BEREHAT SEBENTAR

Jumaat, 12 Februari 2010

KITA ADALAH APA YANG KITA FIKIRKAN...

Rasa macam pernah aku kupas tajuk ni..... tapi tak palah biar pun pernah yang pastinya buahku kali ini pastinya berbeza.... semalam aku menghadiri pembentangan satu tajuk yang sangat menarik bagi aku iaitu THE SECRET OF LAW OF ATTRACTION atau kata bahasa melayunya RAHSIA KUASA TARIKAN.... mungkin ada diantara anda pembaca blogku ini sudah pernah membaca atau menonton tentang tajuk tersebut dan aku pasti anda sudah memahami akan hukum tarikan tersebut dan sedang pun mempraktikkan perlakuan yang sebenar agar hukum tarikan yang positif akan datang MENGORBIT diri kita setiap hari.....
Segala hidup ini sememangnya adalah ketentuan dari ILAHI... tetapi kita tidak disuruh dengan hanya duduk berdiam diri, berdoa maka akan jatuh rezeki dari langit didepan mata kita.... Kita disuruh untuk berusaha disamping berdoa, beristiqamah dan tidak putus-putus menjaga HUBUNGAN BAIK kita dengan ALLAH SWT ( menunaikan yg fardhu setiap hari, melakukan yang disuruh dan meninggalkan segala yang dilarang). Apakah sehingga hari ini HUBUNGAN BAIK kita dengan ALLAH benar-benar cukup baik..... atau hanya baik apabila kita sakit atau ditimpa kesusahan? Inilah hakikat persoalan yang sering menghantui setiap individu dalam kehidupan mereka....
Kita disuruh berusaha seolah-olah kita akan hidup seribu tahun lagi dan kita diingatkan agar menjaga ibadat kita seolah-olah kita tahu yang kita akan menemui kematian pada keesokan harinya... kita jangan bersederhana atau berhenti berusaha dengan menjadikan orang yang lebih kekurangan dari kita sebagai batu pengukur yang akan membuatkan kita terus ketinggalan sebaliknya sebaik-baiknya kita wajib berusaha lebih selebih-lebihnya dan teruskan berusaha agar kita boleh mengatasi orang yang jauh dihadapan kita.... ini yang terbaik sebenarnya... kenapa kita harus tanamkan rasa bersederhana sahaja dalam meningkatkan taraf hidup kita? Apabila sederhana atau minimum sahaja usaha kita maka itulah juga hasil yang akan kita capai...
Nak mengangkat martabat diri, agama, bangsa dan negara segala usaha perlu dimaksimakan maka sesudah itu berdoalah kita agar ALLAH SWT memberi perkenan dan kita akan beroleh hasil yang maksima juga.
Disinilah lahirnya ungkapan KITA ADALAH APA YANG KITA FIKIRKAN.... sedar tak sedar tindak tanduk perlakuan kita adalah hasil dari apa yang kita fikirkan. Dari mana datangnya pemikiran itu.... mengikut pengetahuanku ia datang dari MINDA SEPARUH SEDAR kita. Setiap dari kita mempunyai MINDA SEPARUH/SEPARA SEDAR ini. MINDA SEPARUH SEDAR ini pula sebenarnya akan bertindakbalas hasil dari maklumat yang minda sedar kita salurkan kepadanya.... Jika banyak maklumat, perkataan, ayat, visual, audio dan sebagainya yang negatif masuk ke MINDA SEPARUH SEDAR kita maka ia akan memprosesnya dan bertindakbalas mengeluarkan cas-cas NEGATIF berbentuk pemikiran dan perlakuan.... dan begitulah sebaliknya...
Lebih kurang beginilah contohnya.... jika kita fikirkan kita lemah dan selalu lemah maka kita akan jadi lemah dan kelihatan lemah.... jika kita fikirkan kita ini bermasalah tak habis-habis maka kita akan dalam masalah sentiasa dan kelihatan bermasalah.... jika kita fikirkan kita ini sudah terlalu tua maka kita akan jadi tua dan kelihatan tua..... jika kita fikirkan kita tak akan maju kehidupan kita maka kehidupan kita memang tak akan maju dan kelihatan ketinggalan.... jika kita fikirkan kita cukup dengan apa yang ada (berbeza dengan bersyukur dengan apa yang ada) maka itulah juga yang kita dapat dan kita akan kelihatan.... jika kita berserabut pemikiran maka kita akan berserabut juga dalam penampilan dan kelihatan berserabut.... dan begitulah sebaliknya jika difikirkan yang positif maka segala yang positif juga akan diserlahkan diluarannya.
Sebagai pengajaran kepada diri aku sendiri terutamanya dan kepada orang lain yang sudi mengambil pusing akan N3 ku ini aku mohon kepadamu YA ALLAH BERILAH AKU KEKUATAN, BERILAH AKU KESEDARAN, BERILAH AKU KEYAKINAN DAN PETUNJUKMU SELALU akan atas apa jua segala yang aku lakukan biarlah ianya dilandasan yang benar dan KAU redhailah hendaknya YA ALLAH... TINGKATKANLAH YA ALLAH ORBIT-ORBIT POSITIF DISEKELILING TUBUHKU.... agar aku sentiasa kelihatan positif dan mampu untuk menarik orang lain juga menjadi POSITIF demi untuk kebaikan mereka juga.... Sesungguhnya YA ALLAH itu saja yang mampu aku sumbangkan buat rakan-rakanku YA ALLAH YA RABALALAMIN..... AMIN AMIN YA ALLAH..... sekian jumpa lagi...
(setiap kesilapan yang ada anda temui dalam N3 ini maafkan aku... kerana aku sedang meningkatkan kelebihan (kuasa positif) dariku, maaf juga jika kita tidak sependapat)

1 ulasan:

  1. Ya aku setuju dengan Concern.Dan aku setuju denga ko "Kita adalah apa yang kita fikirkan".Cuma nak tambah "jika kita fikirkan boleh..maka kita boleh melakukannya",.Meminjam kata-kata Sifuku..."Langkah yang diatur hendaklah tetap..tersungkur..bangun kembali..menoleh kebelakang untuk perbaiki yang dihadapan..kejayaan yang diperolehi dari kepayahan adalah kejayaan tulen dan unggul.Hanya yang berani gagal akan berjaya",.Dan sambungnya lagi.."Jadikanlah nikmat yang diperolehi dapat dikongsi semua orang dan memberi pula manafaat kepada manusia dengan penuh kasih sayang serta takwa",.Semoga ko,aku dan mereka semua beroleh kejayaan...amin.

    BalasPadam