BEREHAT SEBENTAR

Isnin, 19 Julai 2010

OUTSTATION 2..

Minggu ni 'outstation' 2 dlm tahun ni. Seruan tugasanlah katakan. Ok gak tempat ni... bilik aku ngadap KLCC dan KL TOWER. Gerai makan bersepah keliling. Cuma nak kontrol makan so tak yah ler nak gatal-gatal atoq kedai, lagi pun makan yg disediakan pun dah cukup. Apa tak bila cermin diri jer ...aduhhhh.... berat mata memandang berat lagi kaki menanggung. Klu nak pun sesekali minum-minum jer.
Khamis celapak balik n ada game boling plak kat Ipoh. Harap kali ni tak game over awal sangat. Well aktiviti kayuhan nampaknya bleh bersambung minggu depan. Turunkan apa yang naik, kecilkan apa yang besar, kempiskan apa yang kembang...hehe... Walau pun ada yang hot dengan kenaikan, tapi aku kena usaha untuk keturunan.
Lama tak jumpa 'Duniaku', pak aziz dan ramai lagi... ada kesempatan jumpalah nanti.... waktu pun dah agak lewat...harus tidur dulu... esok berderetan kerja menanti untuk disiapkan, but i still enjoy my work with my freinds. Miss my family also....
Chow wei......

Sabtu, 17 Julai 2010

KEMANA BOLASEPAK KITA ? - bhgn 3

Aku nak meneruskaan sikit lagi cerita pasal bolasepak Malaysia dari kaca mata dan akal fikirku. Pembangunan bolasepak perlu secara berterusan dari peringkat usia muda hinggalah ke usia matang dewasa. Dalam istilah lain ia disebut pembangunan peringkat 'akar umbi'. Adalah satu kelompok manusia yang suka menggunakan istilah 'akar umbi' tapi hampeh... cakap jer buat sedap telinga dengar....
Kita disini kekurangan akademi jadi apasalahnya gunakan sekolah-sekolah rendah yang ada disetiap pelusuk negara sebagai akademi secara tak langsung. Selama dah berpuluh tahun peluang yang ada ini kita abaikan. Guru-guru yang mengajar disekolah-sekolah rendah ini tidak diberikan kursus kejurulatihan dan bersijil. Sepatutnya pihak berwajib ambillah kesempatan ini dengan bijak. Anjurkan kursus kejurulatihan, biar semua guru yang mengajar bolasepak di sekolah-sekolah rendah ada sijil sekurang-kurangnya bertaraf lesen C. Guru-guru sekolah menengah pula bertaraf lesen B.
Dengan adanya guru-guru yang bersijil diiktiraf oleh FAM maka sudah tentu pembangunan yang lebih sistematik boleh dimulakan sejak di sekolah rendah lagi. Bukan lagi guru yang mengajar bolasepak itu bersikap tangkap muat. Bagi bola sebiji suruh anak murid main, cikgu duduk relax ditepi padang. Betapa rugi dan membazirnya masa yang ada kerana keadaan sebegini.
Bayangkan jika guru yang berlesen C, bolehlah dia menerapkan latihan yang lebih bersistem, menerapkan sikap yang betul untuk menjadi seorang pemain bola sepak. Perkara ini akan berterusan ke sekolah menengah dengan persaingan ditahap yang lebih kompetetif kerana selama 6 tahun pemain di sekolah rendah sudah terdedah dengan sistem latihan yang teratur. Bila tiba di peringkat menengah para pemain bukan nak belajar cara nak sepak bola yang betul, nak tahan bola cara yang betul seperti sekarang.
Bayangkanlah betapa hebatnya persaingan peringkat MSSN dan MSSM. Itu baru peringkat sekolah. Janganlah kita banyak buang masa nak tunggu ada akademi khusus. Guna ja kelebihan yang sedia ada. Bayangkan jika fenomena ini berlaku disetiap sekolah seluruh negara... tak kan kita tak boleh jumpa pemain-pemain berbakat yang terasuh dengan betul sejak usianya muda. Dari ratusan ribu pemain yang keluar setiap tahun dari sekolah-sekolah tak kan tak ada 30 pemain yang terbaik.
Kelangsungan pembangunan bakat boleh diteruskan lagi selepas mereka tamat bersekolah dengan pasukan-pasukan kolej, universiti dan lain-lain di samping menjadi pemain pro sepenuh masa... Apa yang susah sangat FAM nak fikir... habis duit berjuta-juta mungkin dah berbilion menyediakan prasarana seluruh negara tapi tenaga yang nak main bolasepak tu sendiri tak terbangun.
Jangan susahkan sangat prosedur untuk memberikan kursus dan sijil kejurulatihan tu kepada guru-guru. Jangan ingat nak simpan kouta untuk bekas pemain jer untuk jadi jurulatih. Seorang bekas pemain bolasepak tak semestinya dia boleh jadi jurulatih yang baik dan hebat... Setahu aku Arsene Wanger bukanlah seorang pemain bolasepak yang hebat tapi dia seorang jurulatih yang hebat...
FAM bukalah mata seluas-luasnya... kelebihan ada di depan mata tapi kenapa tak mahu diambil. Asyik cari formula itu dan ini, dah cuba itu dan ini, itu-itu jugak pemain yang ada, fokuslah lebih kepada pembangunan yang hebat dengan segera dari kelihatan hebat dengan kuasa dan hukuman. Tak kemana bolasepak kita jika banyak dihabiskan di meja mesyuarat. Orang politik wajib dikecualikan dari memegang apa-apa jawatan. Bola sepak bukan tempat untuk mencari perbatuan politik anda. Para peminat dah muak melihat perkara ini.... berikan kepada mereka yang benar-benar berjiwa bola sepak, yang tahu setiap inci berkenaan bola sepak, yang bukan pura-pura pandai pasal bola sepak dan melihat bola sepak ini sebagai sebuah gedung perniagaan.
Jumpa lagi...

TERTIPU SEKEJAP....

Cisss... tertipu sekejap bila mata aku terbaca kat nota bergerak dlm TV (dibhgn bwh). Bunyi ayatnya subsidi minyak Ron 95 dikurangkan 5 sen seliter dan yang lain-lain pun lebih kurang sama bunyi ayatnya utk gas, diesel dan gula.... cuma ayat untuk Ron 97 jer lain sikit. Permainan minda tul... bila baca yang perkataan subsidi tu dah mcm tak nampak... yang nampak cuma Ron95 dikurangkan 5 sen seliter.... hampeh tul...
Didada2 akhbar pulak tak dak cita ayat kenaikan... semuanya ayat pelarasan dan lain-lain, ada setengahnya lagi langsung tak keluarkan cerita ni. Adapun yang keluarkan sebagai tajuk kecil ditengah2 suratkhabar mereka..... Wah bagus ni ... satu strategi yang baik.... lepas ni diharapkan juga tak dak kesan berantai seperti harga minuman dikedai kopi tak naik, harga susu anak tak naik, pampers anak tak naik, harga ikan tak naik, dan lain-lain lah semuanya tak naik. Boleh ker?
Satu lagi ayat lazim diucapkan... kenaikan yang tidak membebankan... memang betul pun tidak membebankan... tidak membebankan kepada siapa dan membebankan kepada siapa? ni mau tengokla... masih rendah harga dinegara kita berbanding negara lain... memang betul juga ni... tapi mau tengok la negara yang tinggi harga minyak tu macam mana income rakyat 'marhain' dia...
Jadi dengan tajuk N3 di atas TERTIPI SEKEJAP... memang sekejap sangat lebih kurang 10 saat aku tertipu... begitu juga bila baca akhbar arus perdana tertipu juga tapi sekejap juga.... bila aku mula berfikir dengan baik dan rasional.... aku tak nak kena tipu dan tak rela ditipu..... hampeh..!!

Khamis, 15 Julai 2010

BOLASEPAK KITA NAK KEMANA? bhgn 2

Sebelumnya telah panjang lebar aku memberikan mukadimah dan gambaran apa yang tertulis diminda dan hati aku tentang bolasepak negara kita yang tercinta. Siapa tak sayang negara dan segala apa isi yang ada didalamnya termasuklah isu bolasepak. Jalan terbaiknya pendapat pelbagai pihak perlu didengari oleh mereka-mereka yang memikul amanah. Kalau tak mahu dengar atau beri perhatian, baik jangan duduk dikerusi yang anda semua duduk sekarang.
Pendapat ini mungkin hanya datang dari seekor nyamuk kecil yang mungkin kedengarannya merimaskan. Tapi tahukah anda berjuta-juta nyamuk-nyamuk ini sudah bosan dan merasa letih melihat perkembangan semasa pasukan bolasepak kebangsaan kita. Kadangkala dapat diperhatikan seperti banyak sepak terajang diluar gelanggang berbanding aksi didalam.
Jika kita melihat perkembangan bolasepak dinegara-negara lain begitu pesat. Apa yang mereka buat? Kita kelihatannya pesat tapi tidak sebenarnya. Pembangunan bolasepak seharusnya seawal semuda-muda usia. Itulah yang banyak dilakukan oleh negara-negara seantero dunia. Ada juga yang menjadikan bolasepak untuk keluar dari kemiskinan dan kemelaratan hidup.
Bagaimanakah pembangunan diperingkat awal usia dinegara kita ? atau lebih mudahnya sering kali disebut sebagai pembangunan peringkat akar umbi ? istilah yang lebih akademik disebut juga sebagai akademi bolasepak. Nampaknya perkembangan pembangunan ala-ala akademi ni masih belum berlaku secara menyeluruh, agresif dan besar-besaran. Makna kata bila ada pembangunan secara akademi bolasepak akan diajar pada bakat-bakat muda secara sistematik iaitu disiplin, pembentukan minda seorang pemain bolasepak yang hebat, pengurusan diri seperti soal pemakanan dan penjagaan kesihatan yang sistematik, pembangunan fizikal yang hebat disamping pembentukan skil permainan itu sendiri.
Dimanakah akademi kita ? Satu negeri satu akademi ? ada ke? kalau ada pun cukup ke? sedangkan ramai bakat-bakat muda yang dahagakan pembentukan secara sistematik. Nak tunggu syarikat-syarikat besar melabur dengan membentuk akademi dan menjadikan bolasepak sebagai satu perniagaan masih belum nampak riak-riaknya lagi. Negara-negara barat yang menjadi kuasa dan pengaruh bolasepak secara umumnya telah lama menjadikan bolasepak ini sebagai satu perniagaan yang menguntungkan. Secara tidak langsung negara mereka menerima hasilnya dengan lahirnya pasukan yang gagah perkasa dan liga negara mereka seringkali menjadi perhatian dunia. Inilah yang belum berlaku di negara kita. Bolasepak hanya dianggap sebagai satu aktiviti sukan maka selamanya kita tidak akan maju.
Pembangunan akar umbi kita sangat lembab. Terlalu mengharap pada satu dua akademi, itu pun dibandar-bandar besar sahaja, terlalu mengharap juga pada satu dua sekolah sukan sedangkan kita ada beribu buah sekolah yang sebenarnya boleh berperanan sebagai sekolah sukan tapi tidak dimanfaatkan sebaiknya.
Berhenti dulu dan akan disambung lagi....

Rabu, 14 Julai 2010

BOLASEPAK KITA NAK KEMANA?

Tergerak aku nak menulis sikit berkenaan bolasepak, sukan nombor wahid seantero maya pada. Buktinya piala dunia yang baru berlalu akan tetapi kehangatannya masih terasa. Sepanyol beraya gila, Belanda apa kurangnya, Jerman turut berpesta dan Uruguay turut berbangga. Apa tidaknya di negara kita kehangatan para penyokong pasukan pujaan masing-masing sanggup berlaga, berkata nesta asal kepuasan dihati dapat dicapai.Tak kurang juga yang ikut kecewa bila pasukan pujaannya tersungkur menyembah muka padang... titisan air mata lebih laju dari titisan air peluh disegenap rongga. Para penyokong pulang hampa, mamak jugak yang tawa ria kerana laba jualan lebih dari biasa. Bab judi aku tak nak ulas di sini sebab kalau bukan dengan bolasepak pun pentaik judi tetap berjudi.... setiap perkara boleh dijudikan, asal ada ongkosnya.
Panjang pulak mukadimah aku, tapi macam biasa... blog ni blog aku so suka akulah nak menarikan jari jemari aku ikut rentak mana. Apapun memang ada perkara penting yang dah lama terbuku di hati aku dan mungkin juga di hati-hati anda semua. BOLASEPAK KITA NAK KEMANA? tajuk yang agak besar skopnya. Baru nak tempah jersi ? baru nak cari kawasan sesuai nak buat padang ? baru nak fikir nak mula dimana? tengah nak fikir siapa pengemudi ? baru fikir siapa yang nak main? siapa pulak nak jadi tukang urutnya ? siapa yang nak jadi drebar bas pasukan ? siapa nak hulur tajaan ? siapa tukang buat air ? Wah banyaknya nak difikirkan siapa itu ini..? bolehkah itu ini ? dimanakah itu ini ?
Aduh tak nak fikir tapi terfikir, malas nak fikir tapi kena fikir.... kenapa nak fikir? sebab aku sayangkan bolasepak dan negara aku. Sampai bila kita seronok tak tentu hala sokong pasukan yang bukan pasukan kita. Kadangkala sampai ada yang sanggup bertekak sesama keluarga, teman-teman kerana sokongan pada pasukan masing-masing. MALANGNYA!! malangnya.... itu semua bukan pasukan kita.... bukan sewarna kita... bukan seselera kita. Begitu kuat dan hebat sokongan kita... PASUKAN KITA di mana ? jersi kita dah lama siap, padang kita dah ada dalam stadium yang serba moden dan canggih, dah lama kita bermula, dah ramai pengemudi bekerja, dah ramai barisan pemain yang siap siaga, tukang urut lengkap dengan ilmu fisioterapinya, jadi apa lagi masalahnya ?
Jangan pula bila ada kritikan diberi, dikata tidak patriotik. Tidak terniat walau sedikit pun mahu menjentik kerana ku faham dan sedar siapalah nyamok-nyamok ini yang sering menggangu di kuping telinga mereka. Akan tetapi rayuku biarlah cuba didengari mungkin antara banyak-banyak nyamok yang bersuara itu ada harapan dan curahan idea yang boleh diterima otak-otak yang dah puas penat berfikir. Bukalah minda seluas-luasnya seluas mulut stadium yang mengepung padang, bukalah hati setulus-tulusnya moga ada jalinan kemesraan.
Bak seorang ayah yang mendidik anaknya, marah buka benci tetapi sayang. Aku sayang bolasepak Malaysia.... biarlah apa orang nak kata, kerana disinilah tanah tumpahnya keringat dan darahku.
Aduh... tak aku sedari jam sudah pun 12.30 pagi... aku harus melelapkan mata dulu, beristirehat untuk mengerah keringat mencari sesuap nasi esok. Aku akan sambung lagi coretan ini kerana belum pun masuk kepada apa yang ingin aku cadangkan buat bolasepak kita.
Jumpa lagi..............zzzzzzzzzzzzzzzzzz....

Selasa, 6 Julai 2010

KEMBALI KE LAPANGAN

Fuhh... setelah agak terlalu lama bagi seorang rider.... meninggalkan dunia kayuhan hari kembali bersama rakan-rakan yang memberi semangat untuk membetulkan urat dan sengal-sengal yang dah mula dirasai..... demi untuk kesihatan maka aktiviti sangat baik.... cuma yang tak tahannya... aku dah kena panjat 3 bukit..... beskal pun meragam skit....
Tapi ok la satu permulaan yang aku rasa not bad at all setelah lama sangat aku tak kayuh, hanya sekadar mengikuti perkembangan rakan-rakan di internet jer.... Insyaallah ada masa lapang kayuhan akan diteruskan thanks to Ongah den...., Sham, Vic, jamiljamna.... cuma hari khamis n jumaat tak leh sbb ada coaching boling untuk budak-budak sekolah rendah... sesapa berajat nak expose anak dia main boling diusia yg muda sila la antar anak-anak anda. Disamping menggalakkan dia ada aktiviti sukan dan membentuk disiplin diri..... Chow dulu....

Jumaat, 2 Julai 2010

apa cerita?

agak lama tak pos apa-apa disini. macam-macam hal berlaku disekeliling kita.... ada yang menyentuh kita dan ada yang tak kena mengena dengan kita, kebanyakkannya ada kena mengena dengan kita sama ada secara langsung atau yang lebih banyak secara tak langsung... jadi oleh itu... perihatinlah anda dengan persekitaran anda...
jumpa lagi dalam terbitan yang bakal muncul...