BEREHAT SEBENTAR

Jumaat, 31 Disember 2010

OK KE ?

OK KE ? kalau rumahtangga kita yang menjadi tanggunjawab kita, kita naikkan papan iklan didepan rumah kita dan beritahu bahawa isi rumah ini adalah tanggungjawab kita. Memang pun orang dah tahu rumahtangga kita mestilah tanggungjawab kita atas segala-galanya. Takkan kita nak suruh jiran kita pulak yang bertanggungjawab. Kalau tak nak bertanggungjawab baik jangan berkeluarga. OK KE MACAM TU ?
OK KE ? tatkala kita menghadapi masalah ekonomi rumahtangga, langkah pertama yang kita ambil ialah memotong perbelanjaan dapur, duit poket sekolah anak, duit mengaji anak dan lain-lain duit perlu/wajib sedangkan dalam masa sama kita masih mengekalkan bajet untuk hiburan, rokok, minum2 diluar dan pelbagai lagi yang sebenarnya hanya kita seorang merasai keseronokannya sedangkan keluarga yang menjadi tanggungjawab merasa keperitan. OK KE MACAM TU ?
OK KE ? kalau ahli keluarga kita sebagai contoh anak kita cuba memberi teguran dan cadangan yang bernas, kita katakan sebagai kurang ajar. Mereka dikenakan hukuman, diugut supaya diam sahaja dari memberi pelbagai pendapat dan cadangan yang bernas untuk kebaikan keluarga kita sendiri. Anak-anak dikurung agar mereka tidak melihat jiran-jiran yang lebih baik pengurusan keluarganya. Wajarkah kita terus memomokkan keluarga kita bahawa kita sudah cukup baik berbanding keluarga2 lain, sedangkan pada hakikatnya anak-anak kita tahu yang pengurusan kita banyak yang tidak betul. Malangnya bila mereka memberi pandangan, mereka ditempelak sebagai tidak tahu apa-apa dan cuma kita yang tua ini saja yang tahu mengurus keluarga walau pun kita boleh sudah dikira gagal. OK KE MACAM TU ?
OK KE ? bila mana kita menunjukkan contoh yang tidak baik kepada anak-anak tetapi dalam masa yang sama kita memberi tahu perkara yang sememangnya jadi kebiasaan kita itu tidak baik dan salah. Tak ke pening anak-anak kita dengan gelagat kita. Kita kata merokok tu tak baik untuk kesihatan tapi dalam masa yang sama kita merokok. Kita kata tak baik menganiayai tak kira sesiapa pun, manusia, binatang, tumbuh-tumbuhan hatta harta benda yang tidak bernyawa, sedangkan dalam masa sama kita tidak begitu. Kita menyuruh anak-anak sembahyang sedangkan kita tidak sembahyang. Banyak lagilah yang kita berlakon benda itu baik dan suruh anak kita buat tetapi kita sendiri tidak suka buat. OK KE MACAM TU ?
OK KE ? kita sering ingatkan keluarga kita untuk terus menyayangi dan mengasihi antara satu sama lain dalam keluarga agar keluarga kita jadi lebih kukuh, kuat dan bersatu padu sedangkan dalam masa sama kita tidak menunjukkan sifat kasih sayang, ikhlas dan bertanggungjawab. Kita sering mengungkit budi yang kita tabur pada keluarga walau pada hakikatnya tak setara mana juga kerana kalau ikut kemampuan kita sebenarnya jauh lebih baik yang boleh kita beri kepada keluarga kita. Sayangnya kita lebih pentingkan diri sendiri dan rakan-rakan kita dari keluarga sendiri. OK KE MACAM TU ?
OK KE ? bila kita berpesan kepada anak-anak kita bahawa apa yang ada ini sudah cukup baik. Tidak perlulah cuba untuk memajukan diri melihat jauh ke dunia luar. Kalau keluarga ini sudah begini nasibnya tak perlulah cuba-cuba untuk mengubah nasib dengan cara yang lain melainkan dengan cara kita sendiri sebagai ketua keluarga. Kita kawal seketat-ketat yang boleh keluarga kita seperti kita memberitahu bahawa dunia diluar itu sungguh gelap dan penuh kejahatan sedangkan rumah kita banyak dinding-dinding bocor, bumbung-bumbung berlubang yang memberitahu bahawa sebenarnya diluar sana tidaklah segelap dan jahat sebagai mana yang kita gambarkan. Ibarat kata warna kuning tetapi kita cuba beritahu itu adalah warna merah. OK KE MACAM TU ?
Sempena tahun baru 2011 ini biarlah kita berfikir secara yang lebih bebas dan boleh membuat pilihan yang bebas mengikut naluri kita. Kita sebagai anak-anak terpelajar dalam sebuah keluarga tahu batasan hormat dan kurang ajar. Yang baik sememangnya telah lama kita iktiraf ia sebagai baik. Yang tidak baik itu tetap tidak baik sampai bila-bila walau penjaga kita cuba mengajarkan kita bahawa itu juga adalah baik dan boleh diterima. Memang benar penjaga kita berjasa membesarkan kita tetapi memaksa kita mengikuti/menerima sesuatu yang tidak betul samada secara terang, halus atau paksa adalah tidak wajar. Jagalah keluarga kita sebaiknya selagi masa masih ada. Buatlah perubahan yang sewajarnya agar keluarga kita benar-benar merasai yang kita sememangnya mahukan yang terbaik untuk keluarga kita.
SELAMAT MENYAMBUT TAHUN BARU 2011.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan