BEREHAT SEBENTAR

Sabtu, 15 Ogos 2009

Sudut Pandang Dari Tempat Tinggi

antara sudut rakaman lensa 5800ku...

dari tingkat 22 plaza perangsang

dari bilik tempat ku beradu, bukan beradu nasib

atau kekuatan, tapi beradu mata la....


cantik gak kawasan shah alam ni... sebab tak

banyak bangunan tinggi jadi leh la pandang jauh

jauh pandangan luas perjalanan....



kat sinilah selalu tv3 buat program rakaman...

kira studio luar dia la... Plaza Alam Sentral...

Sempat gak aku hayun 2 petang kat megalane

bowl kat P.A.S tu...

Mendapat seruan akan aku, maka menurutlah perintah berkelana ke shah alam buat sekian waktu. Tak malu la aku nak mengaku seumur celik dan pejamnya mata aku nilah pertama kali aku jejak shah alam... kenyataan tak perlu malu... pastinya rakan2 lain juga masih ada tempat-tempat yang belum dijejakkan kaki... Satu kawasan yang menarik, banyak kehijauan dan pemandangan yang buat mata segar.... siang... malam...

Yang bestnya Shah Alam ni dia tak banyak bangunan tinggi, jadi mudahlah aku nak memandang jauh.... tapi jika banyak bangunan tinggi pasti terhad pandangan mataku... jika dikait dengan kehidupan, bangunan tinggi ni ibarat simbol kemajuan, semakin banyak bangunan tinggi, ertinya semakin banyak kemajuan dan semakin terhad jugalah pandangan mata kita. Dengan terhadnya pandangan tadi maka itulah yang menyebabkan manusia hari ini semakin lemah, kelabu mata, buta hati, tiada perasaan, jiwa kosong sebab pandangan jauh kita dah dihalang...

Agaknya itulah sebabnya kehidupan di kota besar seperti kuala lumpur melemaskan, 'persaingan'nya banyak yang menjijikkan, 'pemandangan' yang meloyakan,' lakonan' yang memualkan dan pelbagai lagi penyakit sebab pandangan kita yang semakin tersekat oleh tembok-tembok sombong, bongkak, angkuh, kebendaan dan pentingkan diri sendiri...

Bukan salahnya kuala lumpur itu, ibarat bukan salahnya juga dunia ini tapi kalangan kita yang suka buat salah. Kita fikir2 la... siapalah aku nak berkata2 lebih... tapi akulah aku untuk meluah rasa...



Tiada ulasan:

Catat Ulasan