BEREHAT SEBENTAR

Selasa, 26 Oktober 2010

Hub Pusat Hiburan Malam.... Wow!!

Wow menarik dan best idea yang menanti untuk dilaksanakan ini. Pastinya akan menggamit kedatangan ramai pelancong. Penyerapan budaya juga akan mudah dan cepat berlaku. Usah difikirkan budaya siapa yang meresap kepada siapa ? Bagi yang sukakan 'night life' inilah yang ditunggu-tunggu sebagai sebuah negara maju.
Bagi yang membantah pasti akan semakin kuat azam dan tekadnya membantah. Bagi yang ditengah-tengah antara sedar dan tidak jika cenderung ke arah sedar maka perkara ini akan terus menyedarkan simpang mana yang harus dipilih, arus mana yang harus dilayari dan arus mana yang semestinya ditongkahi.
Bagi yang sayangkan generasinya pasti akan membuat pilihan yang tepat. Bagi yang tidak memikirkan sangat soal untung rugi generasinya sudah pasti bergembira dengan keadaan ni. Maklumlah hidup hanya sekali. Semasa hidup inilah nak dilakukan segala mungkin. Soal lain belakang kira. Itu pu kalau ada kesempatan untuk menoleh kebelakang buat membaiki kesilapan silam.

1 ulasan:

  1. rasa2 dah cukup 'hiburan malam' ni...cuma yg menjadi tandatanya adakah betul nak diwujudkan hub ni?...kira nanti tiap2 kawasan akan adalah 'night world'nya...tapi kalau pengisian menjurus kepada yg benar..pasti mendapat SOKONGAN...biar berpada...ni kira2 pentanda kerajaan Barang Naik nak runtuh la...

    BalasPadam