BEREHAT SEBENTAR

Ahad, 23 Ogos 2009

Bazar Ramadhan

Seperti tahun-tahun sebelumnya kewujudan bazar ramadhan macam cendawan lepas hujan. Kemana saja kita halakan stereng kereta, handle motor/basikal pasti kita akan jumpa bazar ramadhan. Bulan ramadhan bulan rezeki, rezeki kepada yang berniaga dan pembelinya.
Semalam aku balik kampung berbuka, semua bazar ramadhan yang aku jumpa 'fullhouse'. Orang ramai berasak-asak memeriahkan suasana. Bukan tak masak/buat makanan di rumah tapi ke bazar ramadhan pada awal ramadhan dah semacam satu kemestian pada orang ramai. Beli satu, dua juadah pun jadi janji ada membeli.... tak kurang juga yang pergi meninjau je dulu makanan2 pebret tahunan tang mana lokasinya (mungkin buat pemetaan dengan gps garmain), ada diniagakan atau tidak...Lain kali kalau datang senang, direct to the point je tak yah buang karan pusing serata alam kata orang... Biasanya kita dah tanda dah peniaga mana yang makanannya boleh disental dan peniaga mana makanannya reject.
Tujuan tinjauan juga dibuat kot-kot ada peniaga baru dan makanan baru yang pelik-pelik dan offcoz mesti kena dengan selera... Apa pun kalau berbelanja jangan sampai membazir....(ingatkan diri sendiri juga) Puasa ada 30 hari, sekarang dah tinggal 29 hari... jadi masih banyak hari untuk kita merasa makanan kegemaran... jangan beli sehari macam nak makan 3 hari punya sekali.
Disini teman nak kongsi satu tempat untuk beli juadah berbuka kalau tuan2 kebetulan melalui kawasan ni boleh la singgah iaitu bazar ramadhan Mesjid Tinggi, Bagan Serai. Taklah besar sangat bazar ni tapi makanan seperti kueh muehnya 'ada rasa kueh' orang kata. Satu lagi yang istimewa ialah sup kaki lembu/kerbau. Siapa suka makan sup, boleh la cuba.
Semalam teman agak kelewatan, banyak gerai dah tutup, nasib baik sup ada lagi tapi teman lupa pulak nak snap gambar... cheh... lain kali klu teman awal sikit, akan snap suasana dan makanan yang dijual. Kueh KALAKATAR ori pun ada dijual....
Yang lain-lain hampa pi tengok sendiri la.... aku nak pi tengok projek wall deco kat rumah kawan kejap... jumpa lagi...

Tiada ulasan:

Catat Ulasan