Haha saja aku buat tajuk N3 ni macam tu sebab nak buat kelainan iaitu lain tajuk lain isinya... sebenaknya aku nak cerita kat sini ialah setiap dari kita pastinya pernah cuba untuk melakukan perubahan dalam kehidupan kita tapi tak berjaya dalam bahasa lain GAGAL. Kenapa agaknya kita tak berjaya, sukar berjaya dan tak da harapan nak berjaya....?
Pada aku salah satu jawapan (ada banyak jawapan... ikut masing-masing la) yang ingin aku 'highlight'kan ialah kenapa kita sukar nak mengubah kehidupan ialah kerana kita tidak bersedia untuk mengubah kebiasaan kita. Nak mengubah kehidupan ni bukan satu agenda kecik sebaliknya agenda besar..... jadi kepada sesiapa yang berniat mahu mengubah kehidupannya haruslah bersedia akan dia untuk mengubah kebiasaannya terlebih dahulu.... apakah kebiasaan itu ? sendiri tengoklah dalam kehidupan sendiri apakah kebiasaan yang tidak membantu sendiri mengubah kehidupan sendiri....
1. Nak kehidupan yang lebih baik, ubahlah kebiasaan yang disangka dah baik.
2. Nak kehidupan yang lebih seronok, ubahlah kebiasaan yang menyeronokkan.
3. Nak kehidupan yang lebih selesa, ubahlah kebiasaan yang terlalu selesa.
4. Nak kehidupan yang lebih mewah, ubahlah kebiasaan yang biasa-biasa.
Yang lain-lain korang fikirlah sendiri apa yang patut diubah....kebiasaannya untuk mengubah kehidupan anda.... itu pun kalau hampa rasa nak ada perubahan kalau tak teruskanlah kebiasaan yang ada.....
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan