ini hakikat, aku tak taulah kalau masih ada manusia yang akan kata... "it's ok, just follow... still good..." nak kata apa noh....!