Memang dah tersurat begini selalu agaknya. Tajuk diatas boleh memberi banyak maksud halatuju yang berlainan. Mungkin boleh jadi maksudnya pandangan kita melihat orang yang sukar untuk berbuat baik ( sentiasa nak buat jahat jer) atau mungkin juga kita sendiri cuba buat baik tapi menghadapi kesukaran atas percubaan itu, atau kita melihat ada orang cuba berbuat baik tapi kelihatan orang itu dalam kesukaran.
Apa pun persoalan dan persepsinya.... seperti satu janji atau resam untuk menuju ke arah kebaikan bukan sesuatu yang mudah baik kepada diri sendiri mahu pun orang lain. Nabi Muhammad junjungan kita pun menghadapi banyak dugaan dan kesukaran untuk mengajak orang berbuat baik. Yang baik itu sukar untuk diseru diajak, besar dugaannya dan pastinya kemanisan disebaliknya adalah kejayaan yang menunggu dihujung terowong. Tabahkanlah hati kepada semua insan yang sedang cuba berbuat baik untuk diri sendiri dan orang lain juga.
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan