BEREHAT SEBENTAR

Jumaat, 26 Februari 2010

NICK VUJICIC...SIAPA DIA ?


Life without limbs

Attitude is Altitude

Mungkin ada yang dah kenal dengan pemilik nama ini... aku terus terang baru malam tadi tahu dan kenal akan tuan punya nama ini. Walau pun tak kenal secara dekat tapi bila aku tengok klip dia rasa macam dia tu dekat jer.... Melalui insan ini sebenarnya Allah cuba nak mengetuk minda dan motivasi kita insan yang serba sempurna ini untuk mengeluarkan kehebatan diri kita....

keluar dari ketakutan... keluar dari ketidakyakinan... keluar dari keraguan.... keluar dari ketidakpercayaan... keluar dari kepompong kesempitan... keluar dari hipokrit.... keluar dari pengaruh negatif... keluar dari kelalaian.... keluar untuk melihat sebenarnya diri kita ada kehebatan yang belum dikeluarkan... Kenapa mesti mematikan sendiri motivasi diri dengan bisikan2 negatif.....

Pada aku anda saksikan sendiri, baca sendiri kisah nick vujicic ini... memang bukan dia seorang sahaja yang boleh dijadikan sumber motivasi tapi dia adalah sebahagian darinya yang Allah kurniakan dimuka bumi ini.... of coz kita orang islam tak ada lain sumber motivasi terhebat kita melainkan Nabi Muhammad SAW tapi ini adalah satu alternatif untuk kita melihat kebesaran dan kekuasaan Allah. Yang penting kita boleh mendapat inspirasi darinya.... Carilah klip2 beliau dari youtube... boleh dijadikan pemangkin semangat kita yang selalu lemah, keyakinan diri yang selalu rendah, ketakutan yang terlalu mencengkam...

2 ulasan:

  1. Dulu aku ingat aku dan rkn2 seangkatan yang membaca kisah kecemerlangan mereka yg kurang upaya..Tahniah.Mengambil inspirasi dari kisah mereka utk mencabar diri dan keupayaan kita.Sesuatu yang sangat baik apabila kita manusia masih mempunyai HARAPAN dan kepercayaan bahawa harapan tetap ada jika mau berusaha.Berbanding en3 'salah petik' mamat yang merempat tu jika benarlah kata-katanya itu maka sahlah dia seorang yang telah PUTUS HARAP.Dalam hidup ini putus harap adalah sehina-hina manusia.

    BalasPadam
  2. Tu lah berputus harap... dalam negara sendiri yang tidaklah mundur dan miskin sangat tapi sayangnya mere tu miskin semangat, miskin jiwa... malas berusaha ketahap sepatutnya... mereka juga mungkin menggunakan perumpamaan dengan cara yang salah untuk membela diri secara salah.... depa tu kena bagi tengok kisah nick vujicic... bg tengok video dia....

    BalasPadam