BEREHAT SEBENTAR

Khamis, 14 Oktober 2010

MONEY MANAGEMENT a.k.a BIJAK WANG

Sampai hari ini ramai dikalangan kita gagal menguruskan kewangan masing-masing. Tak kata kat orang, diri sendiri pun termasuk juga. Kenapa jadi begini ? Kerana tidak ada dedahan secara menyeluruh. Sepatutnya perkara ini didedahkan seawal usia persekolahan. Pengurusan Kewangan ini perlu dijadikan satu subjek penting yang diajarkan disekolah-sekolah. Setiap orang perlu belajar subjek ini dan akhirnya nanti setiap rakyat akan bijak menguruskan kewangan masing-masing dan secara tidak langsung negara akan lebih cekap dalam hal ekonomi.
Bijak menguruskan kewangan bukan semestinya untuk orang yang nak berniaga sahaja, sebaliknya setiap insan yang bernyawa di muka bumi pasti ada memegang dan menguruskan wangnya. Tidak kiralah samada jumlahnya banyak atau sedikit. Perkara ini mungkin telah terlepas pandang atau sebaliknya, bukan bertujuan menuding jari pada pihak berwajib tapi sama-samalah kita memperbaiki kelemahan ini.
Rasanya banyak masalah seperti bankrap , hutang along dan lain-lain dapat diatasi jika pengetahuan pengurusan kewangan yang cekap ada pada setiap orang. Tidak dinafikan memang ada rancangan ditelevisyen yang membicarakan dan mengajar soal kewangan tetapi berapa orang sangat yang menonton ? kena pulak waktu siarannya lewat petang atau waktu maghrib.
Paling berkesan jika perkara ni dijadikan subjek penting di sekolah-sekolah, seperti mana pentingnya subjek matematik dan lain-lain.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan