Berita telah mengesahkan bahawa Malaysia akan menubuhkan pasukan 1Malaysia Formula1 nya sendiri tahun ini dan akan menyertai perlumbaan paling prestij itu pada tahun hadapan musim 2010. 5 orang pelumba luar dan Malaysia sendiri telah disenarai pendekkan dan akan dibuat pengumuman senarai pelumba terpilih pada 30/31 oktober nanti.
Khabarnya juga pasukan ini akan berpengkalan sepenuhnya di SIC iaitu Sepang International Curcuit. Orang-orang besarnya Tony Fernandez dan Kamarudin Meranum ( AirAsia), dan SM Nasarudin SM Nasimudin ( Naza Motor). Krew untuk pitstop juga khabarnya terdiri dari anak-anak Malaysia.
Berita ni memang mengejutkan aku. Sesekali aku nak berasa bangga dan sesekali aku juga berasa agak susah hati memikirkan impaknya kelak kepada kehidupan rakyat keseluruhannya. Aku ni kira salah sorang peminat setia F1 , tapi agak terkejut dengan keputusan Malaysia nak turut serta dengan sebuah pasukan sendiri. Sekarang ini pun syarikat multinasional PETRONAS sudah pun terlibat dan membelanjakan banyak wang untuk menjadi rakan penaja primier kepada pasukan BMW SAUBER atas alasan untuk penjenamaan diperingkat antarabangsa.
Walau aku peminat setia F1 ( buat masa ni la) tapi aku tak bersetuju dengan cadangan Malaysia nak menubuhkan pasukan lumba F1nya sendiri. Bukan sedikit kewangan negara akan mengalir keluar nanti dan hasilnya belum tentu. Pasukan-pasukan sedia ada pun mengambil masa yang lama sebelum menyertai perlumbaan F1, dengan pelbagai persiapan dan persediaan tetapi Malaysia ni cuba nak tunjuk hebat dengan tiba-tiba sahaja nak masuk berlumba. Dengan berinspirasikan teknologi lotus dan enjin Courstworth, aku rasa bukan satu langkah yang bijak untuk menyertai F1.
Mudahnya.... seolah-olah hari ni dapat idea ,esok buat dan lusa lumba.... Tidak semudah itu pada pendapat aku untuk Malaysia terlibat dalam F1 ni. Sebenarnya masih banyak lagi keperluan lain yang perlu kita penuhi dalam negara ni untuk kesejahteraan rakyat keseluruhannya sebelum menyertai F1 ini. Sebaik-baiknya pastikan tidak ada lagi rakyat yang hidup merempat, kais pagi makan tengahari, kais petang makan malam. Kemudahan pembiayaan untuk melanjutkan pelajaran semua rakyat juga perlu diutamakan. Kekukuhan ekonomi rakyat keseluruhan haruslah diutamakan. Dengan perbelanjaan yang pastinya mencecah berbilion ringgit untuk semusim perlumbaan, alangkah baiknya perbelanjaan itu digunakan untuk meningkatkan taraf hidup seluruh rakyat dengan menikmati segala kemudahan pada tahap perbelanjaan paling minima.
Rakyat harus diutamakan dalam erti kata yang sebenar. Rakyat tidak akan merasa apa-apa pun kesenangan dengan penyertaan pasukan lumba dari Malaysia. Harga gula, tepung, susu anak, tol, minyak dan lain-lain tidak akan turun dengan penyertaan pasukan Malaysia ini. Rakyat Malaysia hakikatnya belum betul-betul sejahtera untuk berbangga memiliki pasukan lumba F1 sendiri. Belum ramai rakyat Malaysia yang banyak wang, yang nanti boleh menjelajah seluruh dunia beramai-ramai untuk menyokong pasukan Malaysia. Untuk mempunyai masa menontonnya di litar sendiri pun belum tentu rakyat Malaysia boleh lakukan sebab masih sibuk berusaha untuk meningkatkan ekonomi sendiri untuk kestabilan sendiri. Jadi siapa yang sebenarnya akan menyokong pasukan ini. Kelak akhirnya jika gagal bersaing, tiada apa-apa keuntungan yang diperolehi, rakyat terus hidup tertekan dengan masalah ekonomi yang semakin mendesak.
Pasukan yang gah, ternama seperti BMW pun sudah membuat kenyataan untuk menarik diri, tiba-tiba Malaysia nak melibatkan diri, suatu yang ganjil. Sebagai seorang rakyat Malaysia yang sayangkan negara ini, bagi aku belum masanya Malaysia mempunyai pasukan sendiri untuk F1.
Biarlah setelah taraf kehidupan seluruh rakyat sudah meningkat, orang miskin sudah tiada, taraf ekonomi adalah antara yang terbaik didunia, maka pada masa itu tak usah kata hanya 1Malaysia F1 team kita tubuhkan, buat 2 atau 3 lagi pasukan pun tidak mengapa. Rakyat sudah betul-betul sejahtera, buatlah perlumbaan dimana-mana pun rakyat boleh pergi menyokong dari dekat. Ini dalam keadaan sekarang nak makan pun susah, apa lagi nak menyokong dan menonton perlumbaan F1.
Tanpa prejudis aku katakan bahawa aku memang peminat F1 tapi aku tak setuju buat masa ini Malaysia buat team F1 atas sebab-sebab yang telah aku nyatakan. Sekadar mencatatkan suatu respon segera kepada berita yang mengejutkan ini. Mungkin ada dikalangan pembaca blog ini yang bersetuju/sehaluan dengan aku dan mungkin juga ada yang tidak.... terpulanglah kepada diri masing-masing.... aku bukan membantah atau menyanggah kerana siapalah aku dan suaraku untuk didengari tapi sekadar mencoret meluah rasa resah didalam kotak fikiranku...
Sekadar berkongsi rasa... wassalam...
Barilaan....
Aku sokong 199% rot...esok2 duit rakyat gak dicukainya...
BalasPadamAku sokong 100% pendapat hang ROT. Aku buat search singkat kos untuk F1 yang dibelanjakan setahun adalah seperti berikut : Thn 2005 : Ferrari USD426 Mil, Toyota USD397 mil, McLaren USD359 mil, BMW USD355 mil. Paling cikai Minardi USD39 mil. Kalau ditukar matawang USD ke RM akan jadi billion. Bayangkan kalau dibagi duit tu pada 1 juta rakyat miskin masa nak buka sekolah..dapat sorang seribu..bapak yuran pun boleh bayar
BalasPadammemang pun Jai ... klu tak aku tak komen la... ni kira satu langkah yang silap telah dibuat. Tidak sepadan dengan slogan berdegar-degar....hampeh lagi memhampehkan.... jgn lepaih ni, cukai makin naik, yg selama ni free kena byr pulak sudah.... kalau jd lagu tu, pandai-pandai la kita mempertimbangkan langkah seterusnya....yang kita boleh buat
BalasPadam