BEREHAT SEBENTAR

Selasa, 26 Oktober 2010

Hub Pusat Hiburan Malam.... Wow!!

Wow menarik dan best idea yang menanti untuk dilaksanakan ini. Pastinya akan menggamit kedatangan ramai pelancong. Penyerapan budaya juga akan mudah dan cepat berlaku. Usah difikirkan budaya siapa yang meresap kepada siapa ? Bagi yang sukakan 'night life' inilah yang ditunggu-tunggu sebagai sebuah negara maju.
Bagi yang membantah pasti akan semakin kuat azam dan tekadnya membantah. Bagi yang ditengah-tengah antara sedar dan tidak jika cenderung ke arah sedar maka perkara ini akan terus menyedarkan simpang mana yang harus dipilih, arus mana yang harus dilayari dan arus mana yang semestinya ditongkahi.
Bagi yang sayangkan generasinya pasti akan membuat pilihan yang tepat. Bagi yang tidak memikirkan sangat soal untung rugi generasinya sudah pasti bergembira dengan keadaan ni. Maklumlah hidup hanya sekali. Semasa hidup inilah nak dilakukan segala mungkin. Soal lain belakang kira. Itu pu kalau ada kesempatan untuk menoleh kebelakang buat membaiki kesilapan silam.

Isnin, 25 Oktober 2010

PERLUKAH MENARA LAGI ?

Pada pandangan/firasat aku kerana aku merasakan aku jugak ada hak nak bersuara berkenaan Menara 100 tingkat yang nak dibina ianya adalah tidak perlu buat masa ini atau mungkin selama-lamanya pun tidak perlu. Sebagai rakyat yang perihatin dengan negara yang disayangi ini maka pertimbangkanlah semula cadangan nak bina menara tersebut.
Apa kewajarannya ? Antara hujah yang aku dengan dari mulut menteri pelancongan Ng Yen Yen, katanya menara baru yang lebih tinggi perlu untuk menunjukkan kemajuan negara kita dan ia sebagai tarikan pelancong. Menyebutkan beberapa negara/tempat yang ada menara tinggi seperti di Taiwan, Dubai dan lain2 kata menteri berkenaan Malaysia mesti mempunyai satu mercu tanda baru yang lebih tinggi.
Setakat itu sahaja hujah yang dikemukakan ianya memang tidak cukup kuat untuk aku berfikir secara logik untuk menerima dan menyokong idea tu. Dengan jumlah bajet 5 bilion yang mungkin akan lebih dari itu kos bagi memajukan menara 100 tingkat, alangkah indahnya jika peruntukan bajet tersebut dibelanjakan pada keperluan yang benar-benar mensejahterakan seluruh rakyat. Bila seluruh rakyat sejahtera, pelancong yang datang akan dapat melihat kesejahteraan, kegembiraan dan keceriaan rakyat Malaysia yang menerima kehadiran mereka dengan lebih bererti.
Hidup rakyat yang baik, stabil, tiada rasa susah dan tidak puas hati akan memberi imej yang cukup baik kepada Negara berbanding tersergam menara bisu 100 tingkat yang mungkin akan menyebabkan tertumpahnya airmata rakyat teramai menanggung bebannya. Pada aku sebahagian besar pelancong yang datang ke sini bukan nak melihat kecanggihan bangunan tinggi-tinggi sebaliknya mereka nak melihat keunikan budaya, cara hidup yang rukun rakyat berbilang kaum negara ini dan kepelbagaian lain-lain seperti makanan, kesenian dan warisan setiap bangsa.
Kenapalah perkara seperti ini pun tak boleh difikirkan. PNB yang akan menanggung/menguruskan kos pembinaan menara ni lebih baik cari jalan dengan duit sebanyak 5 bilion tu untuk memberi pulangan yang lebih baik kepada pelaburnya agar dapat menggunakan keuntungan pelaburan untuk merancakkan ekonomi rakyat teramai. Aku mungkin tak pandai sangat berkenaan urusan ekonomi tetapi berfikir secara orang kampung, inilah pandangan aku....

Ahad, 17 Oktober 2010

SHOPPING SAKAN...

Wow cukai barang kesukaan orang tempatan dan pelancong (membeli belah) dihapuskan/dikurangkan ka hingga cukai hingga 30% kalau tak silap. Ini berita sangat baik kepada orang-orang kampung, rakyat marhain terbanyak yang suka bershopping sakan, turun naik tangka butik, emporium dan lain-lain pusat jualan barangan berjenama yang sememangnya sangat diperlukan oleh mak cik jah, kak kiah, cik senah dan ramai lagi nama-nama familiar, tipikal name kata omputih. Pastinya setiap majlis kenduri yang dihadiri mesti nak tayang beg tangan yang berlainan, bau minyak wangi yang berlainan ( nak menghilangkan bau selut, bau getah skrap, bau buah sawit). Gincu dan alat-alat mekap juga mesti yang terbaik. Seluar dalam juga bolehlah lepas ni pakai yang jenama dari paris, milan, london.
Nanti pak cik Non balik dari kebun tekejut beruk dia tengok mak andehnya dah bersedia. Maklumlah barang dah murah. Makan minum pun mungkin boleh dilupakan sebab tak penting sangat pun... yang penting shopping, gaya, prestij... harummmmm... Raga bawang, cabai semua boleh tukar dengan susunan koleksi beg tangan, kasut dan lain-lain.... haha... memang hebat gaya hidup masa kini... Handphone pun semakin murah, semua orang boleh memilikinya... boleh buat turun apa saja bentuk video ikut kesukaan. Buat koleksi atau buat rujukan, atau buat kenang-kenangan... Untuk tidur dalam suasana yang lebih klasik kelambu pun dah murah dah... Eh! bila pulak kali terakhir aku tidur guna kelambu tah... lupa la pulak...
Eloklah duit-duit lebih yang didapati tu diguna untuk shopping setiap bulan, sebab barang murah. Tadi siang aku tengok kat tv...., rancangan mee goreng teh o, seorang tetamu jemputan telah pun menunjukkan contoh yang baik untuk shopping. Satu majlis satu beg tangan, kena match pulak dengan baju, kasut. Kalau dalam sebulan ada 4 majlis nak pergi maknanya 4 persalinan full set yang berlainan. Kata tetamu tu lagi barang yg dia guna paling lama setakat 6 bulan kalau tak silap aku la pelas tu kira mcm dah out dated la.... fuhhh!!!! tu dia contoh baik yang mesti orang ramai ikut...
Kenalah ubah suai rumah untu simpan semua koleksi.... barang-barang keperluan untu sumbat perut bolehlah dipandang sipi2 jer... keperluan pakaian sekolah anak-anak dan lain-lain perbelanjaan harian kita kena fikirlah sendiri. Jangan asyik nak salahkan orang jer... tau. Jangan malas bekerja, jangan salahkan takdir. Simpan duit banyak-banyak untuk shopping2... jalan-jalan.... menjana ekonomi..... Kena belajak dulu mengenali brand-brand Aramis, D&C, DKNY,RALPH LAURENT dan tang aku pasti banyak lagi dan aku tak tau... kelambu jenama apa yang baik noh? spenda pulak brand apa yang sedap pakai.... minyak wangi apa yang tahan seminggu tak hilang bau.... Fuhh!! banyak2 nak kena study ni... sebut pun kena betul gak.... hehe... SELAMAT BERSHOPPING LER YER !!! ....BEST! BEST!...

Khamis, 14 Oktober 2010

MONEY MANAGEMENT a.k.a BIJAK WANG

Sampai hari ini ramai dikalangan kita gagal menguruskan kewangan masing-masing. Tak kata kat orang, diri sendiri pun termasuk juga. Kenapa jadi begini ? Kerana tidak ada dedahan secara menyeluruh. Sepatutnya perkara ini didedahkan seawal usia persekolahan. Pengurusan Kewangan ini perlu dijadikan satu subjek penting yang diajarkan disekolah-sekolah. Setiap orang perlu belajar subjek ini dan akhirnya nanti setiap rakyat akan bijak menguruskan kewangan masing-masing dan secara tidak langsung negara akan lebih cekap dalam hal ekonomi.
Bijak menguruskan kewangan bukan semestinya untuk orang yang nak berniaga sahaja, sebaliknya setiap insan yang bernyawa di muka bumi pasti ada memegang dan menguruskan wangnya. Tidak kiralah samada jumlahnya banyak atau sedikit. Perkara ini mungkin telah terlepas pandang atau sebaliknya, bukan bertujuan menuding jari pada pihak berwajib tapi sama-samalah kita memperbaiki kelemahan ini.
Rasanya banyak masalah seperti bankrap , hutang along dan lain-lain dapat diatasi jika pengetahuan pengurusan kewangan yang cekap ada pada setiap orang. Tidak dinafikan memang ada rancangan ditelevisyen yang membicarakan dan mengajar soal kewangan tetapi berapa orang sangat yang menonton ? kena pulak waktu siarannya lewat petang atau waktu maghrib.
Paling berkesan jika perkara ni dijadikan subjek penting di sekolah-sekolah, seperti mana pentingnya subjek matematik dan lain-lain.

Rabu, 13 Oktober 2010

PERBELANJAAN TINGGI VS PENDAPATAN TINGGI...

Sejak akhir-akhir ni pukulan canang pasal PENDAPATAN TINGGI seringkali dimainkan. Melihatnya ibarat melihat buah yang sedang masak tapi tak jatuh-jatuh.... sedangkan dibawah ni sengatan kerengga (PERBELANJAAN TINGGI) sudah tak tertahan sakitnya mengigit-gigit .... kegatalan akibat gigitan sang semut membuatkan kaki ni rasa nak penendang ja pangkal pokok ni kot-kot mau jatuh buah yang asyik dicanang sedap, manis dan macam-macam lagi.
Banyak pulak songehnya syarat-syarat buah ni nak luruh. Kena kaji dulu kalau luruh waktu pagi macam mana, klu luruh belah tengah hari/ petang atau malam apa pulak halnya... buah dah masak baru nak kaji... kenapa tak dikaji lebih awal bila buah tu dah nampak matang nak masak.
Kalau ditimbang antara PERBELANJAAN TINGGI VS PENDAPATAN TINGGI sudah tentu sangat tidak seimbang beratnya dimana lebih berat pada PERBELANJAAN berbanding PENDAPATAN.
Kalau PENDAPATAN TAK TINGGI rasanya kita tak kisah kalau PERBELANJAAN JUGAK TIDAK TINGGI. Oleh itu segerakanlah urusan yang meresahkan ramai umat manusia ini. Kesabaran itu ada hadnya, dah banyak kaki-kaki yang bengkak menahan gigitan sang kerengga sambil memujuk hati agar bersabar kerana buah masak itu pasti akan gugur. Mata jugak semakin pedih kerana masin peluh dikepala.
TAK ADA SAPA SUKA PERBELANJAAN TINGGI TAPI PENDAPATAN TAK TINGGI-TINGGI. KALAU PAYAH NAK BERI PENDAPATAN TINGGI, RENDAHKAN KOS SARA HIDUP YANG SANGAT TINGGI SEKARANG. Eloklah buat yang orang suka sebelum bertukar menjadi duka. Bijaksana dan Bijaksini. Fikirlah sendiri...

Isnin, 11 Oktober 2010

BAS MAUT

Tak akan ada siapa yang akan naik BAS MAUT. Tapi sering kali dan saban kali berlaku juga kemalangan maut. Maklum sajalah bila bas yang kemalangan pasti besar jumlah korbannya. Salah satu punca dari banyak-banyak punca ialah kelajuan. Pada aku kelajuan pada setiap bas harus dikunci pada kelajuan maksimanya yang dibenarkan sahaja.
Kunci saja kelajuan bas pada 100 km/jam, tekanlah minyak sekuat mana pun kelajuannya terhad pada 100 km/jam. Dengan ini kelajuan sudah dapat dikawal. Sekarang dalam keadaan kelajuan yang tak terkawal walau ada tanda hadlaju yang dibenarkan, tetapi sipemandu masih boleh menekan pedal minyaknya rapat selaju mahunya.
Seringkali bila di atas lebuhraya kita memandu dengan kelajuan 110-120 tetapi bas-bas dengan selambanya memotong kita. Berapa kelajuannya ? sudah tentu lebih 120km/jam. Bukan setakat memotong tetapi memecut terus meninggalkan kita yang memandu kereta ni... Kalau nak kejar dan memotong balik mungkin kena pecut 140-150 km/jam...
Banyak lagi faktor-faktor lain tetapi rasanya faktor kelajuan adalah penting untuk dikawal secara teknikal/mekanikalnya, bukan setakat dengan stiker hadlaju atau amaran dan aduan sahaja. HENDAK SERIBU DAYA TAK HENDAK SERIBU DALIH.

MENIAGA MACAM GANGSTER !!

Berniaga memang menguntungkan jika tidak masakan dikatakan bahawa 9/10 dari kekayaan adalah datangnya dari berniaga. Baguslah bagi mereka-mereka yang berminat berniaga. Pelbagai kaedah, strategi diatur untuk menarik pelanggan datang kepada perniagaan kita. Malangnya ada juga peniaga yang pelanggan sudah datang kepadanya tetapi layanan seolah-olah pelanggan yang datang tu musuhnya. Layanan macam seorang GANGSTER... melayan mangsanya... ptuihhhh!!... bangang punya peniaga...
Lalu aku teringat cerita P.Ramlee bila fikir-fikir soal berniaga ni. Sama ada anda perasan atau tidak ada banyak pengajaran bab perniagaan dalam filim-filim P.Ramlee, antaranya 6 JAHANAM... ni contoh peniaga gangster... ingat lagi tak bila P.Ramlee ( wataknya aku dah lupa) singgah nak makan disebuah warung... tu satu contoh yang P.Ramlee sampaikan sebagai sindiran kepada peniaga yang berlagak. Ada lagi contoh lain, dalam filim DO RE MI kalau tak silap aku... yang masuk macam nak merompak tapi sebenarnya nak jual ubat gigi. Maknanya lebih kurang menyerbu, mengepung orang secara mengejut/terpaksa ( lebih kurang perangkap jugak la) dan membuatkan simangsa tak boleh berfikir untuk tidak membeli ( sebab tertekan).
Dalam filim DO RE MI juga bila mereka berniaga minyak (obat) dengan ramuan yang mereka sendiri tahu memang sah MENIPU tapi dengan yakinnya dan persembahannya, maka perniagaan mereka berjaya walau untuk sementara. Berbagai-bagai lagi kerenah dunia berniaga ni yang telah digambarkan lebih awal ragamnya oleh Allahyarham Tan Sri P.Ramlee. 3 ni yang aku paling ingat, mungkin ada lagi yang lain-lain.
Berbalik kepada peniaga layan pelanggan macam GANGSTER... tadi, terus putus angin aku nak melanjutkan urus niaga. Bukan aku tak da duit nak beli, cuma macam biasa bila ada masa kita nak membina kemesraan dan cuba untuk menawar harga, tapi malangnya peniaga ni macam orang baru putus haid ( tapi lelaki).... aku tak rugi apa-apa sebab aku boleh cari kedai lain, tapi peniaga tu dah rugi satu urus niaga yang bukan untuk hari itu sahaja, tapi mungkin selamanya... inilah kesan yang mungkin ramai peniaga tak fikir. KALAU KAU BESAR MASALAH SEBAB BELAKANG RUMAH KAU GUNUNG BERAPI DAH MELETUS, ATAU KETA MEWAH KAU SEMALAM BARU KENA TARIK/CURI tapi bila berdepan pelanggan kau kena tenang dan senyum... pelanggan bukan nak tau apa hal/masalah kau.... pelanggan nak apa yang dia fikir ada kau niagakan....

Isnin, 4 Oktober 2010

HARAM BETUL JUDI NI....

Syukur alhamdulillah sebab kesedaran tentang JUDI ni memang haram ni semakin meningkat. Orang ramai mulai sedar akan peri pentingnya menjauhi JUDI dan sumber-sumbernya. Akan tetapi sejauh mana sebenarnya JUDI itu ingin diHARAMkan didalam hati-hati mereka yang berkuasa untuk mengHARAMkannya.
Kalau dilihat dari segi meriahnya akhbar-akhbar MELAYU kita menyiarkan keputusan perJUDIan, tidaklah nampak akan JUDI ini yang sememangnya HARAM akan diHARAMkan. Kerana itu kita seringkali mendengar di media massa istilah "JUDI HARAM" .... seolah-olah macam ada pulak JUDI HALAL... kerana sememangnya JUDI itu HARAM dan setiap umat islam yang faham agamanya cetek sekali pun tahu JUDI itu HARAM.
Ramai agaknya orang ISLAM/MELAYU kita yang taik JUDI ? sebab itulah keputusannya begitu MERIAH sekali pada HARI-HARI MINGGU. Banyak juga agaknya HASIL dari bayaran syarikat perjudian atas iklan keputusan yang disiarkan. Takkan disiarkan secara saja-saja dan percuma kot? Perlu sangat ke dengan duit HASIL judi tu ? Dalam kesedaran HARAMnya JUDI dan segala apa yang berkaitan dengannya pada hari ini, terutamanya pencetusnya di PULAU PINANG ( tahniah!!) eloklah perkara ini jadi AGENDA NASIONAL untuk mengukuhkan semangat islamiah. Betul-betul kita percaya ajaran yang diberi dalam ISLAM bahawasanya JUDI itu sememangnya HARAM.
Para alim ulama' dan cendikiawan Islam tersohor negara harus segera bersuara dalam hal ini. Agar masyarakat tidak terkeliru dan memahami hakikat sebenar. Wallahualam...