BEREHAT SEBENTAR

Ahad, 26 Disember 2010

MISKIN KERANA BANYAK BERALASAN ?

Terpanggil aku nak mengulas tentang statement yang menjadi tajuk N3 kali ini. Acap kali aku mendengar ungkapan ini dari orang-orang yang sudah kaya, sedang kaya, bakal kaya atau pernah kaya. Mungkin ada benarnya ungkapan mereka itu dan mungkin juga tidak. Orang-orang kaya boleh berkata apa saja kerana mereka kaya. Hak untuk orang kaya mengata orang miskin. Tetapi bagaimana hak orang miskin dalam kehidupannya. Walau pun miskin mereka juga makhluk mulia ciptaan yang maha kuasa dan ada peranan mereka yang tersendiri. Hidup dan kehidupan ini saling melengkapi sebenarnya.
Ada sebab musababnya Allah menciptakan manusia ini dari pelbagai kaum, keturunan, taraf hidup dan lain-lain kepelbagaian. Tujuannya lain tidak adalah untuk umat manusia saling menghormati antara satu sama lain. Kalau orang kaya merasakan hidupnya bagus, selesa, mewah, bahagia dan serba serbinya terbaik akan tetapi rasanya belum ada lagi orang miskin yang jadi GILA bila menyedari dirinya miskin dan melihat orang lain kaya. Kenapa ada orang kaya yang tergamak untuk mengatakan orang yang miskin (dimata orang-orang kaya ini) penuh dengan alasan. Tidakkah mereka tahu bahawa simiskin ini walau miskin dizahirnya (harta benda/wang ringgit) tetapi jiwa mereka tidak pernah miskin. Kepala mereka tidak pernah berhasad dengki, khianat dan sebagainya sebagaimana sebahagian besar orang-orang kaya. Orang miskin cukup bahagia dengan keluarga dan kehidupannya. Kebahagiaan ini sebenarnya KEKAYAAN YANG TIDAK ADA PADA SEBAHAGIAN BESAR ORANG-ORANG YANG MERASAKAN DIA KAYA. Orang kaya selalu tak cukup masa kerana mengejar kekayaan tetapi orang miskin bersyukur dengan masa yang ada dan menikmati masa-masa berharganya.
Pada orang-orang kaya mungkin difikiran mereka adalah kebahagiaan itu akan wujud bila wang melimpah ruah. Ya benar bila wang melimpah ruah hidup jadi senang, apa yang terniat boleh dimiliki/lakukan. Tetapi sedarkah mereka bahawa simiskin tidak pernah banyak alasan seperti yang dikata. Cumanya mungkin simiskin tidak pernah cuba memikirkan bahawa kenapa dia tidak kaya seperti sikaya kerana dia tahu itu akan hanya menambah tekanan dalam hidupnya.
Hidup sudah terbeban, apa guna menambah lagi beban. Sebab itu aku katakan jarang benar kita dengar orang miskin jadi gila sebab dia miskin tetapi ramai orang boleh jadi gila bila dia gagal kaya dan pernah kaya kemudian jatuh miskin. Isi kepala itu yang penting. Sikaya yang mendabik dada mengatakan simiskin banyak alasan dek kerana keghairahan memburu kekayaan harus ingat kekayaan boleh datang dan pergi. Bersediakah anda untuk berhadapan dengan kemiskinan kerana anda sekarang kaya?
Kaya itu memang baik, bermartabat dan sebagainya tetapi miskin itu juga tidak hina melainkan dihina. Miskin juga tidak susah melainkan disusahkan. Kejarlah kekayaan semahunya yang kamu mahu tetapi jangan sekali-kali menghina dan merendahkan martabat kehidupan orang lain. Jangan katakan orang miskin itu banyak alasan sedangkan orang-orang kaya juga banyak alasan bila kesibukan memburu kekayaan dengan mengenepikan hak kekeluargaan, rakan taulan, masyarakat setempat. Adakah ini nak dinafikan oleh orang-orang kaya? Apa alasan orang-orang kaya ini bukan alasan. Hebat sungguh kehidupan orang-orang kaya sebab mereka boleh buat apa saja ( bukan alasan) kerana mereka nak terus kaya.
Jika berhajat untuk jadi orang kaya beriman kenalah betulkan sedikit pandangan terhadap orang miskin. Belajar menghormati hak orang lain. Belajar menghormati apa sahaja yang bukan berkenaan diri kita (yang kaya) agar iman yang dimahukan benar-benar meresap. Kayalah semahunya, jangan sekali-kali memandang hina pada orang lain yang tidak kaya.

1 ulasan:

  1. Ketemu lagi saudaraku..salam sejahtera.Besetuju dgn pandangan sdr.Miskin dan kaya ini kekadang adalah sesuatu yg subjektif.Dan kekadangnya objektif...kerna diukur dengan pemilikan harta dan wang ringgit..namun seia dgn sdr..bahawa kaya itu tiada salahnya dan miskin itu jua tiada akan hinanya.Bagaimana manusia dgn kehidupannya..yg sedia kaya akan kaya namun utk mengekal kayanya maka perlu usaha..yg miskin jua boleh kaya jika usahanya keras.maka kaya dan miskin itu adalah umpama roda..usaha yg benar..waktu yg benar..tempat yg benar maka akan tercapai ianya.Ini rezeki dan takdir..bagaimana mencari rezeki..itu berbeda antara satu sama lain..mensyukuri atas rezeki itu akan peroleh akan berkat.Menyalahkan takdir atau bergantung kepada takdir juga berbeda fahamnya antara satu sama lain.Namun perlu diingat bahawa kita tidak mengetahui takdir untuk sekejap lagi..inilah yg dituntut agar senantiasa berusaha memperbaiki diri.Dan perlu jua kita ingat bahawa Allah itu menjadikan tiap suatu itu berpasang-pasang..maka kaya pasangnya miskin..bukan semua manusia itu kaya dan bukan semua manusia itu miskin.Yang penting bagaimana menjadi manusia yang wajarnya kerana disisi Allah itu tiada akan bedanya melainkan amal dan takwanya...Maka yang benar-benar 'kaya' ialah mereka yang bertakwa dan beramal soleh...dan mereka yg benar-benarnya 'miskin' ialah mereka yang tidak mengingati akan penciptaNya.

    BalasPadam