BEREHAT SEBENTAR

Jumaat, 4 Mac 2011

ISLAM... ALAT? .... DIPERALAT ?

Semua orang tahu Islam itu adalah sebuah agama suci yang berlandaskan ajaran dari alquran. Al-quran pula adalah wahyu yang diturunkan oleh Allah swt kepada pesuruhnya Nabi Muhammad s.a.w . Kenapa Al-quran diturunkan agaknya? sudah tentu sebagai panduan kepada umat manusia dalam merencanakan hidup yang baik dan diredhai Allah s.w.t . Melalui pesuruhnya Nabi Muhammad s.a.w seruan/ajaran dari Al-quran disebar luaskan ke serata alam mengajak umat manusia bernaung/berpayung dibawah satu daulah iaitu Islam.
Tidak kira apa keturunan, warna kulit, bahasa pertuturan, bentuk geografi mukabumi dan banyak lagi faktor-faktor lain, tujuan hanya satu memimpin umat manusia ke jalan yang benar lagi diredhai oleh Allah s.w.t pemilik segala alam maya ini. Untuk melengkapkan rukun iman seseorang itu wajib percaya kepada Al-quran.
Siapakah yang perlu kepada Al-quran dan Islam ini ? sudah tentu manusia. Tidak mungkin kambing, lembu, ayam dan itik. Oleh itu manusia perlu memperalatkan Al-quran untuk aturan hidup yang lebih berkat dan diredhai dimukabumi pinjaman ini.
Malangnya hari ini, manusia jahil, sengaja mau jahil, buat-buat jahil dan dijahil seperti tidak mahu percaya kepada Al-quran (Islam) Islam pada mereka hanya ibadah seperti sembahyang, puasa, zakat dan lain-lain yang mudah dan tidak menghalang/menyekat mereka berbuat sesukahati dimuka bumi bertuah ini. Islam bagi mereka bukan satu cara hidup sebab mereka tidak memperalatkan islam sewajarnya sedangkan sememangnya agama Islam itu diturunkan adalah untuk diperalatkan atau dalam bahasa lain digunakan sebagai panduan hidup.
Sebagai contoh mudah... kita membeli sebuah motosikal dan sememangnya kita tahu akan fungsi motosikal itu akan tetapi kita tidak mahu memperalatkan/menggunakan motosikal atas pelbagai alasan yang tidak masuk akal. Sepatutnya kita tunggang/peralat motosikal itu untuk ke satu destinasi yang jauh tetapi kerana KEDUNGGUAN segelintir pemilik motosikal ini mereka tidak memperalatkan/menunggangnya , sebaliknya memikulnya dibahu dan terus berjalan kaki menuju ke destinasi. Tak ke BANGGANG tu namanya. Lepas tu siap buat kenyataan JANGAN MEMPERALATKAN MOTOSIKAL SEBAGAI TUNGGANGAN ( fungsi sebenarnya) .... tak ke bodoh bangang namanya tu....
Tak faham atau buat-buat tak faham ? Malang sungguh mereka ini. Patutlah masalah sosial semakin meruncing sejak akhir-akhir ini sebab mereka tidak mahu Islam itu diperalatkan/digunakan. Apalah gunanya pak-pak alim ulama yang ada disekeliling ramai-ramai kalau benda 'simple' macam ni pun tak faham. Aku jahil tetapi rasanya tak sejahil pak-pak alim pengampu semua. Buktinya aku boleh fikir dan bleh menerima Islam itu sememangnya untuk diperalat/digunakan.
Malang sungguh mereka ini. Cuba menunjukkan kepandaian tetapi semakin terserlah kebodohan. Semakin hari makin nampak bodoh. Bukan setakat nampak bodoh tetapi sahih bodoh. Nak bodoh pun bodoh sendiri sudah la.... janganlah nak ajak orang lain bodoh sekali. Islam memang untuk digunakan bukan untuk disimpan dalam lemari cermin yang diletak disudut gelap dan ditutupi pulak dengan kain hitam. Islam bukan milik siapa-siapa.... Islam adalah milik semua dan untuk semua. Islam menyatukan manusia yang pelbagai kaum keturunan. Dalam Al-quran/ Islam tak ada kata sesuatu bangsa itu amat mulia/hebat. Marilah berfikir secara rasional tentang perkara ini. Jangan tutup fikiran dengan selaput kebodohan kerana dikhuatiri BODOH itu akan kekal dari dulu, kini dan selamanya. Subhanallah!!! wallahualam....

2 ulasan:

  1. Assalamualaikum wrt...tajuk menarik.kekadang ingatan yg wajar semacam ini tidak diendahkan."Tak faham atau buat-buat tak faham ?",..tak faham mungkin kerna tak tahu..faham tapi buat-buat faham itu "bijak"...."bijak" untuk memelihara kepentingan diri atau untuk untung sendiri...ini banyak yg dilakukan...bukan "bodoh" tapi "bijak"...yang "bodoh"nya yang tak mau guna akal..asyik dengar kemudian angguk.Kekadang yg diangguk itu pun tak faham.Tapi angguk juga...angguk dan mengiyakan tanpa guna akal inilah bodoh yg dulu,kini dan selamanya.Quran,sunnah...itu addin..addin..cahaya yg menyuluh jalan..Islam itu tunduk..quran dan sunnah itu penyuluh...tunduk dan guna penyuluh untuk berjalan dalam 'gelap'...guna akal...inshaallah akan bertemu 'jalan' yang diredhaiNya...kalu tidak terjerangkang dalam longkang kerana jalan mendongak atau tak guna penyuluh...moga-moga kita dirahmatiNya..amin.

    BalasPadam
  2. beginilah jadinya bila kuasa dan kebendaan menguasai diri. Islam hanya nak diambil dan guna bila yang perlu2 saja. Yang lain dikesampingkan. Golongan inilah yg selalu marah bila orang memperalatkan Islam untuk kepentingan diri mahupun orang lain. Oleh kerana banyak nyer kerja2 yang dibuat tidak selari dengan hukum Islam sebab itu mereka ni tak suka orang memperalatkan Islam kerana khuatir ramai orang akan sedar kesalahan mereka selama ini.... mereka lupa tidak selamanya mereka boleh mempermainkan hukum Allah. Berlakon depan manusia mungkin mereka berjaya, tetapi berlakon depan Allah mereka ni pastinya keji.... dasar tak sedar diri... semuanya kita pinjam dari Allah....

    BalasPadam