Baru ni masa balik berbuka di kampung mak aku buatkan pais pisang. Ada setengah orang sebut lepat pisang, tp aku lebih selesa guna perkataan pais pisang. Bagi aku memang sedap la pais yang mak aku buat. Maklumlah air tangan mak. Jadi aku pun interbew mak aku cara nak buat pais pisang ni. Jadi kalau ada sesiapa yang berminat nak cuba boleh la... ni kira resepi tradisi la. Mungkin ada persamaan mungkin ada perbezaan bahan dan cara membuat seperti yang anda pengunjung tahu.
Bahan-bahan :
1. Pisang awak boleh pisang emas pun boleh, 4 ke 5 biji. ( mesti yang masaknya dah terover)
2. Tepung beras (2 senduk nasi) ni sukatan yg mak aku bagi... hampa agak-agak la...
3. Santan - 2-3 sudu, klu suka lebih lemak letak la lebih..
4. Kapur makan - sedikit saja 1/2 sudu
5. Gula - secukup rasa, suka manis letak lebih dan begitulah sebaliknya
6. Garam - secukup rasa
7. Air - sedikit
8. Daun pisang yang disalai terlebih dahulu.
9. Sagu - sebagai bahan tambahan pilihan utk sejukkan badan.
Cara membuat :
1. Lenyekkan pisang-pisang tu
2. Campur kan bahan-bahan lain seperti tepung beras, santan, kapur, gula, garam dan air.
3. Untuk sukatan air, bacuhan pais ni lebih kurang macam nak buat cucok kodok. Hampa tau ka apa tu cok kodok? jemput-jemput pisang la...
4. Campurkan biji2 sagu kalau suka, kalau nak lawa hampa letak la biji sagu yang berwarna, bertambah cantik pais hampa. Biji sagu yang saiz kecil saja tau... jangan guna yang besar tu...
5. Bungkuskan kan dengan daun pisang yang dah disalai terlebih dahulu. Tujuan salai dulu daun pisang tu supaya daun tu tak mudah pecah bila membungkus adunan.
6. Cara nak bungkus, i mean bentuk dia ikut suka korang la... nak buat bentu 4 segi ka, kon ka... ikut suka la... tapi nasihat mak aku jangan buat terlalu besar.... kenapa? dia kata nanti kurang sedap, takut masak tak rata. Lagi satu kalau kecik2 dia nampak comel dan sekali ngap! habis.. ambil lain pulak...
7. Langkah seterusnya jangan lupa kukus, jangan korang pi goreng pulak. Tapi kalau nak try goreng boleh jugak lepas tu bagi tau kat aku...
8. Lama masa mengukus agak2 lebih kurang 10 ke 15 minit.
9. Kalau dah masak... tunggu apa lagi.... ops!... bulan posa kena tunggu buka posa... NGAP LA...
Demikianlah tadi resepi sejenis kueh iaitu pais pisang. Kalau minat boleh cuba, kalau tak beli saja... tapi kalau buat sendiri boleh makan puas... sedap tak sedap sendiri tanggung.
Selamat mencuba selamat berpuasa...
Wassalam.... barilaan...
Tiada ulasan:
Catat Ulasan