Ramai orang boleh melihat tetapi belum tentu mereka nampak apa yang mereka lihat..... dan semestinya mereka yang nampak itu telah melalui proses melihat.... Kenapa begitu ? Melihat dengan sekadar melihat tanpa cuba untuk nampak tak akan mendatangkan kesan dalam pemikiran dan tindakan.... kerana itu masih ramai orang-orang susah hari ini tanpa dibantu oleh orang-orang kaya dan berkemampuan. Melihat dengan sekadar melihat. Lebih ramai lagi yang tidak nampak kekurangan dan kesusahan diri kerana kita hanya sekadar melihat sahaja. Kita tahu kita sedang susah atau belum susah dan mungkin bakal menemui kesusahan suatu hari nanti tapi masih tak nampak keperluan untuk kita bersedia menempuhi saat itu....
Fuhh!! memang sukar untuk menembusi tembok keselesaan yang ada... Allah dah peruntukkan 24 jam itu adalah sebaik-baik waktu untuk kita melalui kehidupan.... uruslah kita masa itu dengan sebaiknya... kalau dijadikannya 24 jam siang dan 24 jam malam sekali pun kita akan terus merasa tiada masa jika kita tidak mengurus masa dengan baik.
Melihatlah kita dengan nampak .... yakinkanlah diri ..... amin.... kekuatan ini perlu dicari... aku juga masih mencari...
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan