BEREHAT SEBENTAR

Khamis, 27 Ogos 2009

IKLAN RAYA dan ideaku




Macam biasa setiap kali menjelang raya, kita akan ternanti-nanti juga iklan raya dipeti televisyen. Saban tahun pasti ada iklan-iklan yang menyentuh jiwa meruntun
rasa ditayangkan. Airmata jantan kita pun kadang-kadang mengalir tanpa disedari. Iklan-iklan tu berjaya melembut hati-hati yang keras, mencairkan jiwa-jiwa yang kebas agar kembali kepangkuan desa dan keluarga. Apakah raya tahun ini masih ada iklan yang boleh mencengkam jiwa kita, sedang yang empunya diri yang diketahui naskah kerjanya dalam menghasilkan iklan hebat sudah pulang menemui penciptanya. Yasmin Ahmad... satu nama yang hebat dalam pembikinan iklan-iklan raya, apakah sempat dia meninggalkan naskah terakhirnya untuk raya tahun ini? Semoga ada bakat-bakat baru yang boleh berprestasi sama sepertinya....


Habis bab tu... Sekarang disebalik kehebatan iklan-iklan musim perayaan ni teman nak kemuka satu pandangan je... Negara kita ada banyak penyakit masyarakat, masalah kejiranan, bapa rogol anak, majikan dera pekerja/pembantu, samseng jalanan dan lain-lain. Apakata diperbanyakkan iklan-iklan sehebat iklan-iklan raya yang sangat menyentuh tu untuk kempen menyeru masyarakat kita menjadi sihat. Bukan tak ada iklan-iklan tu tapi kurang sangat, tidak menyeluruh dan tidak menarik (ala-ala terbitan filem negara). Pihak berkuasa boleh mewajibkan syarikat2 penerbitan drama dan filem untuk menghasilkan iklan2 menarik dan berguna ni sebagai syarat untuk dapat lesen. Situasi menang-menang ini bakal menguntungkan semua pihak. IKLAN sangat berpengaruh sebab ianya ringkas dan padat. Yang penting lagi dibuat dengan sentuhan rasa yang mendalam macam iklan raya tu..


Wallahualam... teman sekadar mencoret idea... apa kata anda?

1 ulasan:

  1. from Duniaku:
    Idea yg baik.Namun 'diaorang' pun dah fikir dah hanya 'depa' tak pernah CUBA langsung.Inilah antara penyakit,.. yang baik..yang positif TIDAK mau dicuba.Tapi yang lain...Malaysia Boleh!

    BalasPadam