BEREHAT SEBENTAR

Rabu, 10 Mac 2010

DUK BAWAH TEMPURUNG SENANG KENA TIPU...

Maaf la awal-awal cakap pada guest yg komen pada N3 sebelum ni... tak masukkan nama sbb tak perasan atau nak selindung. Tak kisah la... kawan ka tak kawan ka aku dah minta maaf awal-awal sbb takut ulasan aku ni membuat guest rasa tak selesa...
Yang aku tak tahan tu tang komen duk bawah tempurung... kita semua faham apa maksud ayat tu.... mcm yg dah aku ulas sikit kat chatbox tu la.... tapi kurang jelas lg aku rasa so aku ulas kat sini sebagai N3 pulak....
Ini pandangan aku nak menyangkal aku bukan manusia yg diibarat duk bawah tempurung seperti maksud guest yang kononnya duk diluar tempurung....
Bagi aku tak ada masaalah pasukan bolasepak kita nak diexpose kat mana sekali pun... hatta ke liga inggeris, sirie A, La Liga atau mana-mana liga terbaik didunia... bukan setakat liga dislovakia yang tak terkenal tu... secara tak langsung dapat gak kita seluruh rakyat Malaysia tengok team kesayangan kita bermain secara life di astro... lebih hebat lagi dapat beraksi dengan kelab-kelab hebat seperti ManU, Arsenal, Real Madrid, Barcelona, Ac Milan, Inter Milan... aku akan rasa bangga walau pun mungkin kena belasah teruk pada mulanya... tapi yang pastinya akan ada peningkatan dari masa ke semasa akan dicapai dengan berkat usaha, kesabaran dan doa seluruh rakyat Malaysia. Pengalaman yang lagi hebat dapat pemain Malaysia rasai... Satu dunia tengok game2 diliga-liga hebat ni... secara tak langsung bleh membuka mata kelab2 terbaik bahawa ada pemain Malaysia yg berpotensi kalau diberi peluang... ni main kat liga Slovakia... dunia mana yang beri perhatian dengan liga negara tu.... Astro negara kita pun tak ambik siaran liga Slovakia...
Alang-alang nak membayar untuk bermain dan expose biar betul-betul hebat dan buat secara berterus terang.... jgn ingat masih ramai orang-orang yang macam guest yg mungkin duk bawah tempurung lagi sebab ok jer klu kena tipu pun... aku tak bleh sbb aku tak duduk bawah tempurung... aku ada aku punya edu. minda, prinsip dan dunia terbuka yang luas.... ni bukan zaman tv hitam putih, maklumat susah sampai.... kalau mcm tu baru betul zaman katak bawah tempurung (zaman guest kot)
Kita boleh berbelanja besar utk F1 apasalah kita berbelanja utk sukan kegilaan ramai ni...bolasepak.. bagi aku tak dak hal... kalau mampu... asal dah tak ada rakyat yg tak makan atau tak cukup makan, tak ada rakyat yg merempat sebab tak ada rumah, tak ada rakyat yang tak boleh belajar setinggi mana yang dia mahu.... apa ada hal kalau nak keluar duit untuk kualitikan team Malaysia.... aku sokong!!! sbb aku mmg cintakan bolasepak negara.... tapi aku tak berapa suka kalau tipu2 ni... pepatah pun ada kata SIAKAP SENOHONG GELAMA IKAN DURI, BERCAKAP BOHONG, LAMA-LAMA MENCURI... ni pepatah orang lama... bukan aku yang pandai-pandai reka noh....
So bagi aku dah jelas... nak dedah, dedah dengan cara yang terbaik dan telus.... nak pi hantak anak main bola kat mana pun pastikan dulu barang dapuk dirumah dah cukup, belanja anak-anak yang lain tak terjejas, duit nak bayar bil ada, duit susu anak2 yang lain ada cukup, duit nak bayak keta ada.... hantak pi tang mana pun.... faham kot noh? ibaratnya.... kalau tak faham gak... pi masuk balik bawah tempurung supaya orang lain boleh terus2an tipu anda...
Awal lagi tadi aku dah cakap i'm sori..... aku nak kata apa yang aku rasa patut aku kata.... nak betulkan persepsi yang salah....
*** klu guest maksudkan yg team Malaysia main bawah tempurung... lain la pulak ceritanya.... aku tak anggap dunia kita dunia bwh tempurung tapi adalah faktor2 yg membuatkan ia kelihatan seperti bawah tempurung antaranya lantera penipuan ke slovakia tu sbg contoh menempurungkan.....

Tiada ulasan:

Catat Ulasan