BEREHAT SEBENTAR

Jumaat, 31 Disember 2010

OK KE ?

OK KE ? kalau rumahtangga kita yang menjadi tanggunjawab kita, kita naikkan papan iklan didepan rumah kita dan beritahu bahawa isi rumah ini adalah tanggungjawab kita. Memang pun orang dah tahu rumahtangga kita mestilah tanggungjawab kita atas segala-galanya. Takkan kita nak suruh jiran kita pulak yang bertanggungjawab. Kalau tak nak bertanggungjawab baik jangan berkeluarga. OK KE MACAM TU ?
OK KE ? tatkala kita menghadapi masalah ekonomi rumahtangga, langkah pertama yang kita ambil ialah memotong perbelanjaan dapur, duit poket sekolah anak, duit mengaji anak dan lain-lain duit perlu/wajib sedangkan dalam masa sama kita masih mengekalkan bajet untuk hiburan, rokok, minum2 diluar dan pelbagai lagi yang sebenarnya hanya kita seorang merasai keseronokannya sedangkan keluarga yang menjadi tanggungjawab merasa keperitan. OK KE MACAM TU ?
OK KE ? kalau ahli keluarga kita sebagai contoh anak kita cuba memberi teguran dan cadangan yang bernas, kita katakan sebagai kurang ajar. Mereka dikenakan hukuman, diugut supaya diam sahaja dari memberi pelbagai pendapat dan cadangan yang bernas untuk kebaikan keluarga kita sendiri. Anak-anak dikurung agar mereka tidak melihat jiran-jiran yang lebih baik pengurusan keluarganya. Wajarkah kita terus memomokkan keluarga kita bahawa kita sudah cukup baik berbanding keluarga2 lain, sedangkan pada hakikatnya anak-anak kita tahu yang pengurusan kita banyak yang tidak betul. Malangnya bila mereka memberi pandangan, mereka ditempelak sebagai tidak tahu apa-apa dan cuma kita yang tua ini saja yang tahu mengurus keluarga walau pun kita boleh sudah dikira gagal. OK KE MACAM TU ?
OK KE ? bila mana kita menunjukkan contoh yang tidak baik kepada anak-anak tetapi dalam masa yang sama kita memberi tahu perkara yang sememangnya jadi kebiasaan kita itu tidak baik dan salah. Tak ke pening anak-anak kita dengan gelagat kita. Kita kata merokok tu tak baik untuk kesihatan tapi dalam masa yang sama kita merokok. Kita kata tak baik menganiayai tak kira sesiapa pun, manusia, binatang, tumbuh-tumbuhan hatta harta benda yang tidak bernyawa, sedangkan dalam masa sama kita tidak begitu. Kita menyuruh anak-anak sembahyang sedangkan kita tidak sembahyang. Banyak lagilah yang kita berlakon benda itu baik dan suruh anak kita buat tetapi kita sendiri tidak suka buat. OK KE MACAM TU ?
OK KE ? kita sering ingatkan keluarga kita untuk terus menyayangi dan mengasihi antara satu sama lain dalam keluarga agar keluarga kita jadi lebih kukuh, kuat dan bersatu padu sedangkan dalam masa sama kita tidak menunjukkan sifat kasih sayang, ikhlas dan bertanggungjawab. Kita sering mengungkit budi yang kita tabur pada keluarga walau pada hakikatnya tak setara mana juga kerana kalau ikut kemampuan kita sebenarnya jauh lebih baik yang boleh kita beri kepada keluarga kita. Sayangnya kita lebih pentingkan diri sendiri dan rakan-rakan kita dari keluarga sendiri. OK KE MACAM TU ?
OK KE ? bila kita berpesan kepada anak-anak kita bahawa apa yang ada ini sudah cukup baik. Tidak perlulah cuba untuk memajukan diri melihat jauh ke dunia luar. Kalau keluarga ini sudah begini nasibnya tak perlulah cuba-cuba untuk mengubah nasib dengan cara yang lain melainkan dengan cara kita sendiri sebagai ketua keluarga. Kita kawal seketat-ketat yang boleh keluarga kita seperti kita memberitahu bahawa dunia diluar itu sungguh gelap dan penuh kejahatan sedangkan rumah kita banyak dinding-dinding bocor, bumbung-bumbung berlubang yang memberitahu bahawa sebenarnya diluar sana tidaklah segelap dan jahat sebagai mana yang kita gambarkan. Ibarat kata warna kuning tetapi kita cuba beritahu itu adalah warna merah. OK KE MACAM TU ?
Sempena tahun baru 2011 ini biarlah kita berfikir secara yang lebih bebas dan boleh membuat pilihan yang bebas mengikut naluri kita. Kita sebagai anak-anak terpelajar dalam sebuah keluarga tahu batasan hormat dan kurang ajar. Yang baik sememangnya telah lama kita iktiraf ia sebagai baik. Yang tidak baik itu tetap tidak baik sampai bila-bila walau penjaga kita cuba mengajarkan kita bahawa itu juga adalah baik dan boleh diterima. Memang benar penjaga kita berjasa membesarkan kita tetapi memaksa kita mengikuti/menerima sesuatu yang tidak betul samada secara terang, halus atau paksa adalah tidak wajar. Jagalah keluarga kita sebaiknya selagi masa masih ada. Buatlah perubahan yang sewajarnya agar keluarga kita benar-benar merasai yang kita sememangnya mahukan yang terbaik untuk keluarga kita.
SELAMAT MENYAMBUT TAHUN BARU 2011.

Ahad, 26 Disember 2010

MISKIN KERANA BANYAK BERALASAN ?

Terpanggil aku nak mengulas tentang statement yang menjadi tajuk N3 kali ini. Acap kali aku mendengar ungkapan ini dari orang-orang yang sudah kaya, sedang kaya, bakal kaya atau pernah kaya. Mungkin ada benarnya ungkapan mereka itu dan mungkin juga tidak. Orang-orang kaya boleh berkata apa saja kerana mereka kaya. Hak untuk orang kaya mengata orang miskin. Tetapi bagaimana hak orang miskin dalam kehidupannya. Walau pun miskin mereka juga makhluk mulia ciptaan yang maha kuasa dan ada peranan mereka yang tersendiri. Hidup dan kehidupan ini saling melengkapi sebenarnya.
Ada sebab musababnya Allah menciptakan manusia ini dari pelbagai kaum, keturunan, taraf hidup dan lain-lain kepelbagaian. Tujuannya lain tidak adalah untuk umat manusia saling menghormati antara satu sama lain. Kalau orang kaya merasakan hidupnya bagus, selesa, mewah, bahagia dan serba serbinya terbaik akan tetapi rasanya belum ada lagi orang miskin yang jadi GILA bila menyedari dirinya miskin dan melihat orang lain kaya. Kenapa ada orang kaya yang tergamak untuk mengatakan orang yang miskin (dimata orang-orang kaya ini) penuh dengan alasan. Tidakkah mereka tahu bahawa simiskin ini walau miskin dizahirnya (harta benda/wang ringgit) tetapi jiwa mereka tidak pernah miskin. Kepala mereka tidak pernah berhasad dengki, khianat dan sebagainya sebagaimana sebahagian besar orang-orang kaya. Orang miskin cukup bahagia dengan keluarga dan kehidupannya. Kebahagiaan ini sebenarnya KEKAYAAN YANG TIDAK ADA PADA SEBAHAGIAN BESAR ORANG-ORANG YANG MERASAKAN DIA KAYA. Orang kaya selalu tak cukup masa kerana mengejar kekayaan tetapi orang miskin bersyukur dengan masa yang ada dan menikmati masa-masa berharganya.
Pada orang-orang kaya mungkin difikiran mereka adalah kebahagiaan itu akan wujud bila wang melimpah ruah. Ya benar bila wang melimpah ruah hidup jadi senang, apa yang terniat boleh dimiliki/lakukan. Tetapi sedarkah mereka bahawa simiskin tidak pernah banyak alasan seperti yang dikata. Cumanya mungkin simiskin tidak pernah cuba memikirkan bahawa kenapa dia tidak kaya seperti sikaya kerana dia tahu itu akan hanya menambah tekanan dalam hidupnya.
Hidup sudah terbeban, apa guna menambah lagi beban. Sebab itu aku katakan jarang benar kita dengar orang miskin jadi gila sebab dia miskin tetapi ramai orang boleh jadi gila bila dia gagal kaya dan pernah kaya kemudian jatuh miskin. Isi kepala itu yang penting. Sikaya yang mendabik dada mengatakan simiskin banyak alasan dek kerana keghairahan memburu kekayaan harus ingat kekayaan boleh datang dan pergi. Bersediakah anda untuk berhadapan dengan kemiskinan kerana anda sekarang kaya?
Kaya itu memang baik, bermartabat dan sebagainya tetapi miskin itu juga tidak hina melainkan dihina. Miskin juga tidak susah melainkan disusahkan. Kejarlah kekayaan semahunya yang kamu mahu tetapi jangan sekali-kali menghina dan merendahkan martabat kehidupan orang lain. Jangan katakan orang miskin itu banyak alasan sedangkan orang-orang kaya juga banyak alasan bila kesibukan memburu kekayaan dengan mengenepikan hak kekeluargaan, rakan taulan, masyarakat setempat. Adakah ini nak dinafikan oleh orang-orang kaya? Apa alasan orang-orang kaya ini bukan alasan. Hebat sungguh kehidupan orang-orang kaya sebab mereka boleh buat apa saja ( bukan alasan) kerana mereka nak terus kaya.
Jika berhajat untuk jadi orang kaya beriman kenalah betulkan sedikit pandangan terhadap orang miskin. Belajar menghormati hak orang lain. Belajar menghormati apa sahaja yang bukan berkenaan diri kita (yang kaya) agar iman yang dimahukan benar-benar meresap. Kayalah semahunya, jangan sekali-kali memandang hina pada orang lain yang tidak kaya.

Rabu, 15 Disember 2010

KESEMPATAN DALAM KESEMPITAN

Selalunya wujud kesempatan dalam kesempitan. Oleh itu bagi mereka yang suka mengambil kesempatan, iktibarnya adalah mewujudkan sebanyak mungkin kesempitan. Dalam kesempitan itu ada pelbagai perasaan takut yang wujud ( agar terus rasa terhimpit). Pelbagai kesakitan, kesusahan, kesengsaraan, kemiskinan, kelemahan, kemunduran, penindasan dan pelbagai lagi ke.. dan ...an terus dimainkan secara visual mahupun secara pendengaran.
Manusia yang dalam kesempitan selalunya akal fikirnya menjadi kelam kabut, celaru dan mudah untuk dimanipulasikan. Manusia yang akan mengambil kesempatan akan mencipta apa jua jalan agar wujud seluas-luasnya ruang kesempitan agar mudah ia mengambil kesempatan. Titik lemah dalam pemikiran inilah yang banyak mendatangkan keuntungan kepada mereka yang kadang kala kita kata sebagai tidak bertanggungjawab mengambil kesempatan.
Teori ini adakah ianya akan selamanya berjaya ? Zaman dah berubah. Manusia yang masih lagi percaya dalam kesempitan itu ada kesempatan mungkin akan tersilap membuat percaturan. Mengena tidak semestinya berpihak lagi pada yang mencipta kesempitan kerana mereka yang ditarget akan terkena juga sudah bijak untuk mengenakan.

Selasa, 14 Disember 2010

CADANGAN GUA BATU

Apa punya jawapan mamanda yang jaga ni. Kalau nak jimat nak murah, sayur tanam sendiri. Habis gula ? tanam tebu sendiri, proses sendiri ? Semuanya nak guna minyak. OOO minyak pun pi gali sendiri kalau nak murah. Benda lain bolehlah jimat cermat tak beli. Ini benda makan, mau tak mau kena beli.
Jawapan zaman batu dibagi mamanda dizaman serba canggih dan langit terbuka ni. Rendahnya mentaliti atau cuba merendah-rendahkan. Kalo ini rophe jawapan nyer hee... tok menakan teman pun bleh amik tempat memanda. Aper ler kome ni ? kome sebenor nak nolong ke idok ? Gini gayer rophe nyer hee... pensil kene asoh bagi tajam.... habuan nulih jawapan yang lebih intelektual... Sian deme...

Rabu, 8 Disember 2010

LAYAK KERANA USAHA DAN NASIB

Tahniah kepada pasukan bolasepak negara kerana layak ke separuh akhir Piala Suzuki. Anda telah berusaha keras dalam perlawanan terakhir dengan membenam Laos 5 - 1. Tidak boleh dinafikan juga anda layak kerana faktor nasib. Nasib Thailand kalah dan terima kasih Indonesia yang bermain secara profesional dan memenangi perlawanan. Tidak salah pujian diberi kepada skuad Indonesia kerana mereka punya pilihan untuk bermain secara santai kerana kedudukan mereka sedikit pun tidak akan terjejas jika kalah sekali pun.
Jelas kelihatan kesungguhan dalam persembahan mereka. Bambang Pamungkas dan rakan-rakan telah membuktikan mereka adalah kuasa terkini bolasepak rantau asia tenggara yang harus diberi perhatian. Lebih menarik lagi kelab bolasepak liga perdana Inggeris iaitu Liverpool juga khabarnya akan membuka akademi bolasepaknya di Indonesia. Satu perkembangan yang sangat menarik di negara jiran kita.
Thailand pastinya pulang dengan muka yang merah padam. Pernah digeruni sebagai antara gergasi dirantau asia tenggara, prestasi mereka begitu merudum. Selepas Peter Whithe mengendali dengan agak cemerlang suatu ketika dahulu, kini dibawah kendalian Brayn Robson seorang lagenda bolasepak Manchester United, kelihatan Thailand semakin merosot prestasi mereka. Apakah Brayn Robson akan angkat kaki sebab kemerosotan ini ? kita tunggu dan lihat...
Berbalik kepada pasukan kebangsaan kita, satu sahaja harapan iaitu tonjolkan permainan yang terbaik. Kalah atau menang itu satu soal lain. Kalau kalah dengan prestasi hambar bak pasukan budak sekolah bermain liga kampung bukan sesuatu yang berbaloi bagi penyokong yang masih sayangkan skuad negara ini. Kalah melawan dengan cara yang terbaik lebih diterima akal. Bukanlah kita semua hendak pasukan kita kalah tetapi hakikatnya apabila pasukan kita kalah, permainan yang ditunjukkan amatlah memalukan kualitinya.
Apa-apa pun selamat berjuang... marah macam mana pun Malaysia tetap kita sayang... Marah pun sebab sayang... kalau tak sayang tak ambil peduli dah....

Selasa, 7 Disember 2010

DIMANA TUANNYA MELAYU ?

Melayu yang makan gaji ? sudah tentu bukan... ( tengah bulan dah paras hidung)
Melayu yang kerja sendiri ? pun bukan... ( kadang2 lebih, kadang2 tak cukup)
Melayu yang berniaga kecil-kecilan ? bukannn... ( hutang along jugak..)
Melayu yang mengampu ? bukan... ( hidupnya bergantung sehebat mana dia mengampu)
Melayu yang kais pagi makan pagi, kais petang makan petang ? lagi bukan... (asyik mengais jer)
Melayu yang hidup ikhlas, jujur ? bukan jugak.... ( pasrah ini semua dunia... )
Melayu yang sedar diri ? bukanlah... ( takut akan kehidupan yg kekal di akhirat )
Melayu bertani ? dari dulu lagi bukan...
Melayu nelayan ? bukan...
Pendek kata melayu yang biasa2 ni tak pernah merasa pun macam tuan. Yang merasa dirinya tuan ?
Mungkin,
Melayu berjaya dalam berniaga atas usaha kuat sendiri... ( syabas anda memang HEBAT!! carry on...)
Melayu yang kaya hasil menipu..... ( mulut manis, tangan beracun)
Melayu yang suka ambil kesempatan ( bukan pandai ambil kesempatan)
Melayu yang pijak kepala melayu lain.... ( nak senang cepat )
Melayu yang cakap lain, buat lain.... ( mengelirukan orang lain )
dan macam-macam jenis Melayu lagi yang amat terasa tergugat hidupnya jika tuan yang diwujudkan hilang. ( kecuali Melayu yang berjaya dalam berniaga atas usaha sendiri sbg contoh dlm MLM dan lain2)
Pendek kata dengan tekanan dan kesusahan hidup majoriti kaum Melayu ini, nak dimomok apa dengan Ketuanan Melayu. Lantai rumah berlubang, bumbung rumah bocor, makanan berkhasiat lama-lama sekali, anak nak sekolah tak ada duit, bekalan air paip tak ada, bekalan elektrik tak ada..... dimana tuannya melayu ni? Melayu yang ada hari ini bukan berada dizaman awal merdeka lagi.... Melayu hari ini adalah Melayu di zaman milenium... tetapi kenapa masih ada melayu yang kabur nasibnya seperti zaman baru merdeka.
Bukalah minda kita untuk menerima hakikat nyata. Mahu tak mahu kita kena memikirkannya kerana kita dalam rumpun Melayu.... Bila Melayu bersuara jika tidak senada jangan di anggap musuh, jangan diulit dendam, jangan dikenyit ugutan. Melayu bersuara untuk kebaikan semua. Apa guna Melayu jika hanya duduk membatu, berdiri bak tunggul buruk.
Maaf jika bicara ini tidak selayaknya dilayangkan kerana aku sedar siapa aku... kerna itu AKUAKULAHJUA....

Sabtu, 4 Disember 2010

MANA LAGI PENTING ?

Antara BANGSA dan AGAMA ? Mengagungkan bangsa atau mengagungkan agama. Agama menyatukan semua bangsa, tak kira apa keturunan dan dari ceruk mana dalam dunia ni kita datang. Buktinya semasa IBADAH HAJI di Mekah berlangsung. Seluruh umat manusia berkumpul, wukuf di padang Arafah ( seakan perhimpunan di padang mahsyar kelak) tidak membangkit sedikit pun asal keturunan (Bangsa) kita disitu.
Kalau tak silap aku setelah mati dalam soalan Munkar Nankir tak ada KAMU BANGSA APA? So apa nak besar-besar sangat soal bangsa tatkala soal agama pun dipandang remeh jer... Tak lain tak bukan sebab nakkan dunia semata-mata. Bangsa hanya laku didunia sahaja. Di akhirat kelak tak laku dah... Cuma kita dijadikan berbangsa-bangsa (puak) adalah untuk saling mengenali, hormat menghormati antara satu sama lain. Itu yang disebut dalam agama. Kita tidak disuruh untuk bermusuhan, mencurigai hanya kerana berlainan bangsa.
Jadi ini dah terbukti agama menyuruh kira yang terbaik dan ianya lebih jauh terbaik berbanding bangsa yang sempit. Tahu asal keturunan kita itu memang penting tetapi bukan untuk mengagungkannya melampau-lampau melebihi agama. Kenapa aku kata melebihi sebab hari ini kita boleh lihat kalau agama digugat, macam tak dak apa berlaku jer ... tapi kalau bangsa digugat ... wah bukan main lagi juak-juak berjuang menjaga maruah kononnya. Agama tergugat bukan bererti secara nampak terang terangan tergugat tetapi secara halus tergugat... adakah juak-juak nak perduli ? Jawabnya tidak.... Sayang seribu kali sayang kerana tidak menjadi sebahagian khalifah yang sebenar-benarnya berjuang untuk hidup juga berjuang untuk agamanya.
Antara KETUHANAN dan KETUANAN mana yang lagi penting. Penting untuk DUNIA DAN AKHIRAT... Dalam KETUHANAN segala-galanya adalah jelas, ada kitabnya ada ajarannya ada nabinya ( yg pasti bukan seorang MELAYU) ada jaminan syurga dan neraka.... Dalam KETUANAN ada apa ? ada tikam belakang, pengkhianatan, fitnah, penganiayaan, curiga mencurigai, yang kuat berkuasa yang lemah mangsa, pentingkan diri dan macam-macam lagi yang semuanya untuk dunia semata-mata.... kemuliaan hanya untuk mengipas, mengampu... dunia-dunia...
Berfikirlah secara rasional dan seperti orang beragama yakni Islam. Daulah bangsa tak kemana Daulah Islam Sejahtera Selamanya Dunia dan Akhirat.... aminnnn...

Khamis, 2 Disember 2010

KALA BUMI MENYONGSANG PUTARANNYA

Tak dak guna apa dah walau satu sen pun. Apalagi harta berkoyan-koyan, duit meliun triliun. Sahabat ketawa yang selama ini sering mengipas, busuk pun dikata wangi, jelik pun dikata ok, meloya pun dikata sedap sudah tidak berguna lagi. Tatkala pada masa itu nak mencari sipolan sipolan untuk memohon ampun dan maaf juga sudah tidak berguna lagi.
Kuasa yang kau ada juga tidak berguna lagi. Allah juga yang maha berkuasa atas segalanya. Hentikanlah zaman songsang ini, kembalilah kita menerima kebenaran dan menolak kebatilan. Bersuaralah kita pada kebenaran, menentanglah kita pada kebatilan. Tegakkanlah kebenaran, tumbangkanlah kebatilan. Sebelum segala terlambat dan sudah tidak berguna lagi....

ZAMAN SONGSANG

BERANI KERANA SALAH, TAKUT KERANA BENAR. Satu kenyataan yang macam tak ada beza tetapi sangat berbeza. Zaman Berani Kerana Benar Takut Kerana Salah sudah berlalu samada kita sedari atau tidak.
Kita tengok sajalah di sekeliling kita hari ini.... YANG SALAH SEMUANYA BERANI-BERANI dan YANG BENAR SEMUANYA TAKUT-TAKUT. Dijalan raya sebagai contoh, Mat Rempit, Mat Pelesit dan lain-lain Mat-Mat semuanya SALAH dan mereka ni BERANI-BERANI. Kita salah ke, dia salah ke tetap kita yang jadi takut dan dia yang berani. Maka wujudlah samseng jalanraya.
Anak-anak muda sekarang dalam berpacaran, bagaimana lagaknya ? BERANI!! walaupun dengan perlakuan yang SALAH. Kita yang masyarakat teramai ini bagaimana pulak bila berhadapan dengan mereka ini ? kebanyakkannya walau tidak semua tetapi kebanyakkannya TAKUT walau berada dipihak yang BENAR. Takut nak menegur, tak nak kecoh kerana mereka sanggup memaki hamun kita. Belum lagi mak ayah yang akan memaki kita sebab sibuk hal anak pinaknya. Belum lagi kes-kes yang mereka fikir perlu dibawa ke mahkamah.
BERANI KERANA SALAH dalam membuat fitnah yang sangat berleluasa hari ini. Kenapa ianya berlaku ? kerana adanya kuasa ? adanya payung tempat berlindung? adanya ketiak tempat bersembunyi ? Banyaknya manipulasi-manipulasi yang boleh menjerut siTAKUT KERANA BENAR. Pada hari ini yang takut-takut bukan lagi orang-orang yang salah tetapi kebanyakkannya orang-orang yang berada dipihak yang benar.
Zaman sudah sangat songsang. Yang betul dikata salah yang salah dikata betul. Yang biadap bermaharajalela, yang sopan menjadi mangsa. Keadaan sudah semakin menjadi kucar. Masyarakat semakin sakit. Anak sudah tidak hormat pada ibu ayah, apa lagi nak hormat orang lain. Zaman " anak aku buatlah macam anak hang, kalau salah tegok la... tunjuk ajar dia"... sudah semakin menjauh... sekarang zaman " awat nak sibuk hal anak aku ? anak masing-masing... masing jagalah!! " ini ungkapan yang banyak masa kini. "Tepi kain sendiri tak terjaga nak jagi tepi kain orang..." lagi satu ungkapan yang biasa-biasa masa kini.
Begini keadaannya, beginilah realitinya. Di dahan mana kebenaran nak berpaut ? di tebing mana kebenaran nak bertaut. KEBENARAN semakin dipandang sepi, sebaliknya KESALAHAN makin terpuji. Inilah natijahnya bila kebendaan, wang ringgit dan kuasa menjadi raja di hati.
Semoga masih ada sinar buat yang BENAR, semoga yang BENAR akan bangkit membetulkan arah yang semakin menyongsang. Semoga BERANI KERANA BENAR AKAN KEMBALI DITEMPATNYA DAN TAKUT KERANA SALAH AKAN KEMBALI KE TAKUKNYA.

Rabu, 1 Disember 2010

NAZAK NAK MATI....

Kematian adalah dalam pelbagai keadaan. Yang aku nak utarakan bukan selatankan disini ialah jasad yang nazak nak mati akibat sakit yang perlahan-lahan. Ada dua keadaan jasad itu menghadapi ujiannya. Yang pertama jika jasad itu penuh dengan keimanan, percaya kepada kematian dan telah lama bersedia untuk mati maka hari-hari terakhirnya sentiasa tenang. Mungkin lebih tenang dari mereka yang masih segar bugar bernafas. Dia tidak akan melihat sekelilingnya secara negatif dan jauh sekali memandang kehadapannya secara negatif. Dia tidak akan marah-marah, meracau, mencari salah silap orang lain yang menyebabkan keadaannya begitu.
Dia akan terus tenang dan sejuk mata memandang. Sebaliknya jasad yang kurang atau tidak ada keimanan ini bila menghadapi hari-hari akhir hidupnya akan terus meronta dan bergelora jiwanya. Segala apa jua dipersekitarannya adalah salah. Orang di sekitarnya semua salah. Sakitnya semua berpunca dari orang lain. Dirinya tidak ada salah langsung. Jadinya keadaannya begitu adalah kerana orang lain. Hari-hari dirinya akan meracau, mengingau dan mengalami mimpi ngeri silih berganti siang dan malam. Perkataan-perkataan yang keluar dari mulutnya selain dari merintih adalah diselang-seli dengan maki hamun, kata nista dan dusta. Masih ada busuk hati untuk memfitnah orang lain....Masyaallah matimu sudah semakin dekat.
Perbanyakkanlah amal ibadah.... bersabar... muhasabah diri.... bertaubat kalau perlu. Berdoa juga memohon ampun atas segala kesilapan-kesilapan yang telah dilakukan. Bermaafan juga dengan insan-insan persekitaran. Berdoalah juga agar disembuhkan dari sakit dan dipanjangkan umur. Mampu membaiki diri dan kesilapan silam dan mengembalikan kepercayaan orang kepada diri. Inilah saja peluang masa yang ada sebelum mautmu benar-benar tiba.... kalau kau mati pun tidaklah kau mati terlalu hina.