BEREHAT SEBENTAR

Isnin, 31 Ogos 2009

TERIMA KASIH KERANA KITA MERDEKA




Merdeka! satu ungkapan yang sangat mudah dilafazkan. Namun ia tidak semudah orang-orang yang berjuang dizaman sebelum beroleh kemerdekaan. Memang kita anak merdeka yang lahir selepas merdeka, tetapi kita juga banyak didedahkan tentang sejarah perjuangan pejuang-pejuang tanah air. Dapatlah kita sedikit sebanyak merasai dan seterusnya menghargai perjuangan mereka.
Janganlah kita jadi manusia yang buta sejarah, akan tetapi sedarkah kita bahawa sekarang ini kita dijajah kembali dalam bentuk yang baru. Memang tak ada muncung senapang atau pedang samurai yang melekat ditepi dahi tapi kita ada banyak serangan budaya dan dakyah-dakyah lain yang aktif merosakkan.

Merdekakah kita dengan orang-orang kita yang kononnya Islam (keturunan) menjadi jaguh dan raja di kelab-kelab, disko, pub.... mengangkat botol arak sambil melaungkan MERDEKA!.. merdekakah kita untuk menyeru kepada kebenaran sering dipandang serong, tidak moden,....tidak relevan... Yang salah dikata betul,yang betul dikata salah...

Merdekakah kita jika sesama lain-lain bangsa masih asyik berprasangka... prasangka ini sebenarnya masih terus disuburkan walau ada laungan jauhkan prasangka, robohkan tembok pemisah... Generasi akan terus jadi keliru jika berterusan begini. Maka lahirlah generasi yang anti sosial dan lain-lain sebab mereka keliru kerana dikelirukan. Depan cakap lain belakang cakap lain.

Sekarang zaman serba canggih, bukan semudahnya nak depan cakap lain, belakang cakap lain. Malangnya ada lagi manusia yang tak sedar perubahan ini dan masih duduk ditakok lama dan perasan yang dia sentiasa hebat dan betul. Anak-anak muda kini tanpa segan silu memakai batu T dengan tulisan SAYA JIWA KOSONG, bertindik merata-rata, bertatoo dalam diam dan macam-macam lagi. Inikah generasi yang akan menjadi penyambung nyawa negara. Generasi yang memikirkan hidup hari ini untuk hari ini, esok lain cerita... nak fikir jauh-jauh, jauh sekali malahan berkali-kali... Kenapa agknya mereka ni jadi begini? Kalaulah arwah atuk dan nenek mereka ni yang dulu payah berjuang mencari kemerdekaan nampak budaya cicit-cicitnya sekarang, apalah rasanya dijiwa mereka.

Sampai manakah kemerdekaan ini akan kita bawa? Semangat merdeka ini harus ada pengisian jiwa yakni rohani. Pengisian rohani tak lain tak bukan amalan agama kita iaitu Islam. Islam memang sentiasa menyeru umatnya bersatu, bergerak maju, bertoleransi dan bertawaduk. Kita lihat contoh lautan manusia yang mengerjakan haji setiap tahun di tanah suci mekah. Cukup itu sebagai bukti, jangan dok tanya lagi apa buktinya dan terus menyangsi dengan islam. Bahaya !! tergelincir akidah...

Aku bukan seorang ustaz nak pandai-pandai berbicara hal agama tapi hidup kita memang saling menyatu dengan agama. Itu yang aku faham kalau kita nak selamat. Apa-apa pun TERIMA KASIH ATAS KEMERDEKAAN INI KEPADA PEJUANG-PEJUANG TERDAHULU... dan PERINGATAN KEPADA KITA, BUKAN MUDAH UNTUK KITA BERFIKIRAN YANG MERDEKA.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan