Saja aku petik pulak ayat ni dari blog rakanku sahabatku zanxray.... dia petik kat mana tak tau la pulak... Bagi aku kata-kata tu adalah biasa dan pernah didengar... Maknanya sebenarnya luas dan banyak yang tersurat dan tersirat.... berdiam pada ketika mana yang kita diperlukan untuk diam dan berkata-kata pada ketika mana pulak kita perlu berkata-kata.... kita tidak boleh ambil secara terus Cogankata itu akan maksudnya...
Ada perkara yang memang lebih baik kita diam dari berkata-kata dan ada perkara yang kita tak boleh diam dan perlu kita berkata-kata untuk menyatakan/meluahkan pendirian kita agar orang tidak salah tafsir dengan omongan DIAM ITU TANDANYA SETUJU.... nah maka itu tak kan kita nak berdiam diri lagi.... Dalam kehidupan kita secara islam ini pun kita disuruh untuk berkata-kata dalam menegur sesuatu yang tidak kena, jika tidak mampu dengan kata-kata seterusnya ke hati dengan rasa benci dan apa lagi aku pun dah lupa sehinggalah ketahap selemah-lemah iman dan daya kuasa kita... harus kita ambil perduli dengan sekeliling kita...
Tapi biasalah zaman sekarang, ada ramai orang tak boleh terima teguran so macam-macam ugutanlah dan sebagainya agar kita tidak bersuara.... tu yang masalahnya ... kata nak dengar denyut nadi suara jantunglah tapi bila denyut nadi bersuara tak boleh pulak terima kenyataan... so macam mana?
Oleh itu bersuaralah kita kerana suara yang keluar dari mulut kita itu juga merupakan suara yang datang dari hati kita... jika kita tak lepaskannya maka ia akan terbuku didalam hati dan ini akan lebih membawa mudarat baik kepada diri kita mahu pun orang lain ( yang boleh ditegur atau tak boleh ditegur) Bagi yang perlu mendengar... dengarlah dengan ikhlas untuk membaiki keadaan, dengarlah dengan tidak ada perasaan dendam dan sakit hati.... terimalah dengan terbuka untuk kebaikan.... kalau tak tunggu jer la gunung berapi (hati) meletup....
Wel sekadar mencoret bukan mencarut.... yang baik dari Allah yang tidak itu dari kelemahan aku.... Suara-suara yang waras harus didengar secara waras.... jika tidak memang sah-sah anda tak waras....
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan