BEREHAT SEBENTAR

Isnin, 4 Oktober 2010

HARAM BETUL JUDI NI....

Syukur alhamdulillah sebab kesedaran tentang JUDI ni memang haram ni semakin meningkat. Orang ramai mulai sedar akan peri pentingnya menjauhi JUDI dan sumber-sumbernya. Akan tetapi sejauh mana sebenarnya JUDI itu ingin diHARAMkan didalam hati-hati mereka yang berkuasa untuk mengHARAMkannya.
Kalau dilihat dari segi meriahnya akhbar-akhbar MELAYU kita menyiarkan keputusan perJUDIan, tidaklah nampak akan JUDI ini yang sememangnya HARAM akan diHARAMkan. Kerana itu kita seringkali mendengar di media massa istilah "JUDI HARAM" .... seolah-olah macam ada pulak JUDI HALAL... kerana sememangnya JUDI itu HARAM dan setiap umat islam yang faham agamanya cetek sekali pun tahu JUDI itu HARAM.
Ramai agaknya orang ISLAM/MELAYU kita yang taik JUDI ? sebab itulah keputusannya begitu MERIAH sekali pada HARI-HARI MINGGU. Banyak juga agaknya HASIL dari bayaran syarikat perjudian atas iklan keputusan yang disiarkan. Takkan disiarkan secara saja-saja dan percuma kot? Perlu sangat ke dengan duit HASIL judi tu ? Dalam kesedaran HARAMnya JUDI dan segala apa yang berkaitan dengannya pada hari ini, terutamanya pencetusnya di PULAU PINANG ( tahniah!!) eloklah perkara ini jadi AGENDA NASIONAL untuk mengukuhkan semangat islamiah. Betul-betul kita percaya ajaran yang diberi dalam ISLAM bahawasanya JUDI itu sememangnya HARAM.
Para alim ulama' dan cendikiawan Islam tersohor negara harus segera bersuara dalam hal ini. Agar masyarakat tidak terkeliru dan memahami hakikat sebenar. Wallahualam...

2 ulasan:

  1. ada apa..Judi Haram..dulu sapa kutip taruhan bola kena rush gan Polis..ni kat kamunting..kedai kat pokok ketapang..kat kedai perabot sebelah shamsudin nasi kandar..tu semua kedai judi haram..HARAM sebab TAK BAYAR CUKAI...judi halal..magnum 4 digit..sport toto..genting..ini judi HALAL sebab BAYAR CUKAI kat kerajaan...
    Tercetus kat Penang sebab ada isu kepentingan politik..tak kecoh pon kat negeri lain.Para alim ulama,mufti2..tak kecoh pon...tapi paling hairan la..baru kutahu minyak gan air boleh sebati..AGENDA NASIONAL..boleh miskin kerajaan ooo...mcm org taik judi gak kerajaan ni..dah jadi habit..nak kena gak judi ni...cuba rujuk sumber hasil pendapatan negara..hasil cukai perniagaan berasaskan pertaruhan..dia tak sebut perjudian..dia sebut pertaruhan...check kat Kementerian Kewangan...HAKIKAT SEBENAR..kebenaran dan hakikat sebenar ni PAHIT..dalam politik dan kaedah menguasai atau mengawal org ramai..kekeliruan dan kecelaruan adalah penting.keliru dan celaru..merupakan bentuk pemecah penyatuan..2 item inilah yg mengakibatkan umat Islam selepas 300 tahun kewafatan Nabi Muhammad SAW TIDAK DAPAT BERSATU hinggalah hari ini.Banyak perkara yg asal dibawa Nabi itu mudah dan jelas hari ini menjadi begitu KOMPLEK..antaranya JUDI..RIBA..kerana banyak pemahaman..dan kekadang bermain juga difikirku..apakah HUKUM HUKUM ISLAM ini berbeda disebabkan faktor sosial,geografi,politik,ekonomi dan MASA...moga2 ALLAH mengampuni dosa2ku..atas fikiran,lafaz dan tulisan ini.sekian.

    BalasPadam
  2. sama sepertimu... aku juga berdoa mohon diampun dosa2ku jika apa yg difikirkan, dilafazkan dan dicoretkan adalah salah dan membawa pemahaman yang salah. Seandainya benar akan apa yang dicoretkan maka berilah kekuatan dan idea agar coretan sikerdil ini boleh mampu membuat insan2 lain berfikir dengan sewarasnya. Memang hidup kita didunia ni banyak kepentingan, tetapi tidak harus dilupa untuk kepentingan kehidupan selamanya diakhirat kelak. Segala apa yang kita lakukan akan diperhitungkan diSANA kelak. Mudah2an dengan sedikit coretan ini mampu memberi bekalan pahala kelak. Menyerukan kepada yang baik walau dengan sepotong ayat.Amin....

    BalasPadam