BEREHAT SEBENTAR

Jumaat, 5 Februari 2010

'TURN' KITA MENUDUH, 'TURN' ORANG KENA TUDUH

Hari ni perkisahan tuduh menuduh semakin HOT HANGAT dibualkan. Tak kurang hebatnya me dia cetak yang menjadi tukang sensasi berita. Dulu kalau TURN kita ada pertuduhan (belum terbukti bersalah sbb baru kena tuduh) pandai kita kata seseorang itu tidak bersalah sehingga dia dibuktikan bersalah.... media cetak nasional pun menyokong dan mengiyakan kenyataan ini agar orang ramai tidak bertindak melulu menuduh seolah-olah orang kena tuduh itu bersalah.
Tetapi sekarang, hari ini ada pertuduhan lain pulak yang melibatkan orang lain pulak... lain pulak jadinya.... heboh diwar-warkan seolah-olah orang itu sudah bersalah... walhal baru dituduh sahaja... tapi pihak media cetak dah berperanan seperti sebaliknya bunyinya.... Dulu kata seseorang itu tidak bersalah sehingga dia dibuktikan bersalah tetapi sekarang bunyinya macam orang tu dah bersalah walaupun baru dituduh.... atas prinsip apa pemberitaan begini dilakukan... janganlah mendahului mahkamah seperti kata rakanku DUNIAKU..... pemikiran pembaca jangan dipesongkan..... biar perkara ini dibicarakan ditempat yang betul.... dan buatlah laporan yang betul....dan lebih penting lagi buat laporan yang ADIL. Jangan kita buat sesuatu yang bodoh dan akhirnya kita akan kelihatan sangat bodoh....

Tiada ulasan:

Catat Ulasan