Aku nak meneruskaan sikit lagi cerita pasal bolasepak Malaysia dari kaca mata dan akal fikirku. Pembangunan bolasepak perlu secara berterusan dari peringkat usia muda hinggalah ke usia matang dewasa. Dalam istilah lain ia disebut pembangunan peringkat 'akar umbi'. Adalah satu kelompok manusia yang suka menggunakan istilah 'akar umbi' tapi hampeh... cakap jer buat sedap telinga dengar....
Kita disini kekurangan akademi jadi apasalahnya gunakan sekolah-sekolah rendah yang ada disetiap pelusuk negara sebagai akademi secara tak langsung. Selama dah berpuluh tahun peluang yang ada ini kita abaikan. Guru-guru yang mengajar disekolah-sekolah rendah ini tidak diberikan kursus kejurulatihan dan bersijil. Sepatutnya pihak berwajib ambillah kesempatan ini dengan bijak. Anjurkan kursus kejurulatihan, biar semua guru yang mengajar bolasepak di sekolah-sekolah rendah ada sijil sekurang-kurangnya bertaraf lesen C. Guru-guru sekolah menengah pula bertaraf lesen B.
Dengan adanya guru-guru yang bersijil diiktiraf oleh FAM maka sudah tentu pembangunan yang lebih sistematik boleh dimulakan sejak di sekolah rendah lagi. Bukan lagi guru yang mengajar bolasepak itu bersikap tangkap muat. Bagi bola sebiji suruh anak murid main, cikgu duduk relax ditepi padang. Betapa rugi dan membazirnya masa yang ada kerana keadaan sebegini.
Bayangkan jika guru yang berlesen C, bolehlah dia menerapkan latihan yang lebih bersistem, menerapkan sikap yang betul untuk menjadi seorang pemain bola sepak. Perkara ini akan berterusan ke sekolah menengah dengan persaingan ditahap yang lebih kompetetif kerana selama 6 tahun pemain di sekolah rendah sudah terdedah dengan sistem latihan yang teratur. Bila tiba di peringkat menengah para pemain bukan nak belajar cara nak sepak bola yang betul, nak tahan bola cara yang betul seperti sekarang.
Bayangkanlah betapa hebatnya persaingan peringkat MSSN dan MSSM. Itu baru peringkat sekolah. Janganlah kita banyak buang masa nak tunggu ada akademi khusus. Guna ja kelebihan yang sedia ada. Bayangkan jika fenomena ini berlaku disetiap sekolah seluruh negara... tak kan kita tak boleh jumpa pemain-pemain berbakat yang terasuh dengan betul sejak usianya muda. Dari ratusan ribu pemain yang keluar setiap tahun dari sekolah-sekolah tak kan tak ada 30 pemain yang terbaik.
Kelangsungan pembangunan bakat boleh diteruskan lagi selepas mereka tamat bersekolah dengan pasukan-pasukan kolej, universiti dan lain-lain di samping menjadi pemain pro sepenuh masa... Apa yang susah sangat FAM nak fikir... habis duit berjuta-juta mungkin dah berbilion menyediakan prasarana seluruh negara tapi tenaga yang nak main bolasepak tu sendiri tak terbangun.
Jangan susahkan sangat prosedur untuk memberikan kursus dan sijil kejurulatihan tu kepada guru-guru. Jangan ingat nak simpan kouta untuk bekas pemain jer untuk jadi jurulatih. Seorang bekas pemain bolasepak tak semestinya dia boleh jadi jurulatih yang baik dan hebat... Setahu aku Arsene Wanger bukanlah seorang pemain bolasepak yang hebat tapi dia seorang jurulatih yang hebat...
FAM bukalah mata seluas-luasnya... kelebihan ada di depan mata tapi kenapa tak mahu diambil. Asyik cari formula itu dan ini, dah cuba itu dan ini, itu-itu jugak pemain yang ada, fokuslah lebih kepada pembangunan yang hebat dengan segera dari kelihatan hebat dengan kuasa dan hukuman. Tak kemana bolasepak kita jika banyak dihabiskan di meja mesyuarat. Orang politik wajib dikecualikan dari memegang apa-apa jawatan. Bola sepak bukan tempat untuk mencari perbatuan politik anda. Para peminat dah muak melihat perkara ini.... berikan kepada mereka yang benar-benar berjiwa bola sepak, yang tahu setiap inci berkenaan bola sepak, yang bukan pura-pura pandai pasal bola sepak dan melihat bola sepak ini sebagai sebuah gedung perniagaan.
Jumpa lagi...
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan