BEREHAT SEBENTAR

Selasa, 29 September 2009

RIDE WITH CM- PENANG 25 OKT.







Apa lagi rakan-rakan ni satu lagi peluang untuk melampias nafsu berkayuh anda. Kena cepat tarikh tutup pendaftaran 4 OKT ni... ada nafsu? ada...? kalau ada jom kita kayuh... untuk maklumat lanjut hampa baca kat sini ...(http://www.pbb.com.my/) Cepat respon kawan2 sbb ada kawan nak tolong register ( duit kena bagi la) kepada yg berminat...BAJU LAWA OOO...

Isnin, 28 September 2009

HARI YANG LEMAH GEMALAI


bergambar kenangan ditangga

beraya di felda ijok...best rumah ni.. dlm taman..

melaram sakan rombongan cik kiah

familiku

Hari ni adalah hari yang lemah gemalai longlai. Almaklum sajalah setelah lama bercuti, cuti pulak bukan sebarang cuti.... cuti raya nohh... Apalagi hari ni punya pergerakkan agak slow... mood cuti masih duk melekat lagi...
Raya baru-baru ni aku duk pusing kat kampung ja... pi ziarah kubur abah kat felda ijok dan sesambil tu pi la beraya dengan jiran tetangga kat felda tu... Aku pun orang felda gak sebenarnya cuma kureng rasa feeling sebagai anak felda sebab aku bukan lahir di felda, tidak banyak masa membesar di felda sbb aku dulu sekolah asrama... lepas tu aku terus masuk maktab, posting ke sabah n begitulah seterusnya.... tak banyak masa aku kat felda tu...

Kampung asli ku mana lagi kalau tak jalan banjar bagan sarai jar urang banjar. Orang biasa kata bagan serai... bezanya tang a dan e . Mesjid tinggi ni antara satu mesjid yang cukup lama kat daerah kerian. Penempatan orang-orang banjar dulu lalu didirikan mesjid ni.

Berbalik pada cerita lemah gemalai, atau kadang-kadang orang kata balok, nomood... harap-harap enjin cepat panas dan running cam biasa balik...

ANYWAY "SELAMAT BERTUGAS KEMBALI PADA SEMUA YANG TELAH LAMA BERCUTI" . Sebenaknya aku pun benak juga nak buat entry apa ni... maklumlah dah lama tak buat entry... yang ni pun jd balok juga... lahaiiiii....

Isnin, 21 September 2009

CUTI RAYA

Hari ni raya kedua bermula. Rasanya blog aku kali tak dapatlah nak diupdate cam selalu coz biasele hari raya busy beraya dan keterbatasan perkhidmatan berukband ni kat kampung. Ni pun kira syukur juga dapat buat satu entry. Tu pun jgn la harap boleh nak letak gambar..
Rakan-rakan pengunjung setia blog ni pun rasanya ramai yang bercuti dan tak dak masa nak datang ke sini. Lepas-lepas ni setelah keadaan demam raya ni kembali pulih seperti biasa, akau akan running balik blog ni cam biasa dengan banyak lagi kot bahan-bahan...
Almaklum sajalah hari raya ada banyak cerita dan gambar yang mungkin boleh dikongsikan bersama.
Akhir kata selamat hari raya coz masih dalam mood raya yang kuat lagi ni (raya kedua) dan kalau memandu tu berhati-hati. Terima kasih juga kepada yang sudi time-time mcm gini pun menjengah ke blogku. Ketemu lagi ya.....

Khamis, 17 September 2009

CANTIKNYA!!!!

Inilah hasilan gambar yang aku impikan... dapat pergi tempat ni... pergh.....
sekadar berkongsi dengan anda semua...














RAYA! RAYA! RAYA!



Pejam celik pejam celik ramadan dah dipenghujung, syawal pula bakal menjelang. Biasalah bulan bulan nak raya ni semua orang sibuk membuat persiapan keluarga, bagi yang berkeluarga, manakala yang masih bujang bujangan bersiap cara bujang.


Pada entry yang ini aku tak adalah nak buat cerita panjang lebar, cuma sekadar mengguna ruang yang ada untuk mengucapkan juga SELAMAT HARI RAYA EIDUL FITRI, KEMAAFAN DIPOHON PADA ANDA SEMUA YANG SETIA BERTANDANG KE BLOGKU INI. Mungkin ada perkara-perkara yang aku terbitkan telah membuatkan ada yang terluka dan sebagainya. Mungkin ada juga terbitan aku tidak sehaluan dengan pandangan pengunjung. Biasalah tu adatnya kita manusia dijadikan berbeza dalam serba serbi.


Bayangkanlah kalau semua orang sama, tak berbeza... huru hara mau jadinya. Apa yang aku suka, hang pun suka, dia pun suka, depa pun suka....nak nak benda yang tak boleh kongsi... kira-kira tahap haram la.... mampuih.... tak ke naya kalau jadi lagu tu...


Berhati-hati memandu, berpada-pada makan, berlemah lembut melafaz bicara, banyak bersabar dan bertimbang rasa..... insyaallah raya kita akan lebih bermakna...


TAKBIR!....TAKBIR!...


Wassalam....


Barilaan.....

Rabu, 16 September 2009

1MALAYSIA F1 2010




Berita telah mengesahkan bahawa Malaysia akan menubuhkan pasukan 1Malaysia Formula1 nya sendiri tahun ini dan akan menyertai perlumbaan paling prestij itu pada tahun hadapan musim 2010. 5 orang pelumba luar dan Malaysia sendiri telah disenarai pendekkan dan akan dibuat pengumuman senarai pelumba terpilih pada 30/31 oktober nanti.

Khabarnya juga pasukan ini akan berpengkalan sepenuhnya di SIC iaitu Sepang International Curcuit. Orang-orang besarnya Tony Fernandez dan Kamarudin Meranum ( AirAsia), dan SM Nasarudin SM Nasimudin ( Naza Motor). Krew untuk pitstop juga khabarnya terdiri dari anak-anak Malaysia.

Berita ni memang mengejutkan aku. Sesekali aku nak berasa bangga dan sesekali aku juga berasa agak susah hati memikirkan impaknya kelak kepada kehidupan rakyat keseluruhannya. Aku ni kira salah sorang peminat setia F1 , tapi agak terkejut dengan keputusan Malaysia nak turut serta dengan sebuah pasukan sendiri. Sekarang ini pun syarikat multinasional PETRONAS sudah pun terlibat dan membelanjakan banyak wang untuk menjadi rakan penaja primier kepada pasukan BMW SAUBER atas alasan untuk penjenamaan diperingkat antarabangsa.

Walau aku peminat setia F1 ( buat masa ni la) tapi aku tak bersetuju dengan cadangan Malaysia nak menubuhkan pasukan lumba F1nya sendiri. Bukan sedikit kewangan negara akan mengalir keluar nanti dan hasilnya belum tentu. Pasukan-pasukan sedia ada pun mengambil masa yang lama sebelum menyertai perlumbaan F1, dengan pelbagai persiapan dan persediaan tetapi Malaysia ni cuba nak tunjuk hebat dengan tiba-tiba sahaja nak masuk berlumba. Dengan berinspirasikan teknologi lotus dan enjin Courstworth, aku rasa bukan satu langkah yang bijak untuk menyertai F1.

Mudahnya.... seolah-olah hari ni dapat idea ,esok buat dan lusa lumba.... Tidak semudah itu pada pendapat aku untuk Malaysia terlibat dalam F1 ni. Sebenarnya masih banyak lagi keperluan lain yang perlu kita penuhi dalam negara ni untuk kesejahteraan rakyat keseluruhannya sebelum menyertai F1 ini. Sebaik-baiknya pastikan tidak ada lagi rakyat yang hidup merempat, kais pagi makan tengahari, kais petang makan malam. Kemudahan pembiayaan untuk melanjutkan pelajaran semua rakyat juga perlu diutamakan. Kekukuhan ekonomi rakyat keseluruhan haruslah diutamakan. Dengan perbelanjaan yang pastinya mencecah berbilion ringgit untuk semusim perlumbaan, alangkah baiknya perbelanjaan itu digunakan untuk meningkatkan taraf hidup seluruh rakyat dengan menikmati segala kemudahan pada tahap perbelanjaan paling minima.

Rakyat harus diutamakan dalam erti kata yang sebenar. Rakyat tidak akan merasa apa-apa pun kesenangan dengan penyertaan pasukan lumba dari Malaysia. Harga gula, tepung, susu anak, tol, minyak dan lain-lain tidak akan turun dengan penyertaan pasukan Malaysia ini. Rakyat Malaysia hakikatnya belum betul-betul sejahtera untuk berbangga memiliki pasukan lumba F1 sendiri. Belum ramai rakyat Malaysia yang banyak wang, yang nanti boleh menjelajah seluruh dunia beramai-ramai untuk menyokong pasukan Malaysia. Untuk mempunyai masa menontonnya di litar sendiri pun belum tentu rakyat Malaysia boleh lakukan sebab masih sibuk berusaha untuk meningkatkan ekonomi sendiri untuk kestabilan sendiri. Jadi siapa yang sebenarnya akan menyokong pasukan ini. Kelak akhirnya jika gagal bersaing, tiada apa-apa keuntungan yang diperolehi, rakyat terus hidup tertekan dengan masalah ekonomi yang semakin mendesak.

Pasukan yang gah, ternama seperti BMW pun sudah membuat kenyataan untuk menarik diri, tiba-tiba Malaysia nak melibatkan diri, suatu yang ganjil. Sebagai seorang rakyat Malaysia yang sayangkan negara ini, bagi aku belum masanya Malaysia mempunyai pasukan sendiri untuk F1.

Biarlah setelah taraf kehidupan seluruh rakyat sudah meningkat, orang miskin sudah tiada, taraf ekonomi adalah antara yang terbaik didunia, maka pada masa itu tak usah kata hanya 1Malaysia F1 team kita tubuhkan, buat 2 atau 3 lagi pasukan pun tidak mengapa. Rakyat sudah betul-betul sejahtera, buatlah perlumbaan dimana-mana pun rakyat boleh pergi menyokong dari dekat. Ini dalam keadaan sekarang nak makan pun susah, apa lagi nak menyokong dan menonton perlumbaan F1.

Tanpa prejudis aku katakan bahawa aku memang peminat F1 tapi aku tak setuju buat masa ini Malaysia buat team F1 atas sebab-sebab yang telah aku nyatakan. Sekadar mencatatkan suatu respon segera kepada berita yang mengejutkan ini. Mungkin ada dikalangan pembaca blog ini yang bersetuju/sehaluan dengan aku dan mungkin juga ada yang tidak.... terpulanglah kepada diri masing-masing.... aku bukan membantah atau menyanggah kerana siapalah aku dan suaraku untuk didengari tapi sekadar mencoret meluah rasa resah didalam kotak fikiranku...

Sekadar berkongsi rasa... wassalam...

Barilaan....

Selasa, 15 September 2009

3 SITUASI DALAM HIDUP INI

KEBANYAKKANNYA DARI KITA INILAH RESAM HIDUP KITA.


MASA MUDA : ADA MASA + BERTENAGA tapi TAK ADA WANG


usia yang banyak memendam keinginan dan banyak telan ayak liok...


MASA DAH BEKERJA : ADA WANG + BERTENAGA tapi TAK ADA MASA



usia yang dah ada sedikit kesenangan dan kewangan tetapi agak terlalu
banyak pulak keinginan yang nak dipenuhi. Masa juga sangat membatas.


MASA HARI TUA : ADA WANG + ADA MASA tapi DAH TAK ADA TENAGA

masa ni duit banyak, masa banyak tapi dah banyak juger yang tak boleh

kita buat seperti tak boleh makan itu dan ini, tak boleh pergi situ dan sini,

tak boleh beli itu dan ini, tak boleh buat itu dan ini... pendek kata banyak

yang tak boleh itu dan ini....

SAJER BUAT CERITA....

buat tenungan dan renungan...
Wassalam... barilaan....

KERANG SIPUT SG ACHEH...

Malam tadi aku bersama-sama rakan sekerja ( sebengkel) telah dibawa oleh Ketua Bengkel kami pi makan-makan kerang, kerang bulu, siput sudu, siput bayam, siput duri, siput kepah dan akhir sekali rojak buah...
Fuhh memang best la... yang lagi best tu sebab makan free... hehe ... tq la BOSS sebab bermurah hati belanja anak buah. Walau agak tersorok sikit tempat yang bernama gerai mak siti, manusia yang datang fuhh bertali arus... tempat duduk tak penah aku tengok kosong sepanjang aku dan kawan-kawan duduk lebih kurang 1jam lebih.
Bagi aku paling best siput sudu la.... mak siti ni khabarnya meniaga siput-siputan ni cuma dalam bulan ramadhan jer... habis bulan ni tunggu bulan ramadhan tahun akan datang ler... lokasi dah kupeta dlm gps... senan lain kali nk pegi...
Sori entry ni tak dak gambar sbb sedap sangat makan..... faham-faham jer ler.... klu tak faham gak ikut suka ler....

Isnin, 14 September 2009

MAJLIS BERBUKA AMAL ASTRA DAN SM TEKNIK TAIPING

Kali ni ku harapkan akan berjaya menerbitkan gambar-gambar kenangan untuk dikongsikan bersama teman-teman pengunjung blogku ini. Biasa jer saya budak baru belajar...

Ni bukanlah gambar ceria anak-anak yatim yang kami raikan....
Dah bejanggut dan beranak pinak layak ka jd anak yatim
walau pun sebenarnya memang ada yang dah yatim, mcm aku... baju pink kaler
ikut arah jam, pukul 1 9w2vzo,9w2xpt,9w2lpp,9w2nim,9w2rot dan 9w2myr
Sekali tengok tekenang bergambar masa zaman sekolah dulu.
Bergambar dalam dorm selalunya.. hehehe

9w2FTT


9w2NIM


Anak-anak yatim yang diraikan...


sekutu SONY ALFA


9W2MYR tgh tegakkan tiang antena, dgn aku la...
aku tak dak la dlm gmbr sbb nk ambik gmbr..


9w2MYR (amin) SR dgn dibantu MYR jr. Sama potongan aih....
tu tangan pegang guntin tu 'lanteh' mcm ayah dia hik3...


ikat elok-elok, jgn sampai terbukak jatuh....


Ketibaan yang diraikan dgn bas sekolah... TQ Mr. Pilot
En. Zulkifle tanpamu pun program tak jalan sbb bas tak jalan...


segak melangkah adik-adik ni....


9w2YZU- kak yong... tq sbb sudi hadir sama meraikan majlis...


Pelan-pelan kaut... rakan-rakan P.Buntar 145.475 V38


Foto ni buat hg nampak lebih tua dari usia vic... hehe..


9w2OPT @ ayahcho... kabo ngan gambo... katanyer...


9w2LPP (azhar) & 9w2ABV (pak abu pelamin) hehe..depa kata...


9w2BPT@ bravo@bob- duniaku... takutttt....


wajah ayahcho...9w2OPT tenungan dalam nih... apa maknanya....


9w2XPT@zan-xray... duk jelin apa tu....

9w2ZPT- mahizan...pun duk tenung pi mana? hg lwn tenung
dgn x-ray ka?... bahaya nih... sama meriam tenung2 manja...hik hik

jaga-jaga ayahcho duk ushar hampa noh...

"kalau tak dak ilmu dan fulus byk jgn hampa gatai nak pegang noh"
agaknya kata ayahcho kat sahabat kiri kanan tu...

bertukar-tukar ambil gambar in one time... aku snap dia, dia snap aku...


opss.... hampa jaga-jaga, jgn pandang depan... ada budak tk dak rupa melintas...


Tok Ayah Manaf sedang berucap.... bla bla bla...


9w2HRS sedang menyampai sumbangan pada tok ayah
tq pak aji....

sessi bergambar rame-rame...


gang ZacAzura lambat sampai sbb hujan... azuuuraaaa ada hujan
dimata....mu....
Tq juga kpd rkn2 bikers ni sbb sampai juga untuk memberi sumbangan.
Jazzakallah hukhairan khathira...
Demikian... fuh... berasap tunggu upload lebih sejam.... jumpa lagi...
Wassalam... barilaan...


























Ahad, 13 September 2009

MAJLIS BERBUKA PUASA BERSAMA ANAK YATIM DAN ASTRA

HAMPEH!! Bukan majlis tadi hampeh... servis broadband c ekom ni yang hampeh.... nak upload gambak sekepin pun tak lepaih... hampeh hampeh...... lain kalilah aku terbitkan koleksi gmbr yang ada.
Nasib baik aku disejukkan oleh keputusan EPL/BPL iaiiiiiiiituuuuuuuuu........ YEA!!!! GLORY!GLORY! MAN. UTD..... MAN.UTD MENANG KE ATAS TONTONHOM (sebab dia kena tonton gol2 united, walau pun dia skor dulu.... kemenagan bukan ditentukan sapa skor dulu..) 3 - 1 ooooo..... Jangan jeles musuh2 MAN.UTD.... memang kami layak menang sebab pasukan pujaan kami memang POWER N HEBAT...... walaupun main ditempat orang, main 10 orang pulak tu tapi menang 3-1....hu hu hu.....apa nak kata....musuh2 utd tak bleh kata apa la...... ( hehehe... tumpang menang ni , aku kata pi la apa aku nak kata, sebelum musuh2 utd ada peluang nak kutuk pasukan pujaan aku)
HAMPEH coz servis lembab tapi cool balik sebab MAN.U MENANNNNNNNGGGGGGG!!!!!

Sabtu, 12 September 2009

KAH! KAH! KAH! LAWAK! LAWAK!...


Buat ringankan kepala yang berserabut, buat tenangkan fikiran yang kusut, marilah menghayati kisah-kisah yang....kah! kah! kah!..... lawak ! ...lawak !.... apa! tak lawak?... kah! kah! kah!.... macam ni punya cerita pun tak lawak lagi..... kah! kah! kah!... memang sah anda ada masalah besar menjelang raya ni.... apa pun layannnnnn..... zasssssss....

Lawak 1.

Murah

Sebelum ke Eropah untuk urusan perniagaan, Jamil singgah di sebuah bank di ibu kota bagi mendapatkan pinjaman segera RM 15K. " Encik.... pinjaman ini perlukan cagaran..., apa yang encik nak cagarkan? tanya eksekutif pinjaman bank tu.

"Kereta Rolls Royce saya, ... ini kunci, " kata Jamil.

Selepas menandatangani surat perjanjian, eksekutif itu memandu kereta Rolls Royce berkenaan ke kawasan letak kereta bank di bawah tanah. Kemudian menyerahkan RM 15K kepada En. Jamil



hik! hik! hik!...( kontrol ayu)

Dia minggu kemudian, En. Jamil kembali dari eropah dan terus ke bank untuk melangsaikan pinjaman serta mengambil keretanya semula.

"Pinjaman encik keseluruhannya RM 15K dan faedahnya 25.50" kata eksekutif itu. Jamil kemudian menyerahkan sekeping cek kepadanya. " Setahu saya encik jutawan terkaya di bandar ini, mengapa encik perlu meminjam RM 15K dari bank?" tanya eksekitif itu.

Jamil berpaling dan sambil tersenyum berkata " Mana ada tempat yang selamat dan murah untuk meletakkan kereta di Kuala Lumpur. Hanya RM 25.50 untuk dua minggu. " jawabnya...

lawak dak ? lawak dak? ... ha ha ha... lawak!... tak lawak!.... ada lagi ... jom layan....


ekek kek kek kek....


Lawak 2

Anak Kembar

Empat orang bakal ayah menanti dengan penuh gelisah di bilik menunggu di hospital, sementara isteri masing-masing berjuang untuk melahirkan anak.

Selang beberapa minit selepas itu , seorang jururawat keluar dan memberitahu ayah pertama, " Tahniah awak telah menjadi ayah kepada anak kembar!!"...... " Mungkin satu kebetulan, saya bekerja di Twin Star Enterprise" kata si ayah pertama.

Kemudian keluar jururawat lain dan memberitahu ayah kedua, " Tahniah, encik mendapat anak kembar tiga! "......" Yahoo... mungkin satu kebetulan saya bekerja di 3M Corporation, " kata si ayah kedua kegirangan.

Sepuluh minit selepas itu keluar jururawat lain dan memberitahu ayah ketiga, " Syabas, isteri saudara melahirkan anak kembar empat ! ".... " Alhamdulillah...., mungkin juga satu kebetulan saya bekerja di Four Season Hotel" katanya bersyukur.

Pada waktu itu si ayah keempat mulai kelihatan resah gelisah yang amat sangat dan jadi tidak menentu. Semua ayah yang menunggu bertanya : " Kenapa nampak cemas dan risau sangat ?" Jawab ayah keempat, " Saya tidak risau..... cuma.... saya bekerja di seven-eleven" katanya....
kah! kah! kah! lawaks! lawaks!.... kah! kah! kah!..... tak lawak lagi ? yang seterusnya ni kot lawak....


mhuahaahaha... mhuahahaaha...
Lawak 3.
Telur dan Wang

Sejak lebih sepuluh tahun berumahtangga Jamilah memang mengesyaki suaminya ada menjalin hubungan sulit dengan wanita lain, tetapi dia tidak pernah ada bukti.
Suatu hari Jamilah membersihkan bilik tidur mereka dan ternampak satu kotak hitam yang tidak pernah dilihatnya sebelum ini. Dia membuka kotak itu, di dalamnya mengandungi dua biji telur dan wang tunai berjumlah RM1500.00

"Apa makna semua ini bang ?" tanya Jamilah kepada suaminya bernama Megat.
Wajah Megat pucat dan panik

" Biarlah abang berterus terang, sebenarnya setiap kali abang ada kekasih, abang akan letak sebiji telur dalam kotak ini. Ia sebagai tanda penyesalan abang, " katanya.
Jamilah terdiam. Selepas lebih sepuluh tahun, suaminya hanya menyimpan dua biji telur. Hati Jamilah tidak begitu kecewa....
" Habis RM1500.00 ni apa pulak?" tanya Jamilah yang masih belum berpuas hati.
Megat sekali lagi panik.
" Sebenarnya, bila cukup satu dozen, abang akan jual telur ayam tu dan duitnya abang simpan dalam kotak ni...." katanya..
kah!.... kah!....Kah!...... kena kiralah berapa kali dah si Megat ada kekasih sampai bleh kumpui RM1500.00.... kah! kah! kah!... boleh beli frame basikal Corratec ooo.... kah!... kah!... kah! tak lawak lagi ka.... nak lagi cerita lawak?..... lain kali la pulak.... cukup dulu tiga cerita.... ada lagi 30 cerita lawak.... tak lawak.... ikut persepsi dan mood waktu hampa bacalah... kalau baca tanpa penghayatan.... kot jadi tak lawak lah....

Cerita dan watak dalam leretan lawak ni adalah rekaan semata-mata dan tidak ada kene mengena dengan sesiapa jua sama ada yang masih hidup atau telah mati.... ada pun ianya berlaku... itu hanyalah kebetulan.... ( cewah... mcm dalam tv pulak dah)


Sekadar berkongsi rasa dan cerita.... semoga ianya mampu membuat anda tersenyum...jumpa lagi... wassalam...
Barilaan...