Kebelakangan ini semakin ramai yang nak tunjuk pandai... terutama lagi dalam bab hukum hakam agama. Paling dahsyat ada kumpulan yang ada nama berunsur/berkait Islam tapi mempertikaikan hukum agama sendiri.... Kadangkala ada yang nak mengguna hukum logik akal sebagai asas mempertikai hukum agama yang sudah tentu dipetik dari kitab suci AlQuran.... Apa ni? golongan yang konon cerdik pandai tapi lebih nak menyesatkan orang ni boleh terbiar begitu sahaja.... mempertikai hukum agama bukan ka boleh dikira menyesatkan jugak ker? Kenapa suara-suara yang mengancam begini terus bebas berkumandang... Allah dah menurunkan kitab AlQuran untuk menjadi panduan/rujukan bagaimana nak menguruskan kehidupan didunia ni kenapa kita nak pertikai ikut logik akal kita?
Nilah natijahnya jika mengagungkan bangsa lebih dari memperjuangkan agama. Dalam agama ada pelbagai bangsa berbanding satu bangsa yang kecil dan sempit.... Agama itu luas dan bangsa itu kecil/sempit..... aku setuju dengan tulisan Ustaz Asri dalam sebuah akhbar (mingguan) hari ini.... Letakkanlah hukum Islam ini ditempat yang betul dan sepatutnya.... janganlah kita nak tunjuk pandai guna hukum logik akal.... kerana siapa kita nak melawan hukum Pencipta kita...
Allah maha kuasa dah jadikan alam semesta ini lengkap dengan panduan buat rujukan kita kenapa nak fikir ikut kepala sendiri.... Khuatir Allah akan menurunkan balasan/balanya kepada kita (semua akan kena tempiasnya).... tak reti-reti lagi ka ambil pengajaran bala-bala yang menimpa didunia jiran tetangga kita... Nak menunaikan suruhannya pun kadangkala kita tergelincir ni pulak nak tunjuk gagah mempertikai hukumnya... Na'uzubillah...
Sekadar mencoret untuk renungan... yang lemah dan silap itu aku... yang betul dan baik itu dari Allah jua...
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan