BEREHAT SEBENTAR

Isnin, 11 Oktober 2010

MENIAGA MACAM GANGSTER !!

Berniaga memang menguntungkan jika tidak masakan dikatakan bahawa 9/10 dari kekayaan adalah datangnya dari berniaga. Baguslah bagi mereka-mereka yang berminat berniaga. Pelbagai kaedah, strategi diatur untuk menarik pelanggan datang kepada perniagaan kita. Malangnya ada juga peniaga yang pelanggan sudah datang kepadanya tetapi layanan seolah-olah pelanggan yang datang tu musuhnya. Layanan macam seorang GANGSTER... melayan mangsanya... ptuihhhh!!... bangang punya peniaga...
Lalu aku teringat cerita P.Ramlee bila fikir-fikir soal berniaga ni. Sama ada anda perasan atau tidak ada banyak pengajaran bab perniagaan dalam filim-filim P.Ramlee, antaranya 6 JAHANAM... ni contoh peniaga gangster... ingat lagi tak bila P.Ramlee ( wataknya aku dah lupa) singgah nak makan disebuah warung... tu satu contoh yang P.Ramlee sampaikan sebagai sindiran kepada peniaga yang berlagak. Ada lagi contoh lain, dalam filim DO RE MI kalau tak silap aku... yang masuk macam nak merompak tapi sebenarnya nak jual ubat gigi. Maknanya lebih kurang menyerbu, mengepung orang secara mengejut/terpaksa ( lebih kurang perangkap jugak la) dan membuatkan simangsa tak boleh berfikir untuk tidak membeli ( sebab tertekan).
Dalam filim DO RE MI juga bila mereka berniaga minyak (obat) dengan ramuan yang mereka sendiri tahu memang sah MENIPU tapi dengan yakinnya dan persembahannya, maka perniagaan mereka berjaya walau untuk sementara. Berbagai-bagai lagi kerenah dunia berniaga ni yang telah digambarkan lebih awal ragamnya oleh Allahyarham Tan Sri P.Ramlee. 3 ni yang aku paling ingat, mungkin ada lagi yang lain-lain.
Berbalik kepada peniaga layan pelanggan macam GANGSTER... tadi, terus putus angin aku nak melanjutkan urus niaga. Bukan aku tak da duit nak beli, cuma macam biasa bila ada masa kita nak membina kemesraan dan cuba untuk menawar harga, tapi malangnya peniaga ni macam orang baru putus haid ( tapi lelaki).... aku tak rugi apa-apa sebab aku boleh cari kedai lain, tapi peniaga tu dah rugi satu urus niaga yang bukan untuk hari itu sahaja, tapi mungkin selamanya... inilah kesan yang mungkin ramai peniaga tak fikir. KALAU KAU BESAR MASALAH SEBAB BELAKANG RUMAH KAU GUNUNG BERAPI DAH MELETUS, ATAU KETA MEWAH KAU SEMALAM BARU KENA TARIK/CURI tapi bila berdepan pelanggan kau kena tenang dan senyum... pelanggan bukan nak tau apa hal/masalah kau.... pelanggan nak apa yang dia fikir ada kau niagakan....

2 ulasan:

  1. Salam sejahtera...
    ada lagi sikap peniaga macam gangster ni? memang sebenarnya dia tolak rezeki...hat yg mcm tu patutnya kita belah aje..pastu kasi tau kekawan...kekawan sampai lak kekawan lain..sampai dan sampaikan...risiko inilah yang sangat kurang diambil-berat oleh peniaga.Sikap adalah elemen penting utk ditekankan...baik sebgai peniaga maupon sebgai individu..

    BalasPadam
  2. Dunia seperti nak kembali ke zaman jahiliah iaitu siapa yang kuat dialah yang berkuasa boleh buat apa saja. Setakat berakal pandai saja tak akan kemana dan jauh nak berkuasa. Inilah kesannya kuasa duit. Segala-galanya duit, dengan duit manusia jadi berkuasa dan sombong. Aku pengguna yang ikan bilis ni tak penting pun. Etika berurus niaga dah hancur, budi bahasa dan lebur. Tuhan itu maha mengetahui, pasti ada balasannya pada peniaga tu... skrg zaman Allah balas cash...

    BalasPadam