BEREHAT SEBENTAR

Rabu, 1 Disember 2010

NAZAK NAK MATI....

Kematian adalah dalam pelbagai keadaan. Yang aku nak utarakan bukan selatankan disini ialah jasad yang nazak nak mati akibat sakit yang perlahan-lahan. Ada dua keadaan jasad itu menghadapi ujiannya. Yang pertama jika jasad itu penuh dengan keimanan, percaya kepada kematian dan telah lama bersedia untuk mati maka hari-hari terakhirnya sentiasa tenang. Mungkin lebih tenang dari mereka yang masih segar bugar bernafas. Dia tidak akan melihat sekelilingnya secara negatif dan jauh sekali memandang kehadapannya secara negatif. Dia tidak akan marah-marah, meracau, mencari salah silap orang lain yang menyebabkan keadaannya begitu.
Dia akan terus tenang dan sejuk mata memandang. Sebaliknya jasad yang kurang atau tidak ada keimanan ini bila menghadapi hari-hari akhir hidupnya akan terus meronta dan bergelora jiwanya. Segala apa jua dipersekitarannya adalah salah. Orang di sekitarnya semua salah. Sakitnya semua berpunca dari orang lain. Dirinya tidak ada salah langsung. Jadinya keadaannya begitu adalah kerana orang lain. Hari-hari dirinya akan meracau, mengingau dan mengalami mimpi ngeri silih berganti siang dan malam. Perkataan-perkataan yang keluar dari mulutnya selain dari merintih adalah diselang-seli dengan maki hamun, kata nista dan dusta. Masih ada busuk hati untuk memfitnah orang lain....Masyaallah matimu sudah semakin dekat.
Perbanyakkanlah amal ibadah.... bersabar... muhasabah diri.... bertaubat kalau perlu. Berdoa juga memohon ampun atas segala kesilapan-kesilapan yang telah dilakukan. Bermaafan juga dengan insan-insan persekitaran. Berdoalah juga agar disembuhkan dari sakit dan dipanjangkan umur. Mampu membaiki diri dan kesilapan silam dan mengembalikan kepercayaan orang kepada diri. Inilah saja peluang masa yang ada sebelum mautmu benar-benar tiba.... kalau kau mati pun tidaklah kau mati terlalu hina.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan