BEREHAT SEBENTAR

Rabu, 28 April 2010

TUBUH LAH APA PUN....

Terpanggil gak aku nak mengulas 'Hot topic' sekarang ini.... walau pada mulanya agak malas nak ulas walau aku sebenarnya memang ambil 'pot' hal-hal seperti ini.... harapan ku dalam negara demokrasi yang bebas untuk rakyatnya bersuara ini... biarlah kebebasan untuk kita berbicara tentang sesuatu perkara itu terus subur...
Kes pelajar umur 15 tahun ditembak sangat hangat sekarang.... semua orang cuba menonjol diri untuk menjadi hero... baik dipihak pemerintah mahupun pihak2 lain. Kita semua memang tidak tahu hujung pangkal kes ini...dan bukan kita nak menuding jari salah siapa tapi rasanya ini bukan kes pertama seumpamanya...banyak persoalan sebelumnya juga masih belum terjawab.... siapa benar siapa salah haruslah ada penghujungnya.... yang bersalah haruslah dihukum sewajarnya... janganlah kes ini terbiar lama tanpa ada penghujungnya.... janganlah ada apa-apa yang nak diselindungkan... kalau ianya perit untuk diakui jika kita berbuat kesilapan, maka dengan rendah hati akui saja kesilapan dan memohon maaf adalah jalan terbaik dan yang bersalah itu tetap harus dihukum.
Seluruh mata dan telinga yang ada di alam semesta ini sebenarnya sedang memberikan perhatian perjalanan kes ini. Kita sama-sama lihat apa kesudahannya. Kepada sang Ibu aku simpati dengan nasibmu yang sememangnya lebih mengenali anakmu.... doakan sahaja agar roh arwahnya dicucuri rahmat dan ditempatkan dikalangan orang-orang mukmin... amin..
Kepada semua kita harus belajar sesuatu dari setiap pelajaran yang terjadi didepan mata kita. Dunia ini hanya pentas mengumpul cerita untuk dihitung baik buruknya dan diakhirat kelak adalah waktu pembalasan yang tidak siapa pun boleh mengelat darinya.

2 ulasan:

  1. kes polis tembak budak 'mengamuk' kat Perlis pun tak selesai lagi...kes polis tembak 1 van kat kelantan pun tak selesai lagi..kes mati dalam lokap pun tak selesai lagi..tunggu tahun depan la kot...tu pon kalau ada jawapan..takda kalu..tungguuuuuu...

    BalasPadam
  2. sekarang minta orang beri kepercayaan... sedangkan apa yang berlaku semakin menghakis kepercayaan orang.... nak salahkan orang jugak ker? Kepercayaan adalah suatu yang sangat tinggi nilainya... sekali ternoda selamanya nodanya terkesan... inikan pula berkali-kali noda....yang baik tetap baik... yang buruk tetap buruk... yang baik teruskan... yang buruk mesti diperbaiki segera agar harapan sentiasa boleh digantungkan....

    BalasPadam