BEREHAT SEBENTAR

Rabu, 8 Disember 2010

LAYAK KERANA USAHA DAN NASIB

Tahniah kepada pasukan bolasepak negara kerana layak ke separuh akhir Piala Suzuki. Anda telah berusaha keras dalam perlawanan terakhir dengan membenam Laos 5 - 1. Tidak boleh dinafikan juga anda layak kerana faktor nasib. Nasib Thailand kalah dan terima kasih Indonesia yang bermain secara profesional dan memenangi perlawanan. Tidak salah pujian diberi kepada skuad Indonesia kerana mereka punya pilihan untuk bermain secara santai kerana kedudukan mereka sedikit pun tidak akan terjejas jika kalah sekali pun.
Jelas kelihatan kesungguhan dalam persembahan mereka. Bambang Pamungkas dan rakan-rakan telah membuktikan mereka adalah kuasa terkini bolasepak rantau asia tenggara yang harus diberi perhatian. Lebih menarik lagi kelab bolasepak liga perdana Inggeris iaitu Liverpool juga khabarnya akan membuka akademi bolasepaknya di Indonesia. Satu perkembangan yang sangat menarik di negara jiran kita.
Thailand pastinya pulang dengan muka yang merah padam. Pernah digeruni sebagai antara gergasi dirantau asia tenggara, prestasi mereka begitu merudum. Selepas Peter Whithe mengendali dengan agak cemerlang suatu ketika dahulu, kini dibawah kendalian Brayn Robson seorang lagenda bolasepak Manchester United, kelihatan Thailand semakin merosot prestasi mereka. Apakah Brayn Robson akan angkat kaki sebab kemerosotan ini ? kita tunggu dan lihat...
Berbalik kepada pasukan kebangsaan kita, satu sahaja harapan iaitu tonjolkan permainan yang terbaik. Kalah atau menang itu satu soal lain. Kalau kalah dengan prestasi hambar bak pasukan budak sekolah bermain liga kampung bukan sesuatu yang berbaloi bagi penyokong yang masih sayangkan skuad negara ini. Kalah melawan dengan cara yang terbaik lebih diterima akal. Bukanlah kita semua hendak pasukan kita kalah tetapi hakikatnya apabila pasukan kita kalah, permainan yang ditunjukkan amatlah memalukan kualitinya.
Apa-apa pun selamat berjuang... marah macam mana pun Malaysia tetap kita sayang... Marah pun sebab sayang... kalau tak sayang tak ambil peduli dah....

Tiada ulasan:

Catat Ulasan