BEREHAT SEBENTAR

Rabu, 2 September 2009

SPIDERMAN Buat Lagi...

tinggi!! mencapai awan
fuh!! sikit lagi...

ya! ya! twin tower aku tawan...


sah gila... dlm kapal terbang pun bergayut juga..



seluak merah, seluak biru...
jangan marah... i panjat dulu...


Akhirnya!!! aku berjaya... i did it!!! mungkin itulah luahan atau jeritan siAlain dipuncak menara berkembar petronas semalam (isnin) yang tidak kita dengari. Dia ni memang seorang manusia luar biasa yang Allah jadikan sebab tak ada orang yang 'gila' tahap macam dia boleh memanjat walau setinggi mana pun menara didunia ni tanpa sebarang peralatan keselamatan. Disebalik kegilaannya itu pernah ke kita terfikir tentang semangat dan keyakinan dirinya yang sangat tinggi melebihi ketinggian mana-mana menara yang dah ditaklukinya. Setakat ini tidak ada kegagalan dalam dunia pemanjatannya. Memang dah terbukti dia tak pernah gagal, ada pun cuma untuk seketika dia belum berjaya, dan ini dibuktikannya dengan cengkaman, lekapan tangan dan kakinya pada menara berkembar petronas.

Apa sebenarnya ada dalam kepala otak simamat Alain ni. Perasaan gayat dan takut mati mungkin tiada langsung bersarang dalam pemikirannya. Tapi adakah pula dia ni berani pada semua situasi? Mungkin dia berani seperti mana yang sekarang dia berani ? Kalau diberi cabaran lain yang sememangnya kalau tak hidup maut jawapan adalah dihujungnya, berani juga ke dia? Main dengan ular bisa, buaya ganas dan lain-lain... Jawapannya kita tak ada sebab dia ni susah nak dinilai sebagai seorang wira dunia. Sepengetahuan aku la, tidak ada kenyataan dia atau wartawan tanya pada dia apa lagi keberaniannya yang lain yang boleh dilakukannya. Ini juga dibuktikannya dengan tak pernah menonjol dalam 'kerja gila' yang lain.

Tadi aku kata dia ni wira dunia sebab tak ada orang boleh buat macam dia di dunia ni. Satu perkara yang aku agak pelik iaitu kenapa tidak diiktiraf maksud aku upacara dia nak memanjat mana-mana menara tinggi dibuat secara sah, ada liputan secara langsung, persediaan sebarang kemungkinan kemalangan, orang ramai boleh kumpul ramai-ramai bagi sokongan dan sorakan. Penaja akan berduyun-duyun masuk melabur dan tentu mamat Alain ni dah kaya raya. Jadi duta itu dan ini. Ini semua tidak berlaku...sebaliknya sebaik dia berjaya biasanya dia akan terus digari (tangkap dan tahan) dan hadiah sampingan lain yang dia dapat mungkin bermalam beberapa malam dalam lokap sambil urut sendiri badan dia.

Ditahan pada dia juga mungkin satu kebiasaan dan hadiah baginya. Mungkin kalau tak kena tahan dia akan rasa lain macam dan lebih lagi agaknya dia akan rasa lain macam kalau pendakiannya diiktiraf sejak awal-awal, ada liputan secara langsung, orang ramai berkumpul sejak mula dia mendaki dan menjerit-jerit namanya. Aku rasa la... kalau situasi macam ni dia akan jadi gayat... sebab diberi penuh perhatian dan liputan. Mungkin keberaniannya kurang atau tak da langsung. Maknanya minda dia jadi tak tenang dan berserabut semasa memanjat tu, ya lah nak jawab soalan-soalan wartawan/perantara sebelum memanjat.. sebab tu dia suka buat curi-curi tanpa pengetahuan orang dan orang tahu bila dia dah jauh tinggi diatas...

Satu lagi persoalan, apakah satu hari dia akan menemui kegagalan? maksud kegagalan disini ialah dia akan jatuh dan menemui ajalnya. Orang berani main ular mati dipatuk ular, orang berani main buaya mati dilibas duri ikan pari... dia ni? Kita nampak dia ni tak akan berhenti untuk terus memanjat. Apa-apa pun dia memang satu kejadian makhluk tuhan yang istimewa dan luar biasa. Dia berjaya mengetahui kelebihan dan kekuatannya. Kita pula bagaimana? Kita juga adalah kejadian makhluk tuhan yang istimewa, cuma dimana kehebatan dan 'gila' kita yang sama macam Alain Robert. Dah terkeluar ke kehebatan dan ke'gila'an tu? Mungkin kita tak boleh memanjat tinggi macam dia tapi adalakot something, somewhere yang kita juga hebat....

Tiada ulasan:

Catat Ulasan