BEREHAT SEBENTAR

Khamis, 18 Mac 2010

HEBAT !!

Sangat hebat.... kedai jual alatan seks tumbuh macam cendawan lepas hujan. Benda tidak dinampak salah macam bahaya dadah. Walhal jika difikir-fikir cara orang waras dan pandai, kedai-kedai yang semakin banyak menjual alatan seks secara terbuka ini semakin membawa kesan yang sama dahsyatnya dengan gejala dadah, malah mungkin lebih teruk lagi... Kenapa keterbukaan keterlaluan dalam perkara-perkara seperti ini dibiarkan. Kenapa perkara seperti ini seperti diterima kehadirannya... setelah ada bising-bising diakhbar barulah orang terkejut sana sini dari yang bawah-bawahnya sampailah kepucuk2nya terkejut dan tak tahu.... huhu... tak tahu... benda lain tahu... yang ni tak tahu....
Apa kejadahnya sekarang baru nak tahu sedangkan dah lama kedai-kedai seperti ini beroperasi, dan sekarang semakin banyak dibuka.... alatan/aksesori seks tu dah tentu masuk melalui saluran yang dipantau, bukannya seludup.... kenapa ianya dibiar begitu sahaja... tak fikir ke kesannya kepada masyarakat sekarang dan masa depan... Mana perginya jati diri kemelayuan/keislaman dalam hal ini.... takkan dalam hal lain kitalah Jaguh Paling Melayu dan Islam hebat tapi dalam hal ni menikus.... tak sepatutnya kedai-kedai seperti ini boleh dibuka secara berleluasa tanpa kawalan ketat ( kalau nak buka sekali pun)
Disinilah sepatutnya pejuang Bangsa berdiri dihadapan menentang gejala yang lebih membawa kesan negatif kepada generasi kesayangan kita. Apa baiknya kedai-kedai alatan seks ini dibuka, apa untungnya ? apa sumbangannya ? Mendepani perjuangan biarlah dalam segala hal, lebih-lebih lagi yang benar-benar boleh menggugat sahsiah generasi masa kini dan hadapan. Perhubungan bebas antara jantina, sesama jantina adalah amat merbahaya. Penularannya secara diketahui atau tidak amatlah membimbangkan. Lihat saja hari sebelum2 ini, hari ini , ada sahaja kes buang bayi dilakukan.... bukan baru berlaku dah lama berlaku..... mana pejuang-pejuang berkokok hebat mendepani bangsa menongkah segala onar.... kenapa perkara ini terus berlaku jika kita benar-benar berjuang....
Terlau banyak sebenarnya ruang-ruang, dedahan-dedahan kearah permasalahan itu.... sekarang ada pulak kedai aksesori seks, yang jual sarung pelbagai warna/corak dan berperisa pulak tu.... cecair pelincir dengan rasa dan haruman... pelbagai alatan seks seperti _ _t_ palsu dan lain-lain dijual.... siapa nak beli benda-benda ni semua? kita nak pi beli ka? tak payah beli pun kerja kita siap juga... jadi juga... apakah ada jaminan, budak-budak tak membeli belah dikedai-kedai seks ini... kalau vcd/dvd lucah itu dikira barang salah... kenapa alatan seks tak dikira salah dan dibiar dijual secara terbuka sekian lama.... dah bising-bising dimedia massa barulah nak ada tindakan.... kalau tak dak akta, wujudkan akta... kalau hal lain tak dak akta, boleh segera diwujudkan akta... maka hal ini juga sangat penting untuk ditangani.... jangan anggap benda ni hanya makruh... tapi haramkan ia... sebab lebih mendatangkan mudarat yang banyak dari kebaikan.... samalah dengan merokok... oleh kerana ramai yang merokok termasuklah ustaz2, tok sheikh2 maka hukum merokok tu dikira makruh sahaja... sedangkan mudaratnya sudah terang lagi bersuluh maka ianya seharusnya difatwakan HARAM....
wallahualam....

Rabu, 17 Mac 2010

GAGAL !!

Agak telambat aku nak ulas berita ni... tp nak ulas jugak sbb dulu aku pernah terbit N3 pasal cerita Team F1 1Malaysia Lotus. Dah terbukti ini projek pembaziran yang tak tau apa hasil (sebenarnya dah boleh agak... kalah dalam tangan ) Tapi nak masuk jugak...
Menamatkan perlumbaan tetapi kena overlap 2 ke 3 lap ke.... tp kena overlap la kedua-duanya... adus! apalah ertinya kalau begitu... dah banyak duit dihabiskan dan selepas ni berapa banyak lagi duit nak dihabiskan dalam keadaan hidup kita yang tak berapa nak stabil sekarang ni... HONDA pun dah tarik diri ... kenapa LOTUS 'geletis' pulak nak masuk.... Apa pekdahnya?
Ada banyak lg cara lain nak menonjolkan nama & kehebatan... tak semestinya digelanggang lumba kereta yg termahal kosnya.... kenapa tang ni orang-orang hebat pemikirannya tak rasional berfikir....?
Apa pun aku memang minat mengikuti F1 cuma aku tak setuju dengan Team F1 1M yang pada aku sekadar satu pembaziran....

Rabu, 10 Mac 2010

APALAH ERTINYA KALAU SEGALANYA....

...DUIT.... nak peluang keluar duit............ nak pengiktirafan bagi duit, .......nak pujian hulok duit, .......nak idea bayar duit, .......nak nama serah duit, ............semuanya dengan duit. Tak boleh ka dapat sesuatu atas daya usaha, imej yang memang diketahui ramai terpuji dan hebat...
Nak berjaya kerana adanya duit.... nak jadi lingkup pun juga ... kerana duit..... duit! duit! Menembak hari ini dengan duit.... satu hari nanti ditembak juga dengan duit...

DUK BAWAH TEMPURUNG SENANG KENA TIPU...

Maaf la awal-awal cakap pada guest yg komen pada N3 sebelum ni... tak masukkan nama sbb tak perasan atau nak selindung. Tak kisah la... kawan ka tak kawan ka aku dah minta maaf awal-awal sbb takut ulasan aku ni membuat guest rasa tak selesa...
Yang aku tak tahan tu tang komen duk bawah tempurung... kita semua faham apa maksud ayat tu.... mcm yg dah aku ulas sikit kat chatbox tu la.... tapi kurang jelas lg aku rasa so aku ulas kat sini sebagai N3 pulak....
Ini pandangan aku nak menyangkal aku bukan manusia yg diibarat duk bawah tempurung seperti maksud guest yang kononnya duk diluar tempurung....
Bagi aku tak ada masaalah pasukan bolasepak kita nak diexpose kat mana sekali pun... hatta ke liga inggeris, sirie A, La Liga atau mana-mana liga terbaik didunia... bukan setakat liga dislovakia yang tak terkenal tu... secara tak langsung dapat gak kita seluruh rakyat Malaysia tengok team kesayangan kita bermain secara life di astro... lebih hebat lagi dapat beraksi dengan kelab-kelab hebat seperti ManU, Arsenal, Real Madrid, Barcelona, Ac Milan, Inter Milan... aku akan rasa bangga walau pun mungkin kena belasah teruk pada mulanya... tapi yang pastinya akan ada peningkatan dari masa ke semasa akan dicapai dengan berkat usaha, kesabaran dan doa seluruh rakyat Malaysia. Pengalaman yang lagi hebat dapat pemain Malaysia rasai... Satu dunia tengok game2 diliga-liga hebat ni... secara tak langsung bleh membuka mata kelab2 terbaik bahawa ada pemain Malaysia yg berpotensi kalau diberi peluang... ni main kat liga Slovakia... dunia mana yang beri perhatian dengan liga negara tu.... Astro negara kita pun tak ambik siaran liga Slovakia...
Alang-alang nak membayar untuk bermain dan expose biar betul-betul hebat dan buat secara berterus terang.... jgn ingat masih ramai orang-orang yang macam guest yg mungkin duk bawah tempurung lagi sebab ok jer klu kena tipu pun... aku tak bleh sbb aku tak duduk bawah tempurung... aku ada aku punya edu. minda, prinsip dan dunia terbuka yang luas.... ni bukan zaman tv hitam putih, maklumat susah sampai.... kalau mcm tu baru betul zaman katak bawah tempurung (zaman guest kot)
Kita boleh berbelanja besar utk F1 apasalah kita berbelanja utk sukan kegilaan ramai ni...bolasepak.. bagi aku tak dak hal... kalau mampu... asal dah tak ada rakyat yg tak makan atau tak cukup makan, tak ada rakyat yg merempat sebab tak ada rumah, tak ada rakyat yang tak boleh belajar setinggi mana yang dia mahu.... apa ada hal kalau nak keluar duit untuk kualitikan team Malaysia.... aku sokong!!! sbb aku mmg cintakan bolasepak negara.... tapi aku tak berapa suka kalau tipu2 ni... pepatah pun ada kata SIAKAP SENOHONG GELAMA IKAN DURI, BERCAKAP BOHONG, LAMA-LAMA MENCURI... ni pepatah orang lama... bukan aku yang pandai-pandai reka noh....
So bagi aku dah jelas... nak dedah, dedah dengan cara yang terbaik dan telus.... nak pi hantak anak main bola kat mana pun pastikan dulu barang dapuk dirumah dah cukup, belanja anak-anak yang lain tak terjejas, duit nak bayar bil ada, duit susu anak2 yang lain ada cukup, duit nak bayak keta ada.... hantak pi tang mana pun.... faham kot noh? ibaratnya.... kalau tak faham gak... pi masuk balik bawah tempurung supaya orang lain boleh terus2an tipu anda...
Awal lagi tadi aku dah cakap i'm sori..... aku nak kata apa yang aku rasa patut aku kata.... nak betulkan persepsi yang salah....
*** klu guest maksudkan yg team Malaysia main bawah tempurung... lain la pulak ceritanya.... aku tak anggap dunia kita dunia bwh tempurung tapi adalah faktor2 yg membuatkan ia kelihatan seperti bawah tempurung antaranya lantera penipuan ke slovakia tu sbg contoh menempurungkan.....

Selasa, 9 Mac 2010

MENIPU DAN KENA TIPU LAGI.... KITA

Terkejut sungguh bila aku baca sebuah akhbar hari ini yang menyiarkan kononnya pengakuan seorang jurulatih ka pengurus ka ...di liga slovakia... dia kata team malaysia yang kononnya bermain diliga sana tu hanya main persahabatan sahaja tarafnya... bukan termasuk dalam liga pun. Maknanya tak ada mata pun. Dah la macam tu setiap perlawanan tu kita kena bayar team yang lawan dengan team Malaysia..... wah wah wah.... kalau benarlah bagai dikata.... lain jugak dengan yang diwar-warkan pihak bertanggungjawab sebelum ini.
Kalau begitu baik main saja dinegara sendiri.... buat apa main nak kena bayar, lepas tu semua perlawanan tu kira mcm persahabatan...mengisi waktu senggang team yang tak ada game diberitahu secara terus terang.... duit yang dikeluarkan tu dah tentu duit rakyat. Biarlah buat ia cara betul.... jangan ada sembunyi atau muslihat... BERAPA AGAKNYA KOS KESELURUHAN... sepanjang team Malaysia berada di slovakia tu...
Aku ngulas ni pun berdasar apa yg dipaparkan akhbar hari ni... kalau tipu akhbar tu... tak taulah aku...katanya tipah tertipu... ini bukan tipah jer tertipu seluruh rakyat Malaysia tertipu.... apalah nasib kita... suka suka ja orang tipu.... tapi tak kan nak tipu pulak kot.... kalau betul tak tipu..... sampai hati sungguh yang menipu tu... menipu ni sifat orang m.................... . Lagi satu persoalan aku kenapa mesti menipu .... kalau betul ianya tipu la.... hampeh betul... sukan pun menipu.... yang lain ?

Isnin, 8 Mac 2010

MELOMPAT, MELATAH, BESILAT.... MENGEKOK...

Hari ni ramai sungguh orang sana sini kelihatan melompat, besilat, melatah tak tentu hala... tah sapa yang tauk belacan atau sarang kerengga.... yang pasti kampung tempat depa tu duk lompat, latah dan besilat selamba ja... tukang heboh cerita (jimmy hart WWF dengan hellarnya) kecoh merata ceruk cam beruk macam hebat jer ceritanya... kalau jual aiskrik time panas-panas ni lagi baik... boleh buat banyak untung... dari ulas cerita beruk makye kena ketit kerengga...
Yang beruk makye pun koi hari koi naik syeh.... sbb ada tukang ulas ala jimmy hart wwf....
Weh... org kampung lani kepanasan.... bawak mai ayak nyok ka, ayak tebu ka, ayak tembikai ka, bandung cincau pon sodap..... gunakan pembesar sora tu... ya ya mare mare... kalau rasa panas, kering tekak... mare mare kita pekena ayak mcm2 ayak dok ada.... tak payah bayak... ni semua untuk semua atas nama kebajikan.... wow kan best camtu.... jalan hujung nu ada ayak pree... jalan hujung ni ada ayak pree... ayak berapa dit ja modai.... pasti ia akan diingat selamanya...
Nak bagi jangan kira masa..... masa ni la nak bagi...
Satu lagi yg aku heran... pasai apa lani keputusan ekok byk melampau kt sorat habak melayu... semak cara sms sana, semak cara sms sini.... letaknya kat bahagian sukan... apa keputusan ekok tu juga sebahagian dari keputusan sukan ka.... Melayu secara umumnya ISLAM... Islam mengharamkan judi... pasai apa keputusan judi pelan lama pelan banyak kat sorat habak melayu... Melayu ramai yang berjudi ka? Mana pi pejuang bermaruah lagi hebat pegangan agamanya? kenapa isu melayu tikam ekok mcm tak pentin ja... berjuanglah keluarkan iklan, keputusan ekok dari sorat habak kita... barulah hebat.... disampin kehebatan2 lain yg kita nak tunjuk.... bolehhhh kot? ala pekara kecik ja tu bagi orang-orang hebat negara....
Apa-apa pun jom pekena ayak tembikai blender kat hujung warung nun... tapi kena bayak la... panaih-panaih ni.... fuhhhh!!! lega ....

ASAL DARI KAMPUNG...POOONNNN!! PON!...MEGGI SUDAH KAMBANG...

Puas hati tak puas hati? tak yah la nak berbalah benda ni... tapi masyarakat kita, media kita memang suka mensensasikan cerita2 begini untuk jadi isu... masyarakat memang didik untuk lebih suka membicarakan soal gosip, hiburan dan lain-lain yang melekakan daripada memikirkan membahaskan soal kehidupan, hak... kebenaran dan lain-lain yang lebih penting.
Berbalah la hampa, berhabislah hampa wang ringgit utk hiburan tp jgn sekali-kali nk kecoh-kecoh soal kehidupan dan lain-lain... saolah-olah hanya ada satu jalan yg kena dilalui diluar sana... lepas ni akademi fantasia ( AF ) pulak... lepas satu mimpi sudah siap satu lg mimpi untuk diperbahaskan dan diperjuangkan oleh orang-orang kita.... saolah-olah masa depan kehidupan ini berkait dengan perkara-perkara ini... berapa telaga pulak air mata nak berguguran menangisi benda yang tak perlu ditangisi... ada banyak hal lain yang boleh ditangisi... anak2 yang dah lama tak jumpa, bermain, dimanja oleh ayahnya... isteri2 yang dah lama tak bersama suaminya...
Rumah-rumah yang tidak layak dipanggil rumah untuk didiami... anak-anak pintar yang tidak dapat pergi jauh dalam pelajarannya lantaran kesusahan yang menimpa....
Memang betul! hak orang la nak berhibur dan jd penghibur... itu rezeki masing-masing... tapi kita jangan lupa ada insan lain sedang berduka dikala kita terlalu suka... suka kita kadang-kadang suka yang terpandu tanpa disedari..... kenapa kita tidak dipandu membasmi duka...?
Asal dari kampung !! kebanyakan orang... jangan lupa asalusul kita... poooonnn!! pon!... bunyi hon untuk kita lebih perihatin.... agar jangan dibiar meggi yang dah masak tak dimakan kerana MEGGI SUDAH KEMBANG....

Rabu, 3 Mac 2010

DUNIA ORANG LARI

Sekarang ini adalah dunia orang lari.... lari dari apa?
Lari dari tanggungjawab,
Lari dari kenyataan,
Lari dari rakan-rakan,
Lari dari perjuangan,
Lari dari prinsip,
Lari dari iman,
Lari dari kepercayaan,
Lari dari fokus,
Lari dari hutang,
Terlalu banyak dan pelbagai larian sekarang ini....
Yang pasti berlarilah kamu sejauh mana pun Allah itu sentiasa dekat....
Dia mengetahui apa yang dilakukan tersurat dan tersirat....
Larilah.... lari.....

Selasa, 2 Mac 2010

MELIHAT TAPI TAK NAMPAK...

Ramai orang boleh melihat tetapi belum tentu mereka nampak apa yang mereka lihat..... dan semestinya mereka yang nampak itu telah melalui proses melihat.... Kenapa begitu ? Melihat dengan sekadar melihat tanpa cuba untuk nampak tak akan mendatangkan kesan dalam pemikiran dan tindakan.... kerana itu masih ramai orang-orang susah hari ini tanpa dibantu oleh orang-orang kaya dan berkemampuan. Melihat dengan sekadar melihat. Lebih ramai lagi yang tidak nampak kekurangan dan kesusahan diri kerana kita hanya sekadar melihat sahaja. Kita tahu kita sedang susah atau belum susah dan mungkin bakal menemui kesusahan suatu hari nanti tapi masih tak nampak keperluan untuk kita bersedia menempuhi saat itu....
Fuhh!! memang sukar untuk menembusi tembok keselesaan yang ada... Allah dah peruntukkan 24 jam itu adalah sebaik-baik waktu untuk kita melalui kehidupan.... uruslah kita masa itu dengan sebaiknya... kalau dijadikannya 24 jam siang dan 24 jam malam sekali pun kita akan terus merasa tiada masa jika kita tidak mengurus masa dengan baik.
Melihatlah kita dengan nampak .... yakinkanlah diri ..... amin.... kekuatan ini perlu dicari... aku juga masih mencari...