BEREHAT SEBENTAR

Isnin, 25 Oktober 2010

PERLUKAH MENARA LAGI ?

Pada pandangan/firasat aku kerana aku merasakan aku jugak ada hak nak bersuara berkenaan Menara 100 tingkat yang nak dibina ianya adalah tidak perlu buat masa ini atau mungkin selama-lamanya pun tidak perlu. Sebagai rakyat yang perihatin dengan negara yang disayangi ini maka pertimbangkanlah semula cadangan nak bina menara tersebut.
Apa kewajarannya ? Antara hujah yang aku dengan dari mulut menteri pelancongan Ng Yen Yen, katanya menara baru yang lebih tinggi perlu untuk menunjukkan kemajuan negara kita dan ia sebagai tarikan pelancong. Menyebutkan beberapa negara/tempat yang ada menara tinggi seperti di Taiwan, Dubai dan lain2 kata menteri berkenaan Malaysia mesti mempunyai satu mercu tanda baru yang lebih tinggi.
Setakat itu sahaja hujah yang dikemukakan ianya memang tidak cukup kuat untuk aku berfikir secara logik untuk menerima dan menyokong idea tu. Dengan jumlah bajet 5 bilion yang mungkin akan lebih dari itu kos bagi memajukan menara 100 tingkat, alangkah indahnya jika peruntukan bajet tersebut dibelanjakan pada keperluan yang benar-benar mensejahterakan seluruh rakyat. Bila seluruh rakyat sejahtera, pelancong yang datang akan dapat melihat kesejahteraan, kegembiraan dan keceriaan rakyat Malaysia yang menerima kehadiran mereka dengan lebih bererti.
Hidup rakyat yang baik, stabil, tiada rasa susah dan tidak puas hati akan memberi imej yang cukup baik kepada Negara berbanding tersergam menara bisu 100 tingkat yang mungkin akan menyebabkan tertumpahnya airmata rakyat teramai menanggung bebannya. Pada aku sebahagian besar pelancong yang datang ke sini bukan nak melihat kecanggihan bangunan tinggi-tinggi sebaliknya mereka nak melihat keunikan budaya, cara hidup yang rukun rakyat berbilang kaum negara ini dan kepelbagaian lain-lain seperti makanan, kesenian dan warisan setiap bangsa.
Kenapalah perkara seperti ini pun tak boleh difikirkan. PNB yang akan menanggung/menguruskan kos pembinaan menara ni lebih baik cari jalan dengan duit sebanyak 5 bilion tu untuk memberi pulangan yang lebih baik kepada pelaburnya agar dapat menggunakan keuntungan pelaburan untuk merancakkan ekonomi rakyat teramai. Aku mungkin tak pandai sangat berkenaan urusan ekonomi tetapi berfikir secara orang kampung, inilah pandangan aku....

1 ulasan:

  1. 5 billion tu baru anggaran...saja2 letak je..hang tunggu laa nnt depa umumkan kos sebenar..kompom lebih dari 5 billion..berganda2..mcm buat istana laa, dulu mula2 umum 400 million, pastu jadi 635 million..dlm masa 2 tahun dah jadi 935 million, baper kupang je lagi nak cukup 1 billion..

    BalasPadam