BEREHAT SEBENTAR

Selasa, 30 November 2010

HIDUP DAN KEHIDUPAN

Dalam setiap hidup ada kehidupan. Dalam setiap kehidupan ada pelbagai rencahnya. Suka duka, sedih takut, susah senang, tawa ria adalah antara warna warni kehidupan. Hari ini kehidupan sangat unik. Apa apa pun biarlah :
1. YANG RASA LEMAH JANGAN MENJADI KECUT
2. YANG MERASA KUAT JANGAN TERLALU MENGEPAK
3. YANG RASA PANDAI JANGAN MEMANDAI-MANDAI
4. YANG RASA KURANG PANDAI JANGAN DIKUDA
5. YANG KUAT AUTA JANGAN ASYIK MENIPU

Kerana kita masih ada peluru dalam simpanan bak pesanan lirik lagu M.Nasir ( kalau tak silap, klu silap maaf je la) .... Tinggalkan Satu Peluru.... Janganlah disalah tafsir pulak peluru itu peluru senjata api, tapi adalah peluru sebagai perlambangan kepada hak dan kuasa diri kita ke atas diri kita.

Jumaat, 5 November 2010

SATU PERINGATAN

Kalah menang adalah adat dalam bertanding. Tidak kiralah apa yang dipertandingkan. Sama ada padangnya sama rata atau tidak atau apa-apa lagi yang lain-lainnya yang dikira tidak sama rata. Yang menang pastinya gembira, mendabik dada megah berkata-kata. Yang kalah pula jangan cepat putus asa dan bermuram durja. Sudah menjadi kebiasaan juga yang menang akan merasa dirinya hebat dan yang kalah merasa dirinya lemah. Akan tetapi disebaliknya jika yang menang itu merasa gagah dan hebat bermakna kemungkinan dia akan menerima kekalahan adalah besar dan jika yang kalah itu merasa dia tidak lemah tetapi perlu cermin diri dan terus berusaha maka kemenangan masih menunggunya dihadapan.
Bagi orang yang sentiasa menang dan sesekali dia kalah, ibaratnya seorang yang sentiasa sihat tiba-tiba jatuh sakit. Maka semasa sakit ini adalah waktu untuk merenung kembali kekurangan yang perlu diperbaiki agar ia tidak berlarutan. Baiki semua kesilapan, tingkatkan usaha berterusan, tunjukkan kesungguhan dan keyakinan.
Kemenangan itu melalaikan.... kekalahan itu menyedarkan. Bertemu kekalahan dalam ujian yang kecil adalah lebih baik dari dibaham kekalahan dalam ujian yang besar.