BEREHAT SEBENTAR

Isnin, 7 September 2009

JAGA BUAH PINGGANG



Beberapa ketika yang lepas aku ada terdengar satu info dari seorang rakan. Info yang diberikan adalah berkaitan penjagaan buah pinggang kita atau nama lain ginjal. Mungkin pengunjung blog dah tahu tentang hal ini, kalau dah tahu tak apalah tapi bagi yang belum tahu boleh la kita berkongsi satu maklumat yang membawa kebaikan ni.


Ada banyak amalan dan cara agaknya dalam kita nak menjaga buah pinggang ni... petua atau amalan yang patut kita lakukan salah satunya ialah kurangkan pengambilan minuman yang berwarna. Adalah difahamkan fungsi buah pinggang kita adalah menapis setiap warna yang ada dalam minuman yang kita ambil. Bayangkan kalau dari celik mata sampai tutup mata setiap hari, selama kita bernyawa ni buah pinggang sentiasa bekerja tanpa rehat...


Jadi sangat baiklah kalau kita bantu buah pinggang kita dengan mengurangkan pengambilan minuman berwarna (banyakkan minum air kosong le!) kalau nak gak minum yang ada rasa ada satu jenis minuman tu tak ada warna tapi ada rasa... ha boleh la minum... tapi kandungan gulanya pulak tinggi (sbb air bergas). Pendek kata ikut usia kita sekarang ni bayangkanlah bagaimana keadaan buah pinggang kita... tak pernah sekali pun diservis... kalau dah rosak masalah besar... nauzubillah...


Tumpang dia duk elok lagi ni dan jika kita ingat, bantulah buah pinggang kita, bukan buah pinggang orang lain pun... tapi bila kita ingat mengingat macam ni kita juga membantu jaga buah pinggang orang lain. Aku rasa kalau kita nak minum air apa kaler sekali pun kita kena order sekali segelas air kosong untuk mencairkan kaler air yang kita minum. Bukan takat kaler je cair, tapi gula pun lebih cair... Ingat minum air kosong sekurang-kurangnya 2 liter sehari...


Sekadar pesan memesan untuk kebaikan bersama.


Wassalam... chow wei...

Tiada ulasan:

Catat Ulasan