BEREHAT SEBENTAR

Jumaat, 5 November 2010

SATU PERINGATAN

Kalah menang adalah adat dalam bertanding. Tidak kiralah apa yang dipertandingkan. Sama ada padangnya sama rata atau tidak atau apa-apa lagi yang lain-lainnya yang dikira tidak sama rata. Yang menang pastinya gembira, mendabik dada megah berkata-kata. Yang kalah pula jangan cepat putus asa dan bermuram durja. Sudah menjadi kebiasaan juga yang menang akan merasa dirinya hebat dan yang kalah merasa dirinya lemah. Akan tetapi disebaliknya jika yang menang itu merasa gagah dan hebat bermakna kemungkinan dia akan menerima kekalahan adalah besar dan jika yang kalah itu merasa dia tidak lemah tetapi perlu cermin diri dan terus berusaha maka kemenangan masih menunggunya dihadapan.
Bagi orang yang sentiasa menang dan sesekali dia kalah, ibaratnya seorang yang sentiasa sihat tiba-tiba jatuh sakit. Maka semasa sakit ini adalah waktu untuk merenung kembali kekurangan yang perlu diperbaiki agar ia tidak berlarutan. Baiki semua kesilapan, tingkatkan usaha berterusan, tunjukkan kesungguhan dan keyakinan.
Kemenangan itu melalaikan.... kekalahan itu menyedarkan. Bertemu kekalahan dalam ujian yang kecil adalah lebih baik dari dibaham kekalahan dalam ujian yang besar.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan