BEREHAT SEBENTAR

Khamis, 29 April 2010

APA NI? MANA PUNYA AJARAN NI...


Apa punya celaru budak ni.... cikgu2 dia pun tak kan tak tegur, sekolah ni tak ada ustaz dan ustazah ker? ...apa nak jadi la.... ni baru tahun 2010... belum lagi 2020...

Bertudung tapi pakai seluar pendek...

Sapa nak jawab ni....

GERABAK KHAS.... BAGUS!!


Syabas dan tahniah pada KTMB kerana membuat transformasi yang besar yang sepatutnya dah lama dibuat.... Janganlah lepas ni ada pulak suara-suara jahil lagi sumbang berkata itu satu penganiayaan atau diskriminasi jantina pulak.... Aku pasti ianya sangat menyenangkan hati-hati para penumpang kaum hawa sekelian...

Ada banyak lagi perkara/tempat yang boleh diasingkan untuk keselesaan ( sebenarnya tuntutan agama memang begitu) kaum hawa. Kita hidup ni bukan nak menongkat langit.... berbuat sesuatu yang baik ini pasti akan membuahkan hasil yang baik untuk dunia dan akhirat.... Satunya aku rasa boss besar KTMB ni mesti ada kekuatan pegangan agamanya dan berjaya mempengaruhi perubahan yang sukar untuk dilakukan di negara ini... walau sesuatu itu memang membawa banyak kebaikan . Sekarang ni maklum sahajalah, kalau buat baik itu akan dipandang songsang dan pelik oleh sesetengah ahli masyarakat... kalau buat buat jahat pada orang tu kadang-kadang tidak dipersalahkan tetapi orang yang kena akibat perbuatan jahat pulak yang dipersalahkan....

Huhu... apa pun syabas KTMB... tabik sama anda...

Rabu, 28 April 2010

LEPAS SATU,SATU....

Lepas satu... satu... lepas tu satu lagi... apa nak jadi.... lepas tu kau minta orang relax dan biarkan urusan sedang diuruskan, diuruskan. Semua orang faham itu.... sebelum ini pun begitulah tapi apa sudahnya... tu yang buat orang cuak... jangan salahkan orang kalau orang rasa sangat cuak...
Kita manusia normal, ada pemikiran sendiri, pertimbangan sendiri... kita bukan robot yang mesti ikut segala yang dikhabarkan. Kita manusia yang tidak boleh diprogramkan... Allah sudah memberika kita satu benda yang sungguh istimewa iaitu akal untuk membuat pertimbangan... Jadi adalah hak untuk kita masing-masing buat pertimbangan dan buat persepsi.... Tak semestinya putih kata kita... orang lain mesti ikut kata putih... Hormatilah juga orang lain yang tak kata putih sebab mereka ada pertimbangan sendiri...
Buatlah kerja sendiri betul-betul.... baiki apa yang silap... buktikan yang putih yang kau kata tu memang orang lain kena percaya ianya benar-benar putih seperti yang kau percaya.... walau hak orang lain masih tidak memandang ianya putih....
Semua orang buat silap... jangan ego sangat... kita belajar dan perbaiki yang silap... dan paling penting hormati hak orang lain....

TUBUH LAH APA PUN....

Terpanggil gak aku nak mengulas 'Hot topic' sekarang ini.... walau pada mulanya agak malas nak ulas walau aku sebenarnya memang ambil 'pot' hal-hal seperti ini.... harapan ku dalam negara demokrasi yang bebas untuk rakyatnya bersuara ini... biarlah kebebasan untuk kita berbicara tentang sesuatu perkara itu terus subur...
Kes pelajar umur 15 tahun ditembak sangat hangat sekarang.... semua orang cuba menonjol diri untuk menjadi hero... baik dipihak pemerintah mahupun pihak2 lain. Kita semua memang tidak tahu hujung pangkal kes ini...dan bukan kita nak menuding jari salah siapa tapi rasanya ini bukan kes pertama seumpamanya...banyak persoalan sebelumnya juga masih belum terjawab.... siapa benar siapa salah haruslah ada penghujungnya.... yang bersalah haruslah dihukum sewajarnya... janganlah kes ini terbiar lama tanpa ada penghujungnya.... janganlah ada apa-apa yang nak diselindungkan... kalau ianya perit untuk diakui jika kita berbuat kesilapan, maka dengan rendah hati akui saja kesilapan dan memohon maaf adalah jalan terbaik dan yang bersalah itu tetap harus dihukum.
Seluruh mata dan telinga yang ada di alam semesta ini sebenarnya sedang memberikan perhatian perjalanan kes ini. Kita sama-sama lihat apa kesudahannya. Kepada sang Ibu aku simpati dengan nasibmu yang sememangnya lebih mengenali anakmu.... doakan sahaja agar roh arwahnya dicucuri rahmat dan ditempatkan dikalangan orang-orang mukmin... amin..
Kepada semua kita harus belajar sesuatu dari setiap pelajaran yang terjadi didepan mata kita. Dunia ini hanya pentas mengumpul cerita untuk dihitung baik buruknya dan diakhirat kelak adalah waktu pembalasan yang tidak siapa pun boleh mengelat darinya.

Selasa, 6 April 2010

DIBUKA UNTUK TEMPAHAN....

kepingan hirisan kambing yang telah diperap... sedia untuk dibakar.

bakar atau gunakan oven/mikrowave (terpulang kpd anda)


mmmmmm.....

ANDA INGIN MENGADAKAN MAJLIS MAKAN-MAKAN, SAMA ADA KECIL-KECILAN ATAU BESAR-BESARAN, SALAH SATU MENU ANDA ADALAH KAMBING (LAMB) ATAU AYAM DIPERAP DENGAN ISTIMEWA ,SEDIA UNTUK DIPANGGANG, USAH PENING-PENING MEMIKIR DAN SUSAH-SUSAH NAK MENYEDIAKANNYA. KAMI SEDIA MEMBANTU ANDA DENGAN CAJ YANG BERPATUTAN.

TEMPAHAN DAN PERTANYAAN BOLEH DIBUAT DITALIAN :
013-5024272 , 012-5067384 - KHAIRUL


" MAKAN SATU TAK CUKUP, BILA DAH MAKAN PASTI NAK LAGI