Satu kata-kata yang nampak macam sama tapi tak serupa. Totalnya sangat-sangat berbeza makna tersurat dan tersirat. Hidup bersaing - bermakna kita sudah dalam keadaan hidup yang stabil dan seterusnya boleh memikirkan atau mengambil langkah untuk bersaing setelah asas kehidupan yang baik telah dipenuhi. Ini boleh juga kita katakan sebagai ZON SELESA. Ramai ke antara kita dalam kumpulan ini.... memang ramai sangat... siapa dalam kumpulan ini? kita dalam kumpulan ni ker? tengok sendiri ler....
Bersaing untuk hidup.... ini yang agak berat.... untuk hidup perlu bersaing. Kebanyakan orang-orang dalam golongan ini hidupnya dalam tekanan. Sama ada tekanan itu akan melonjakkan kejayaan dalam hidupnya atau terus menenggelamkannya. Pada pengamatan aku.... warga asing yang datang ke negara kita adalah manusia yang tergolong dalam kategori ini iaitu BERSAING UNTUK HIDUP. Hidup di negara mereka sangat menekan dan membebankan fizikal dan mental. Oleh itu mereka beramai-ramai datang ke sini untuk bersaing untuk hidup. Persaingan mereka disini sangat-sangat berbaloi-baloi.... Yang datang bekerja sebagai buruh, pembantu hatta yang lebih hebat lagi sebagai peniaga. Kelihatannya mereka ini yang semakin maju kehadapan.
Baru-baru ni aku ke Padang Besar di utara tanah air. Aku perhatikan lebih ramai warga asing yang berniaga. Baik yang berniaga barangan atau makanan. Kenapa mereka? Mana orang-orang kita? ini tanah kita.... ooooo orang kita dah HIDUP jadi tak perlu bersaing (selesa). Hatta sekarang sampai ke selatan tanah air pun warga asing ramai yang berniaga kain baju, makanan dan lain-lain.... mereka inilah yang mengaut keuntungan.... kenapa mereka ? sebab mereka BERSAING UNTUK HIDUP.... KITA ? ditanah air kita cuma sekadar satu pilihan sama ada nak bersaing atau tidak, apa-apa pun kita masih boleh terus hidup. PERSAINGAN hanya satu pilihan.... Kalau nak bersaing, susah... banyak masa nak kena korbankan, banyak pulak tenaga nak kena curahkan.... sayang masa rehat kita bersama keluarga terkorban... terlalu banyak pertimbangan yang mesti diambil kira.... sebab kita dah HIDUP.... PERSAINGAN tu satu pilihan... Orang asing masuk ke sini merebut segala macam peluang yang kita tak rebut.... anak-anak muda lebih banyak membuang masa sebab tak nak kerja yang tak sesuai dengan kelulusan... Inilah dilema kita.... akhirnya nanti ekonomi kita terus bergantung kepada orang... Kita sudah ada kelebihan HIDUP.... dan apa kata cuba kita ambil pula cabaran untuk BERSAING..... sebagai satu kemestian bukan lagi pilihan..... AYUHHHH!!!!!! mari lakukan..... (omputih kata let's do it)
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
jangan kata orang kita tidak macam orang lain.Ada angka telah menunjukkan ramainya orang kita yang senang..mewah..kaya..tidak percaya? cuba tanya pengedar kereta mewah...berapa banyak yang sudah mangaku senang..itu semua orang kita..orang kita telah berjaya dengan multilevel.Tak percaya?
BalasPadamhehe bukan kata tak macam orang lain tp dalam dunia realiti hari ini terlalu ramai orang asing yang kaut kekayaan dlm negara kita. Sampai pekan sehari ada pekan kemboja, kedai runcit org asing, jual pakaian orang asing, jual makan2 pun sangat ramai orang asing... kenapa mudahnya orang asing cari makan kat sini... kita semua dah hebat sangat ke? semua dah pakai keta mewah ke? silap dimana ? sikap org kita atau lemahnya penguatkuasaan... ini realiti, dominasi secara tak sedar oleh orang asing.... tinggal lagi kot dalam multilevel jer orang asing tak masuk... tu yg aku kata kita terlalu selesa dgn apa yg ada... dah HIDUP
BalasPadamDimana silapnya? sikap,penguatkuasaan,sudah pakai atau tidaknya kereta mewah,sudah kuasai pekan atau tidak adalah BUKAN jawabanya.Jawabannya berbalik kepada frasa 'kita sudah selesa' inilah frasa yang membudaya hidup masyarakat hari ini.Jadi 'keselesaan' adalah hak individu.Kalau dengan pakai kereta mewah atau biasa2 itu selesa maka selesalah ianya.Kalau duit atau kerjanya sudah 'selesa' dengan kehidupannya maka selesalah ianya.Yang perlu diperbetulkan..yang perlu dilihat kembali..yang perlu direnung kembali ialah 'budaya selesa' ini.'Selesa' dalam pengertian yang berbilang.Satu contoh:Pernah dipersoalkan,Selesanya kita dengan sistem kewangan,banking yang berteras RIBA yang jelas HARAM walau apa nama sekalipun.Kenapa selama dalam 200 tahun sebelum dan selepas kewafatan Nabi SAW,perkara ini HARAM dan diPERANGI dan kemudian hari ini benda-benda ini BOLEH..HARUS..pulak...kerana kita sudah SELESA selama beratus-ratus tahun bermula perang Napoleon dan Krisis Kerajaan Uthmaniah.Keselesaanlah yang menyebabkan kita kurang mahu berubah.Keselesaanlah yang membuah fikiran negatif.Keselesaan tidak boleh berubah dengan sekelip mata.
BalasPadamMaaf jika maksud 'keselesaan' aku dan ko berbeda.Tetapi gaya bahasa aku dan ko ini ada menjurus titik pertemuan dlm bicara budaya selesa ini.Cuma matlamat mungkin agak berbeda. Dan kita ini MANUSIA...perbedaan adalah UNIK..