BEREHAT SEBENTAR

Isnin, 31 Ogos 2009

1MALAYSIA MINYAK NAIK MULAI 1 SEPT


Tahniah buat kita semua sempena kemerdekaan ke 52 harga minyak yang duk isi sekarang RON97 akan naik jadi RM2.05 seliter... dan minyak RON95 yang baru diperkenalkan belum apa-apa dah naik 5 sen, sbb mula dia keluar RM 1.75 seliter. Sempat gak aku isi sekali kat Kamunting RON95 RM 1.75 seliter... tp sayang esok dah naik jadi 1.80 seliter.

Tak pa rakyat Malaysia sentiasa menerima baik kenaikan ini sebab ianya baik untuk ekonomi negara kita. Kita jangan pentingkan diri sendiri kita kena utamakan negara... aih silap pulak aku rasa sebab rakyat dulu ka negara dulu yang harus diutamakan... LU fikir la sendiri.... pencapaian ka kecapekan ke..... waduhhhh...!!!! ( sumber dipetik dari berita kaki di astro awani tentang kenaikan harga minyak)

TEH CANDU! SATU!!


Fuh meleleh ayak liok tengok teh candu ni... kalau pekena time moreh ni meletup ni...lemak berkrim disukai ramai.... Satu soalan... Kamunting timur pandai ka buat teh candu?

TERIMA KASIH KERANA KITA MERDEKA




Merdeka! satu ungkapan yang sangat mudah dilafazkan. Namun ia tidak semudah orang-orang yang berjuang dizaman sebelum beroleh kemerdekaan. Memang kita anak merdeka yang lahir selepas merdeka, tetapi kita juga banyak didedahkan tentang sejarah perjuangan pejuang-pejuang tanah air. Dapatlah kita sedikit sebanyak merasai dan seterusnya menghargai perjuangan mereka.
Janganlah kita jadi manusia yang buta sejarah, akan tetapi sedarkah kita bahawa sekarang ini kita dijajah kembali dalam bentuk yang baru. Memang tak ada muncung senapang atau pedang samurai yang melekat ditepi dahi tapi kita ada banyak serangan budaya dan dakyah-dakyah lain yang aktif merosakkan.

Merdekakah kita dengan orang-orang kita yang kononnya Islam (keturunan) menjadi jaguh dan raja di kelab-kelab, disko, pub.... mengangkat botol arak sambil melaungkan MERDEKA!.. merdekakah kita untuk menyeru kepada kebenaran sering dipandang serong, tidak moden,....tidak relevan... Yang salah dikata betul,yang betul dikata salah...

Merdekakah kita jika sesama lain-lain bangsa masih asyik berprasangka... prasangka ini sebenarnya masih terus disuburkan walau ada laungan jauhkan prasangka, robohkan tembok pemisah... Generasi akan terus jadi keliru jika berterusan begini. Maka lahirlah generasi yang anti sosial dan lain-lain sebab mereka keliru kerana dikelirukan. Depan cakap lain belakang cakap lain.

Sekarang zaman serba canggih, bukan semudahnya nak depan cakap lain, belakang cakap lain. Malangnya ada lagi manusia yang tak sedar perubahan ini dan masih duduk ditakok lama dan perasan yang dia sentiasa hebat dan betul. Anak-anak muda kini tanpa segan silu memakai batu T dengan tulisan SAYA JIWA KOSONG, bertindik merata-rata, bertatoo dalam diam dan macam-macam lagi. Inikah generasi yang akan menjadi penyambung nyawa negara. Generasi yang memikirkan hidup hari ini untuk hari ini, esok lain cerita... nak fikir jauh-jauh, jauh sekali malahan berkali-kali... Kenapa agknya mereka ni jadi begini? Kalaulah arwah atuk dan nenek mereka ni yang dulu payah berjuang mencari kemerdekaan nampak budaya cicit-cicitnya sekarang, apalah rasanya dijiwa mereka.

Sampai manakah kemerdekaan ini akan kita bawa? Semangat merdeka ini harus ada pengisian jiwa yakni rohani. Pengisian rohani tak lain tak bukan amalan agama kita iaitu Islam. Islam memang sentiasa menyeru umatnya bersatu, bergerak maju, bertoleransi dan bertawaduk. Kita lihat contoh lautan manusia yang mengerjakan haji setiap tahun di tanah suci mekah. Cukup itu sebagai bukti, jangan dok tanya lagi apa buktinya dan terus menyangsi dengan islam. Bahaya !! tergelincir akidah...

Aku bukan seorang ustaz nak pandai-pandai berbicara hal agama tapi hidup kita memang saling menyatu dengan agama. Itu yang aku faham kalau kita nak selamat. Apa-apa pun TERIMA KASIH ATAS KEMERDEKAAN INI KEPADA PEJUANG-PEJUANG TERDAHULU... dan PERINGATAN KEPADA KITA, BUKAN MUDAH UNTUK KITA BERFIKIRAN YANG MERDEKA.

KLIK KLIK

Saja nak post keja klik-klik sebelum buka posa dan kunjungan ke Kuala Gula. Untuk info rakan-rakan, kawasan pelancongan Kuala Gula yang dulu dikenali sebagai Kelicap Bakau, sekarang nama apa tak pasti, sedang dalam proses upgred. Nampak dah 90% siap.
Klik-klik biasa ja, baru belajar main kamera...



aksi anak dan anak buah 3 - 3

jenuh ajak cara nak pose, keraih mcm kayu....

tengok bot ni gatai kaki aku nak pi mengai
kenangan semilang mengusik kalbu...
vic n oscar cali2 tau ler...


ni gamba dari atas jambatan yg menghubungkan terus jalan kampung aku ke kuala gula.
Kelihatan jauh disinun bukit larut dilitupi awan... petang hujan la tu...
dulu jambatan ni tak ada kena naik sampan utk cross sungai ni. Buaya ada ooo...

ni gamba senja belakang umah mak aku.
Bukit Larut tak kelihatan sebab ditelan kepulan awan dihujung kaki langit tu..




Bukit Larut tenggelam, yang nampak sikit bukit gunung semanggol.
Padi disawah dah diambil dan sekarang tempoh bertenang.


Lembab sungguh brotban nih... lain kali la pula upload gmbr kt perhutanan bakau matang n so on so on.....



Ahad, 30 Ogos 2009

AKHIRNYA.... GLORY! GLORY! MAN UTD...




vs

2 - 1

GLORY! GLORY! MAN UTD!.....

Sabtu, 29 Ogos 2009

GLORY! GLORY! MAN. UTD!!!!

Merdeka tetap merdeka, Malaysia tetap aku sayang...

Just Wait n See Tomorrow early morning. Ayahcho!! ciss jangan dimulakan serangan itu... pantang aku orang cabar-cabar ni.... awal pagi esok... tengok sapa yang kena...

ish... logo kelab mana ni? cantik dan garang sungguh....

Fuhh!! stadium mana pulak ni, penuh tradisi kejuaraan...


lllaaawaaaan.... tetaaappp..... lawan!!!!


Ada berani mai la.... membujur lalu melintang patah....



kalau takut dilambung ombak jangan main bola kat sini... hehehe..

kalau takut dilambung bola jangan berumah ditepi stadium ni....


Walaupun aku peminat setia kelab Man.U, tapi jiwa raga aku tetap pada tanah tumpah air aku. Jangan pula ada yang kata aku tak merdeka lagi sebab sokong kelab bolasepak luar negara yang betul-betul profesional. Tak macam bolasepak dinegaraku , bolasepak wadah untuk bermain politik, cari mileage politik, nak tonjol kebodohan diri (perasan popular). Aku tetap merdeka walaupun rasanya tak merdeka sepenuhnya seperti kata abang Bravo.... dan sangat berharap suatu hari nanti dapat betul-betul rasa merdeka yang sebenarnya. Merdeka bukan sekadar laungan sahaja... tapi mesti merdeka dalam kehidupan sebenar.... SAYANG MALAYSIAKU... sebab tu aku letak bendera Malaysia kat atas sekali jugak.
Just Wait n See Tomorrow early morning. GLORY! GLORY MAN. UTD!!

Khamis, 27 Ogos 2009

RESEPI Daging Goreng Sos Thai


Satu resepi yang aku nak kongsi hari ni bagi yang gemar memasak dan mencuba. Simple saja, tak banyak songeh...

Bahan-bahan:

Daging lembu 1/2 kilo ( klu nak guna daging lain suka hati korang la)

Bawang besar 2 labu (dikisar)

Bawang putih 4 ulas (dikisar)

Sos Thai 5 sudu besar

Sos Tiram 3 sudu besar

Sos Soya (kicap la) 1 sudu besar

Sedikit serbuk kunyit

Sedikit asam jawa

Garam secukup rasa

Minyak untuk menggoreng dan menumis

Serbuk perasa HILAL


Cara-caranya:

1. Rebuskan daging separuh masak. (simpan air rebusan)

2. Hiris daging yang telah direbus

3. Campurkan serbuk kunyit dan asam jawa (airnya) pada daging yang telah dihiris

4. Goreng daging sehingga separuh masak.

5. Tumis bawang sehingga naik bau

6. Masukkan daging yang telah digoreng

7. Masukkan sos thai, sos tiram, kicap dan kacau/gaul rata

8. Jika suka berkuah masukkan lebih air rebusan daging, jika tidak masuk sedikit sahaja.

9. Masukkan serbuk perasa HILAL ( ikut rasa)

10. Masukkan garam

11. Siap dimasak boleh dihidangkan.

12. Kalau nak hias, hiaslah ikut tuanpuan...


Selamat mencuba.....

IKLAN RAYA dan ideaku




Macam biasa setiap kali menjelang raya, kita akan ternanti-nanti juga iklan raya dipeti televisyen. Saban tahun pasti ada iklan-iklan yang menyentuh jiwa meruntun
rasa ditayangkan. Airmata jantan kita pun kadang-kadang mengalir tanpa disedari. Iklan-iklan tu berjaya melembut hati-hati yang keras, mencairkan jiwa-jiwa yang kebas agar kembali kepangkuan desa dan keluarga. Apakah raya tahun ini masih ada iklan yang boleh mencengkam jiwa kita, sedang yang empunya diri yang diketahui naskah kerjanya dalam menghasilkan iklan hebat sudah pulang menemui penciptanya. Yasmin Ahmad... satu nama yang hebat dalam pembikinan iklan-iklan raya, apakah sempat dia meninggalkan naskah terakhirnya untuk raya tahun ini? Semoga ada bakat-bakat baru yang boleh berprestasi sama sepertinya....


Habis bab tu... Sekarang disebalik kehebatan iklan-iklan musim perayaan ni teman nak kemuka satu pandangan je... Negara kita ada banyak penyakit masyarakat, masalah kejiranan, bapa rogol anak, majikan dera pekerja/pembantu, samseng jalanan dan lain-lain. Apakata diperbanyakkan iklan-iklan sehebat iklan-iklan raya yang sangat menyentuh tu untuk kempen menyeru masyarakat kita menjadi sihat. Bukan tak ada iklan-iklan tu tapi kurang sangat, tidak menyeluruh dan tidak menarik (ala-ala terbitan filem negara). Pihak berkuasa boleh mewajibkan syarikat2 penerbitan drama dan filem untuk menghasilkan iklan2 menarik dan berguna ni sebagai syarat untuk dapat lesen. Situasi menang-menang ini bakal menguntungkan semua pihak. IKLAN sangat berpengaruh sebab ianya ringkas dan padat. Yang penting lagi dibuat dengan sentuhan rasa yang mendalam macam iklan raya tu..


Wallahualam... teman sekadar mencoret idea... apa kata anda?

ELAKKAN TRAGEDI


Musim perayaan bakal menjelma tak lama lagi. Biasanya peratusan kemalangan yang berlaku juga sering meningkat. Maklumlah jumlah kenderaan yang berada diatas jalanraya juga meningkat. Tapi bagi teman pulak sebenarnya kemalangan sering berlaku cuma bulan-bulan lain tak di'highlight'kan ja... Kenderaan pada masa sekarang memang lebih dan semakin banyak berbanding dengan masa-masa yang lepas.




Rasanya kemalangan yang berlaku ketika jalanraya betul-betul sesak tidak
memungkinkan berlakunya kemalangan yang ngeri. Macam mana nak ngeri gerak 10-30km/j berhenti dan gerak lagi dengan kelajuan yang sama. Kalau berlaku juga kemalangan cuma calar dan kemek sikit-sikit je. Riders mountainbike lagi laju masa ni.. Memandu maksima 20-30km/j kita pun lenguh dan boring (dlm jam)..


jam! jam!



Bila jalan 'clear' boleh pecut.... ha masa ni lah risiko kemalangan ngeri meningkat tinggi. Seperti tergambar pada gambar hiasan, mahukah kita atau keluarga kita ditimpa musibah seperti itu? Oleh itu setiap pemandu hendaklah bertanggungjawab memastikan keselamatan diri sendiri dan juga orang lain semasa diatas jalanraya. Kita nak balik raya, bukan nak terkorban atas jalanraya. Raya memanglah lambat lagi tapi ia semakin menghampiri... PANDU CERMAT SELALU...

Rabu, 26 Ogos 2009

Berbuka Hari Ini


Kalau tak da aral melintang, angin lintang dan lln insyaallah hari ni berbuka spaghetti bolognese la pulak... dah 4 hari buka kat malaysia, hari pi buka kat Italy lah pulak... hehehe...

Jom ikut.... jumpa di sana...

G FORCE- COMING SOON



Ini cerita pun cam best gak.... buat release tensen...

UP skit...UP skit..









<







Hari ni aku pi meluang masa yang memang terluang untuk melayan permintaan batalion untuk menonton cerita UP... Cerita kartun3D walt disney. Dah lama cerita ni dipromokan... Aku memang tertarik dengan keindahan rekaan grafik keseluruhan cerita ni. Teknik 3D yang sangat hebat, penuh warna warni.

Ditambah pula dengan jalan cerita yang menarik, tentang impian, cinta, setia kasih, semangat dan keegoan Mr. Fredericksen serta kecekalan seorang budak pengakap yang mulanya lurus bendul iaitu si Russel telah digabungkan dan melahirkan satu cerita kartun yang seronok untuk ditonton. Bagi aku cerita ni dalam kategorinya layak dapat 5 bintang.





Apa yang menarik juga selingan sebelum cerita ni bermula, iaitu kisah burung-burung dan awan. Walau pun ianya memang mengarut (kisah burung dan awan ini) tetapi kelucuan disebalik awan hitam dan kesetiaan burung yang berkhidmat dengannya walau pun pelbagai bala bencana menimpanya namun dia masih setia bertugas kepada si awan hitam. Best gak cerita selingan ni walaupun pendek sahaja.







Siapa yang suka boleh pi tengok, tenang-tenangkan fikiran sambil layan anak-anak...

Selasa, 25 Ogos 2009

ADA UDANG DIBALIK MEE









Menarik juga ungkapan rakanku ini. Apalah ertinya, mee tanpa udang, apalagi kalau yang dipanggil MEE UDANG, pincang! pincang! mak teh bleh tutup kedai, matang akan tidak dikenali lagi kalau dah tak dak udang dalam mee. Mee goreng, kuah, rebus, sup dan lain-lain jenis masakan mee kadang-kadang kita taruk udang sebagai bahan penambah seleranya. Salahkah udang yang ada di sebalik mee. Kesian udang tu.... dah la elok-elok dia berenang bebas di laut, dipukat, dijual beli lalu dimasak akhirnya memenuhi tembolok orang yang memakannya. Sudah lah ditangkap tanpa belas kasihan udang tu, dibelasah dalam periuk belanga, kuali bersama mee dan masuk dalam pinggan jadi hidangan... . udang terus dipandang serong itu kerana ada disebalik mee.
Bagaimana pulak kalau sebaliknya... ada mee disebalik udang? macam kat gerai makteh... betoi ka selak udang 2 x baru nampak mee? aku pun tak pernah makan udang mee kat gerai mak teh... kalau betoi... dah tak boleh pakai dah ungkapan ada udang disebalik mee.... sebab dah ada mee yang disebalik udang..... he he he... penin.. penin... baru kita ungkapkan cerita mee dan udang dan mee.
Apa-apa pun udang itu sebelum dia terpaksa bercampur gaul dengan mee, dia lebih mulia dari mee, hidupnya bebas luas dilaut lepas.... masinnya pengalamannya cukup... cuma silapnya dia tertangkap oleh pukat nelayan sahaja... berbanding dengan mee yang terhasil dari campuran pelbagai ramuan... kadang-kadang kapur lebih... sakit perut kita makan... kadang-kadang diragui status halalannya takut ada campur minyak H1N1. Dihasilkan dalam keadaan meragukan, kat belakang2 je dengan mesin yang uzur... kadang-kadang tikus lawan race brake tak makan terjatuh dalam longgokan tepung, atau doh mee yang sedia untuk dimesin jadi mee... ingat tokey mee tu nak buang senang-senang ka adunan mee.... no way!! bukan orang lain nampak... (dia la kata)
Jadi perbandingan disini jangan kita salahkan udang tu... mee pun tak salah....(salah orang yang buat dengan cara yang tak bersih) salah kita yang tidak nampak kepentingan udang disebalik mee... kalau ikut peribahasa la.... walhal lagi sedap kalau masakan mee yang ada banyak udang... lebih-lebih lagi udangnye besau-besau dan bukan yang belaan punya.... fuhh!! cita pun guna....
Moral of the story.... sendiri fikir la.... ikut pertimbangan korang la.... aku tak dak kuasa nak pengaruh siapa-siapa.... sendiri punya badan, sendiri punya otak.... LU PIKIR LA SENDIRI... kata Nabil la bukan aku kata.... kalau aku kata... macam ni.... Fikir-fikirkanlah......
Apa pun aku suka makan masakan mee, tak kira masak apa asal ada banyak udang.... cuma aku harapkan mee yang dikatakan, diperakukan halal itu benar-benar halal dan bersih.... kalau tak depa tanggung la dosa....

mmmmmmmmm......... cukup dulu... jumpa lagi... barilaan....

Ahad, 23 Ogos 2009

Bazar Ramadhan

Seperti tahun-tahun sebelumnya kewujudan bazar ramadhan macam cendawan lepas hujan. Kemana saja kita halakan stereng kereta, handle motor/basikal pasti kita akan jumpa bazar ramadhan. Bulan ramadhan bulan rezeki, rezeki kepada yang berniaga dan pembelinya.
Semalam aku balik kampung berbuka, semua bazar ramadhan yang aku jumpa 'fullhouse'. Orang ramai berasak-asak memeriahkan suasana. Bukan tak masak/buat makanan di rumah tapi ke bazar ramadhan pada awal ramadhan dah semacam satu kemestian pada orang ramai. Beli satu, dua juadah pun jadi janji ada membeli.... tak kurang juga yang pergi meninjau je dulu makanan2 pebret tahunan tang mana lokasinya (mungkin buat pemetaan dengan gps garmain), ada diniagakan atau tidak...Lain kali kalau datang senang, direct to the point je tak yah buang karan pusing serata alam kata orang... Biasanya kita dah tanda dah peniaga mana yang makanannya boleh disental dan peniaga mana makanannya reject.
Tujuan tinjauan juga dibuat kot-kot ada peniaga baru dan makanan baru yang pelik-pelik dan offcoz mesti kena dengan selera... Apa pun kalau berbelanja jangan sampai membazir....(ingatkan diri sendiri juga) Puasa ada 30 hari, sekarang dah tinggal 29 hari... jadi masih banyak hari untuk kita merasa makanan kegemaran... jangan beli sehari macam nak makan 3 hari punya sekali.
Disini teman nak kongsi satu tempat untuk beli juadah berbuka kalau tuan2 kebetulan melalui kawasan ni boleh la singgah iaitu bazar ramadhan Mesjid Tinggi, Bagan Serai. Taklah besar sangat bazar ni tapi makanan seperti kueh muehnya 'ada rasa kueh' orang kata. Satu lagi yang istimewa ialah sup kaki lembu/kerbau. Siapa suka makan sup, boleh la cuba.
Semalam teman agak kelewatan, banyak gerai dah tutup, nasib baik sup ada lagi tapi teman lupa pulak nak snap gambar... cheh... lain kali klu teman awal sikit, akan snap suasana dan makanan yang dijual. Kueh KALAKATAR ori pun ada dijual....
Yang lain-lain hampa pi tengok sendiri la.... aku nak pi tengok projek wall deco kat rumah kawan kejap... jumpa lagi...

Jumaat, 21 Ogos 2009

RESEPI UNTUK DIKONGSI

Bermula dari resepi ini insyaallah akan menyusul lagi resepi-resepi lain yang teman tahu, yang 'simple' dan boleh dicuba rakan-rakan pengunjung blog. Resepi pertama ni mudah sahaja. Kita selalu dan suka menikmati ikan bakar, tak kiralah ikan bakar itu ikan laut atau ikan darat (keli, lampam dan lln). Selalunya kita cicah dengan air asam atau sambal kicap.

Apakata kalau anda mencuba resepi pencicah dengan santan. Pencicah ini satu kebiasaan dibuat oleh orang-orang melayu banjar.

BAHAN-BAHAN:

Santan kelapa segar ( fresh coconut milk) - 1/2 biji
Cili merah - 2 biji
Cili padi (yang suka pedas)
Bawang besar - diracik (potong nipis) - 2 labu
Limau kasturi (yang suka masam) sama ada diperah airnya atau diracik.
Buah tomato ( extra ja, klu tak da pun tak pa) juga diracik
Garam secukup rasa.

** bahan-bahan tersebut di atas diukur berpandukan kepada satu hidangan sebagai contoh untuk sekilo ikan keli.
**Sekiranya hidangan dalam kuantiti yang lebih besar tambah la bahan mengikut kesesuaian.

CARA MEMBUAT:

1.Campurkan semua bahan kecuali buah tomato dalam sebuah mangkuk dan 'ramaskan' sedikit agar ia sebati bergaul. Setelah itu baru masukkan buah tomato.

** Santan tidak dimasak, dalam keadaan mentah sahaja.
**Jika kacau menggunakan sudu/senduk tak dapat rasa yang sama dengan ramasan tangan.

2.Masukkan garam ikut level masin masing-masing.

3. Pencicah santan anda sudah sedia untuk dihidangkan bersama ikan bakar.


TIPs lain yang berkaitan:

Sebagai menambahkan lagi umphhh!! hidangan anda berikut beberapa pilihan langkah seterusnya yang boleh anda lakukan:

1. Ikan yang siap dibakar rendamkan terus kedalam pencicah santan tadi agar ia juga mesra dengan pencicah... fuhhh !! cerita pun tak guna... kena try ni....

2. Bakarkan terung panjang dan hidangkan sekali dengan ikan bakar dan pencicah.... lagi sekali fuhh!! meleleh ayak liok....

3. Buatkan sedikit sambal, rebus telur ayam 2 biji- belah 2 dan campurkan kedalam pencicah, yang ini ikan bakar tak masuk berendam dalam pencicah...

4. Supporter2 lain seperti bendi, pucuk ubi dan lain-lain ulaman yang boleh direbus boleh dihidang dan makan sekali... teman gerenti pencicah tu mesti tak cukup. Lebih tak cukup bila ada yang berkuah pulak...

Cerita banyak tak guna, nanti tak jadi benda... jadi selamat mencuba, ini betul-betul, bukan main-main.... dah cuba bleh la bagi komen... kalau tak kena dengan selera anda apa boleh buat.... kalau kena pasti lain kali nak buat lagi...

Resepi ni paling sesuai untuk ikan bakar sahaja, untuk yng lain-lain terpulang kepada anda semua...
SELAMAT MENCUBA !!

Khamis, 20 Ogos 2009

SELAMAT BERPUASA

Petang ni kerja-kerja meneropong anak bulan akan dijalankan. Yang pastinya hari Sabtu nanti kita umat islam akan berpuasa. Alhamdulillah panjang umur kita dan dapat kita bertemu lagi bulan yang penuh barakah ini. Bulan yang dijanjikan Allah dengan pelbagai kebaikan, bonus dan lain-lain lagi atas segala amalan kebajikan yang kita lakukan.

Dibukanya seluas-luas pintu rahmat, apa lagi..... jadi aku nak nulis panjang-panjang bab ni takut silap. Marilah kita rebut peluang keemasan, keintanan, apa-apa je ke dan an yang sering kita kejar di dunia ni. Bekal untuk kat sana nanti kena gak sedia untuk dibawa sebab kat dunia ni ja tempat sedia bekal.

Harap-harap semua akan berPUASA PENUH dan berjimat cermat. Anggota dalaman badan kita dah mula tersenyum lebar sebab dia akan lebih berehat( terutama perut).... jadi jangan kita seksa dia pulak masa berbuka.... insyaallah...

Jangan lupa niat dan jangan pulak buat-buat lupa pagi-pagi puasa nanti p cari sarapan pulak....

Malam pi tarawih buat tawarih...

Dikesempatan ini juga aku nak mohon maaf pada rakan-rakan kenal atau tak kenal, juga pada x-tekniken sabah atas sebarang keterlanjuran... maafkan aku...

Rabu, 19 Ogos 2009

Rupa Jetpod Yang Terhempas

Aku tertanya-tanya juga bagaimana rupanya 'jetpod' yang diuji dan terhempas di lapangan terbang Tekah Taiping baru-baru ini. 'Jetpod' ini juga khabarnya bakal digunakan sebagai teksi udara. Teksi udara kat mana aku tak pasti, cuma bila dah kenal rupanya harap rakan-rakan yang bakal menaiki mana-mana teksi udara ( mungkin diluar negara), tengok-tengoklah dulu rupanya...

Memang cantik gak rupa teksi jetpod ni... kira-kira macam kenderaan masa depan la... Tapi apa pun syukurlah, ianya tidak jatuh menimpa rumah, kedai, kenderaan, sekolah, pendek kata tempat-tempat yang ada orang...

sekali tengok macam benda mainan je....

khabarnya dia boleh 'take off' atas landasan yg pendek je

Isnin, 17 Ogos 2009

SyokNYEEEE...

syoknyee... berkonvoi motor ni... semalam aku terserempak konvoi moto kawasaki... dari KL sempena merdeka ke Penang... Patutlah masa aku on the way ke Penang banyak depa potong atas highway... pas tu jumpa plak kat QueensBay... bestnyeeeee..... aku tengok....
Pendam rasa aje lah nampaknya....




konvoi tgh disusun untuk bergerak lokasi lain

ni geng marshall




<

H1N1

Inilah trend sekarang... dimana-mana...
tak terkecuali aku dan waris-warisku...

Bencana H1N1 ni nampak macam tak ada kesudahan. Apakah bermula dari sekarang sehingga bila-bila pun kita kena bertopeng seperti sekarang. Penyakit ni nampaknya sukar dibendung... siapa-siapa saja berpotensi dijangkiti . Kita tak tau pun dari mana ia datang, atas? bawah? kiri? kanan? depan? belakang? hari ini, semalam atau esok.


Apakah ini sebagai permulaan kehidupan cara baru bertopeng? mungkin lepas ini kita kena pakai topeng yang lebih komplikated lagi sebab wabak yg lebih bahaya atau pencemaran yg teruk... Pada pemikiran aku yang aku nak kongsi di sini, industri baru dunia fesyen sekarang dah masukkan sekali fesyen topeng... mungkinlepas ni topeng berbunga-bunga, berupa pelbagai penampilan agar kelihatan lebih menarik, bukan sekadar topeng untuk keselamatan tapi juga topeng untuk penampilan...


Sekarang topeng, takut masa akan datang pakaian pun kita kena pakai pakaian khas mcm orang ke angkasa lepas.... tak mustahil kan? Semua ni angkara siapa? angkara kita manusia juga... Dunia akhir zaman betul,... pola cara kehidupan makin berubah dengan cara yang sangat pantas pulak tu....

Tu la sebelum ni ada yg kutuk2 org pakai purdah/burkha , sekarang lawa dan hensem mana pun wajah kita tak leh orang pandang sebab perlu bertopeng untuk keselamatan... dari penyakit yang tak di ketahui dari arah mana ia akan datang dan bilakah masa ia datang... Belajarlah kita dari perkara ini rakan-rakan sekelian...

Ahad, 16 Ogos 2009

Jamil buka... Aku tutup...

Jamil buka dengan penuh selera, lapar... tak sabar... terliur.... jadi kalau aku buat cerita yang sama tak syok... aku dapat idea lepas makan tu untuk paparkan keadaan sesudah makan.... errrgghhh.... alhamdulillah...... saksikanlah.... paparan foto yang sempat aku rakamkan...

Rasa memang sedap, fresh... baru masak... puas hati.... baloi la degn bayarannya....

Tapi satu lagi yang best pengalaman aku pi sana yang Jamil tak cerita kat blog dia.... pi cari tempat tu macam orang pi cari umah tok bomo nak pi berubat.... agak jauhhhhh.... dari jalan utama..... gelappppp..... jalan kampung yang kecillllll...... suspennnnnn...... dalam hatiku berkata betoi ka ada tempat makan best...... risau gak kot jd mcm dlm majalah mastika.... gerai tengah bendang malam2 ramai orang.... hehehhe....

Senang cita sapa nak rasa pi jangan tak pi.... terutama kepada penggemar gulai semilang dan ketam nipah goreng bersambal.... fuhhhh.... seram pun seramlah..... balik drive pun perut aku tegak ja keras takleh kempis... makan nalareke punya.... tak caya! tengok gambar-gambar...



ni bukan gulai sudu & senduk tapi gulai semilang yang dah

tinggai dua barang tu.... sebelumnya penuh.....


ni pula rangka kepala semilang... eeemmmm.... nyam nyam...

nasib keras ja... kalau tak habis kena pepah...


lagi gambo keladak kapla sembilang


ketam dah tinggai kaki ja... ingat nak pi derma kaki tu kat sepital
ketam.... untuk ketam2 yg tadak kaki....
uuuhhhhh..... nyam...nyam....nyam...



tinggai serdak kuah ja kat pinggan ni... malas nak cita lah...


haha... makan gulai taruk benda ni lagi tambah ummphhh....
kicap kate aku, toyu kata org kedoh... memang bekipas....

Hat ni sapa tak kenai.... bukan orang melayu....
pukoi dgn sambai belacan.... perghhhh.... tak nampak telinga...


Lokasi masuk kat depan kota ngah ibrahim... terus menuju dalam ke matang gelugur.... sejauh 3km kot.... klu siang kurang seram... kalau malam.... hehehehe..... perut lapak... antu pun lari....

Letih layan servis 'Broadband'.....

Geram, radang... sakit hati... tapi tak dak pilihan....
Nilah dilema kehidupan kita... tak baloi dengan wang yang dibayar kalau macam ni... kalau ada pilihan lain, sama nilai atau lebih kurang, dengan servis yang lebih baik, pasti aku ca alip but... tak sakit hati... berlayar pun lancar.... ni dak tersekat2 berkali...2... eeee geram...
Tapi apa nak buat tak dak pilihan... nak ambik streamyx ka streamix ka lagu mana eja dia tah... katanya tak dak dalam senarai servis kawasan umah aku ni.... lagi sekali hampeh.... nampak macam dah maju tapi... Kita dah la tengah jatuh cinta di alam maya ni... aaaaaaaaarrrrrgghhhhhh......!!!! Jangan ngaku la pemberi servis terluas di dunia yang fana ni... klu kawasan kamunting pun tercopot pocot......

Sabtu, 15 Ogos 2009

Sudut Pandang Dari Tempat Tinggi

antara sudut rakaman lensa 5800ku...

dari tingkat 22 plaza perangsang

dari bilik tempat ku beradu, bukan beradu nasib

atau kekuatan, tapi beradu mata la....


cantik gak kawasan shah alam ni... sebab tak

banyak bangunan tinggi jadi leh la pandang jauh

jauh pandangan luas perjalanan....



kat sinilah selalu tv3 buat program rakaman...

kira studio luar dia la... Plaza Alam Sentral...

Sempat gak aku hayun 2 petang kat megalane

bowl kat P.A.S tu...

Mendapat seruan akan aku, maka menurutlah perintah berkelana ke shah alam buat sekian waktu. Tak malu la aku nak mengaku seumur celik dan pejamnya mata aku nilah pertama kali aku jejak shah alam... kenyataan tak perlu malu... pastinya rakan2 lain juga masih ada tempat-tempat yang belum dijejakkan kaki... Satu kawasan yang menarik, banyak kehijauan dan pemandangan yang buat mata segar.... siang... malam...

Yang bestnya Shah Alam ni dia tak banyak bangunan tinggi, jadi mudahlah aku nak memandang jauh.... tapi jika banyak bangunan tinggi pasti terhad pandangan mataku... jika dikait dengan kehidupan, bangunan tinggi ni ibarat simbol kemajuan, semakin banyak bangunan tinggi, ertinya semakin banyak kemajuan dan semakin terhad jugalah pandangan mata kita. Dengan terhadnya pandangan tadi maka itulah yang menyebabkan manusia hari ini semakin lemah, kelabu mata, buta hati, tiada perasaan, jiwa kosong sebab pandangan jauh kita dah dihalang...

Agaknya itulah sebabnya kehidupan di kota besar seperti kuala lumpur melemaskan, 'persaingan'nya banyak yang menjijikkan, 'pemandangan' yang meloyakan,' lakonan' yang memualkan dan pelbagai lagi penyakit sebab pandangan kita yang semakin tersekat oleh tembok-tembok sombong, bongkak, angkuh, kebendaan dan pentingkan diri sendiri...

Bukan salahnya kuala lumpur itu, ibarat bukan salahnya juga dunia ini tapi kalangan kita yang suka buat salah. Kita fikir2 la... siapalah aku nak berkata2 lebih... tapi akulah aku untuk meluah rasa...