BEREHAT SEBENTAR

Selasa, 14 Disember 2010

CADANGAN GUA BATU

Apa punya jawapan mamanda yang jaga ni. Kalau nak jimat nak murah, sayur tanam sendiri. Habis gula ? tanam tebu sendiri, proses sendiri ? Semuanya nak guna minyak. OOO minyak pun pi gali sendiri kalau nak murah. Benda lain bolehlah jimat cermat tak beli. Ini benda makan, mau tak mau kena beli.
Jawapan zaman batu dibagi mamanda dizaman serba canggih dan langit terbuka ni. Rendahnya mentaliti atau cuba merendah-rendahkan. Kalo ini rophe jawapan nyer hee... tok menakan teman pun bleh amik tempat memanda. Aper ler kome ni ? kome sebenor nak nolong ke idok ? Gini gayer rophe nyer hee... pensil kene asoh bagi tajam.... habuan nulih jawapan yang lebih intelektual... Sian deme...

2 ulasan:

  1. salam sejahtera..melihat kepada situasi aliran ekonomi hari ini..kerajaan sedang berusaha utk mengurangkan beban defisit dan kemerosotan KDNK maka dilancarkan segala kempen,penerangan,gerakgempur agar rakyat berjimat-cermat...oleh kerana Rakyat Didahulukan..maka rakyat le yg kena tanam sendiri..beli yg patut..jgn bermewah2...segala menteri2 yg ada dan mereka yg di atas-atas sana-sini..bukannya bodoh..mereka adalah bapak segala bijaksana...mereka sentiasa prihatin dengan kita-kita yg di bawah ini dan di bawah sana nun..kita-kita ini sebenarnya tak faham..tak mengerti..tak tahu..bahwa mereka2 yg di atas-atas sana-sini itu sebenarnya tidur pon tiada nyenyaknya..kerana sentiasa memikirkan nasib kita-kita yg di bawah sini dan sana nun..janganlah kita bersangka-buruk..hendaklah bersangka-baik..bahawa mereka yg di atas-atas sana dan sini itu adalah pejuang nasib kita...moga-moga Tuhan membuka pintu hati kita...simpanlah pensel itu..jangan diasah tajam..bahaya kena mata nanti..ataupun tertikam nanti..marilah kita-kita yg di bawah sini dan yg di bawah sana nun...bersama-sama menjunjung mereka yang di atas sana dan sini itu...kalau bukan kita yg di bawah sini dan sana yg menjunjung mereka itu...siapa lagi..maka kitalah yg di bawah sana dan sini itu penjunjung mereka.ayoh terus menjunjung mereka....

    BalasPadam
  2. kerana itulah masalahnya bila ramai yang gagal bahasa. Bahasa ni bukan pada penulisan, pembacaan sahaja tetapi meluas lagi kepada bahasa badan dan tindakan. Gagal bahasa dengan tak reti bahasa adalah siatuasi berbeza. Gagal bahasa adalah mereka yang menggagalkan bahasa yang sepatutnya jelas dan benar. Manakala tak reti bahasa buatlah apa pun, tetap tidak memahami maksud dan tujuan. Lebih kurang kurang menggunakan pemikiran dengan baik dan sering saja diambil kesempatan dalam kesempitan. Oleh untuk memudahkan kesempatan diambil, ruang-ruang kesempitan yang sebanyaknya harus diwujudkan. Hu hu ... dijunjung memang seronok tapi kalau orang lepas mengejut, sakit jatuhnya....

    BalasPadam