BEREHAT SEBENTAR

Selasa, 8 Mac 2011

YAHOO.... YABEDABEDU....

Yahoo.... yabedabedu..... petrol akan dinaikkan harga lagi.... alangkah bahagianya jika petrol ni tak payah subsidi langsung jadi tak timbul dah isu rakyat negara asing boleh senang-senang beli petrol murah kat sini..... mana bolehhhhh.... dah la kehidupan di negara dia dah ok... nak lagi ok... dengan beli minyak murah di sini.... elok sangatlah disegerakan penghapusan subsidi minyak ni kerana kita perlu menyelamatkan kerugian yang kita tanggung sebab orang asing ni. Lagi pun mandat semakin kuat dan ini isyarat sangat jelas hamba rakyat merestui apa saja kerana itu pastinya kebaikan untuk negara tercinta.
Apa lagi masalah yang membelenggu kita dengan rakyat asing ? tak dak dah kot .... melainkan kerana minyak petrol ni.... Tak sabar sungguh nak merasa mengisi minyak pada harga tanpa subsidi ni.... Janganlah kita bimbang dengan kenaikan harga barang berikutan kenaikan petrol sebab tak pernah pun berlaku kenaikan kos sara hidup kita kerana kenaikan harga petrol ni. Kalau ada pun itu semua hanya mitos... rekaan mereka yang sengaja mereka-reka cerita.... dengkilah tu..... harga barang dunia semua naik.... jadi apalah kuasa negara ni nak kawal harga barang.... ini yang orang ramai tak faham yang tersurat dan tersirat. Nak kata orang kita hidup susah.... pi lah tengok dimana-mana sahaja tak kira siang atau malam kedai mamak, kedai nasi ayam, kedai resepi rahsia, kedai ayam goreng tangki, kedai mat danal, kedai2 tom yam.... semuanya sentiasa penuh dengan pelanggan.... belum lagi kedai bak bintang, putihnya kopi dan lain-lain.... sentiasa penuh dan meriah dengan pelanggan.... tak kisah harga minuman segelas 7-8 ringgit pun, makanan 12 ringgit sehidangan.... makna kata duduk makan sekali habis 20 - 30 ringgit biasanya.... tu belum lagi duit isi petrol.... apa ada hal.....
Kesimpulannya inilah masa yang sesuai menaikkan harga petrol yang tak akan mempengaruhi atau memberi apa-apa kesan negatif kepada orang ramai.... lebih baik lagi kalau ron95 pun di apungkan juga harganya..... bila naik naik..... kalau turun tak yah turun sebab lekat kat dinding.... haha.... tu baru cerita kedai makan..... belum lagi yang clubbing, melancong luar dan dalam.... buat parti2 suka ria.... semua orang banyak wang..... banyaklah alasan nak bantah kenaikan harga minyak.... fikirlah positif sikit.....

2 ulasan:

  1. hahaha....ayoh!..tak lama lagi akan 'raya'...isyarat jelas...rakyat suka!...rakyat dah mewah...senang...kaya...harga getah melambung..penoreh dapat Rm7ribu sebulan..org felda,felcra,risda...org sabah sarawak semua dah senang...semua gumbira..riang...tahun ini kalu pangkah tentu nya barisan kita tu menang...ayoh susun barisan..rapat2..kalu menang semua barang naik pon tak pa...rakyat gumbira...rakyat dah senang...jom-jom..pangkah barisan...inilah barisan kita yang ikhlas berjuang.

    BalasPadam
  2. memanglah sekarang ni orang ramai sedang hidup senang... mungkin terjadi juga sikap angguh seperti nak cari duit syiling 50 sen yg jatuh dalam gelap,bakar wang kertas rm10 utk menyuluh mencari syiling yang hilang. Semua orang senang jadi siapa lagi yang susah? dah tak da dah orang susah, dah tak da dah org makan nasi smggu sekali, rumah yg layak dipanggil reban... semua ni dah tak da dah.... dah tak da dah nyawa2 melayang kerana tak cukup duit utk dapat rawatan terbaik... dah tak da dah... nilah hebatnya PEMBANGUNAN, PEMBANGUNAN, PEMBANGUNAN.... yang membawa sejuta kebahagiaan.... kehidupan hari ini pun semakin bertamadun, gejala sosial pun DAH MAKIN KURANG, KES BUNUH DIRI PUN HAMPIR TAK ADA, ALONG SEMUA DAH TAK LEH CARI MAKAN, hasil PEMBANGUNAN yang sangat mampan masyarakat pun nampaknya semakin baik, stabil dan bermaruah. RASUAH pun dah tak ada sebab semua orang dah hidup senang... duit sudah banyak dan hampir seperti tak bernilai... nak rasuah buat apa ? hebat-hebat....YES!!

    BalasPadam