BEREHAT SEBENTAR

Sabtu, 4 Disember 2010

MANA LAGI PENTING ?

Antara BANGSA dan AGAMA ? Mengagungkan bangsa atau mengagungkan agama. Agama menyatukan semua bangsa, tak kira apa keturunan dan dari ceruk mana dalam dunia ni kita datang. Buktinya semasa IBADAH HAJI di Mekah berlangsung. Seluruh umat manusia berkumpul, wukuf di padang Arafah ( seakan perhimpunan di padang mahsyar kelak) tidak membangkit sedikit pun asal keturunan (Bangsa) kita disitu.
Kalau tak silap aku setelah mati dalam soalan Munkar Nankir tak ada KAMU BANGSA APA? So apa nak besar-besar sangat soal bangsa tatkala soal agama pun dipandang remeh jer... Tak lain tak bukan sebab nakkan dunia semata-mata. Bangsa hanya laku didunia sahaja. Di akhirat kelak tak laku dah... Cuma kita dijadikan berbangsa-bangsa (puak) adalah untuk saling mengenali, hormat menghormati antara satu sama lain. Itu yang disebut dalam agama. Kita tidak disuruh untuk bermusuhan, mencurigai hanya kerana berlainan bangsa.
Jadi ini dah terbukti agama menyuruh kira yang terbaik dan ianya lebih jauh terbaik berbanding bangsa yang sempit. Tahu asal keturunan kita itu memang penting tetapi bukan untuk mengagungkannya melampau-lampau melebihi agama. Kenapa aku kata melebihi sebab hari ini kita boleh lihat kalau agama digugat, macam tak dak apa berlaku jer ... tapi kalau bangsa digugat ... wah bukan main lagi juak-juak berjuang menjaga maruah kononnya. Agama tergugat bukan bererti secara nampak terang terangan tergugat tetapi secara halus tergugat... adakah juak-juak nak perduli ? Jawabnya tidak.... Sayang seribu kali sayang kerana tidak menjadi sebahagian khalifah yang sebenar-benarnya berjuang untuk hidup juga berjuang untuk agamanya.
Antara KETUHANAN dan KETUANAN mana yang lagi penting. Penting untuk DUNIA DAN AKHIRAT... Dalam KETUHANAN segala-galanya adalah jelas, ada kitabnya ada ajarannya ada nabinya ( yg pasti bukan seorang MELAYU) ada jaminan syurga dan neraka.... Dalam KETUANAN ada apa ? ada tikam belakang, pengkhianatan, fitnah, penganiayaan, curiga mencurigai, yang kuat berkuasa yang lemah mangsa, pentingkan diri dan macam-macam lagi yang semuanya untuk dunia semata-mata.... kemuliaan hanya untuk mengipas, mengampu... dunia-dunia...
Berfikirlah secara rasional dan seperti orang beragama yakni Islam. Daulah bangsa tak kemana Daulah Islam Sejahtera Selamanya Dunia dan Akhirat.... aminnnn...

2 ulasan:

  1. Sangat setuju dengan bicara saudara ini.Sempena awal muharram 1432 yg bakal tiba ini..cubalah kita bersama menanggalkan ketaksuban ketuanan bangsa dan membina keyakinan jitu atas kehebatan ajaran Islam dalam mencapai keredhaanNya.Mari bersama merealisasikan Islam itu selamat.Islam itu kasih sayang.

    BalasPadam
  2. Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.

    BalasPadam