BEREHAT SEBENTAR

Memaparkan catatan dengan label hobi lain. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label hobi lain. Papar semua catatan

Khamis, 22 Oktober 2009

AKU TERINGAT LALU AKU RINDU......PADANYA

Ha ha tiba ja aku rasa rindu pada aktiviti memancing. Maklumlah dah agak lama aku tak gi mancing kat mana-mana lubuk yang best. Dapat menyelusuri lorong-lorong bakau atau menongkah bebas ombak-ombak dilautan luas... wah berbahasa aku... betul tak betul bahasa ni buh ja la...


Kenangan memancing kali terakhir yang hebat ialah bersama rakan sekerja dan diikuti oleh VictorZuluOscar dan OscarCharlieCharlie.... Masa aku dan rakan-rakan puas menaikkan ikan sisik dan sembilang dilubuk batubata. Aku kata batu bata sebab tempat tu banyak batubata peninggalan orang dulu-dulu.... mungkin ianya sebuah pengkalan suatu masa dahulu.


Silih berganti ikan semilang dinaikkan.... baru siap karau satu pancing,.... pancing yang satu lagi pulak diragut ganas... akhirnya ada rakan yang hanya guna satu pancing.... Satu pancing pun asal dah baling jer letak tak sampai 5 minit pak semilang dah ragut lagi umpan di matakail.... fuh bestnyer kenangan tu....


Rakan yang bawak kami gi mancing pun seronok sebab kami puas mancing... klu tak caya tanya VZO o OCC... bilalah pulak ada kesempatan yang best macam tu dapat kembali dinikmati... Tak nak dah ikut pakej yang agak lumayan kosnya tapi hampeh hasilnya... memanglah adat mancing ada kala dapat...ada kala tak dapat.... tapi klu tak dapat-dapat tu bukan dia....

Harap-harap dapat lagi keseronokan mancing pada trip yang berikutnya....

Barilaan...

Sabtu, 15 Ogos 2009

BPL KEMBALI, BPL BERMULA....

Bukan teman nak ngagungkan bolasepak luar negara, sorry to say la kot2 ada orang FAM baca blog aku... ( he he ada ke?... tadak la kot ) bolasepak negara kita tak akan maju selagi banyak main politik, kuasa dan kepentingan tembolok masing-masing... Pembangunan di peringkat akar umbi hampeh.... semua ubi kalau korek tak bleh buat rebus pun... cincang bagi ayam je... tu pun ayam tak nak makan.... kecuali ayam yang dah rabun... Cakap je akar umbi akar umbi last2 jd ubi je... ni lah hakikatnya dunia sebelah kita... kita sering dan sentiasa nampak dunia sebelah orang dan cakap bagusnya dunia depa... siap buat lawatan kerja lagi.... (ngabih boreh je) tapi bila balik belah dunia sini, apa pun tarak.... yelek... phochit... ( betui ka?... alah hantam ja la... )
Banyak bakat tersadai dan terbarai di atas jalan, di lorong2 gelap.... yang mana dulunya mereka ni nampak ada harapan tapi sayang birokrasi punya pasal... hanyutttt... bakat yang berkilat terus jadi karat yang mereput...
Maka malam ni bermulalah liga yang menjadi antara kegilaan ramai seantero dunia... jadi selamat mengikuti perkembangan pasukan kegemaran masing2.... cuma satu pesanan iaitu kita harus terus berbangga dengan diri kita dan sebelah yang kita sedang berada... biarlah mereka yang ada sama di sebelah kita tapi gagal membanggakan kita.... selamat menonton...

Jumaat, 7 Ogos 2009

Layan Boling

Petang tadi aku ke boling aley taiping... saja bawa isone dan anak aku sbb depa nak main.. Aku tak main, tak dak mood. Terjumpa la pulak akan aku dengan ABE dan Hazrul tengah layan balin membaling bola boling... Layan boling sat depa kata sebab pagi td depa dah layan gerek ke bukit merah... Ok gak tu, asyik layan gerek ja... sesekali layan boling plak...







deretan pin yang menanti rempuhan ganazzz bowler.... ganazz ke?


nampak cam jauh je susunan pin tu, ada orang kata kenapa


lane kat sini nampak lebih panjang atau pendek? Yg sebenarnya

panjang lane standard ja cuma keadaan persekitaran yang membuatkan

mata kita kena trik...

Ni bukan pin boling tp saja aku snap dgn kam hp , kononnya seni merakam gambar la ni...


Apa-apa pun jersi kayuhan BM memang ngancam habis.. sapa tak masuk rugi, macam jersi tour d France & Giro Italia...