Syabas dan tahniah pada KTMB kerana membuat transformasi yang besar yang sepatutnya dah lama dibuat.... Janganlah lepas ni ada pulak suara-suara jahil lagi sumbang berkata itu satu penganiayaan atau diskriminasi jantina pulak.... Aku pasti ianya sangat menyenangkan hati-hati para penumpang kaum hawa sekelian...
Ada banyak lagi perkara/tempat yang boleh diasingkan untuk keselesaan ( sebenarnya tuntutan agama memang begitu) kaum hawa. Kita hidup ni bukan nak menongkat langit.... berbuat sesuatu yang baik ini pasti akan membuahkan hasil yang baik untuk dunia dan akhirat.... Satunya aku rasa boss besar KTMB ni mesti ada kekuatan pegangan agamanya dan berjaya mempengaruhi perubahan yang sukar untuk dilakukan di negara ini... walau sesuatu itu memang membawa banyak kebaikan . Sekarang ni maklum sahajalah, kalau buat baik itu akan dipandang songsang dan pelik oleh sesetengah ahli masyarakat... kalau buat buat jahat pada orang tu kadang-kadang tidak dipersalahkan tetapi orang yang kena akibat perbuatan jahat pulak yang dipersalahkan....
Huhu... apa pun syabas KTMB... tabik sama anda...
Tiada ulasan:
Catat Ulasan