BEREHAT SEBENTAR

Ahad, 2 Januari 2011

TAHUN BARU NAIK 2011

Tahun Baru Naik 2011. Diikuti dengan macam-macam naik. Kebanyakkan gara-gara minyak naik, skrg ada cukai GST pulak. Sayur naik, makanan naik, serba serbi naik. Darah pun dah makin menyirap naik, bukan aku jer tapi aku rasa ramai orang dah menyirap. Yang best nyer tak der dipeduli pun oleh yang bertanggungjawab.
Semakin ramai yang naik minyak. Nampak gayanya lubang kubur semakin besar digali. Apa guna barang-barang bukan keperluan turun cukainya sedangkan barang keperluan mencanak naiknya. Dimana bijaknya yang mengurus keadaan hingga jadi begini aku pun rasa hairan.
Macam-macam kenaikan (trend) ni nampaknya dah tak bleh dibendung lagi sebab yang ada kuasa membendung buat pekak badak sumbu jer. Apa nak buat ? we will see n lihat... Ramaikah orang yang suka atau ramai yang sedang berduka. Nilai duit semakin cepat mengecil. Ini hakikat, aku tak taulah kalau masih ada manusia yang akan kata... "it's ok, just follow... still good..." nak kata apa noh....!

1 ulasan:

  1. salam sejahtera,GST asal jika mengikut PM Najib masa budjet 2009 akan dilaksanakan pada suku ke-3 2011 dengan kadar 4%..namun berlaku sedikit perubahan..yg mana apabila 'dilaraskan' tiba2 diumumkan dlm media naik dari asal 5% kpd 6%...bagai melaksanakan cukai ini secara efektif kos yg diperlukan ialah rm222 juta...GST baru ini akan menghasilkan tambahan pulangan RM1Billion..ini akan meningkatkan hasil kerajaan melalui pelbagai cukai sebanyak RM12Billion bagi tempoh setahun.GST baru ini adalah sebenarnya mengikut piawaian AFTA..telah pon dilaksanakan dikebanyakan negara lain.
    Dgn pelaksanaan GST ini yg merangkumi semua barangan dan perkhidmatan..akan menyebabkan kenaikkan kos.Dan bagi pengguna..Cukai adalah membebankan..namun bagi kerajaan..ianya amat berfaedah.Dan Petrol itu adalah satu cabang kenaikan harga yg dimainkan oleh media krn dapat mengaburi masyarakat..bahawa SEMUA barangan dan perkhidmatan telah berlaku kenaikan tanpa kekadang kita sedari....

    BalasPadam