BEREHAT SEBENTAR

Jumaat, 25 Februari 2011

APA PUNYA RISAU LA...

Apa punya risau la dengan kenaikan harga minyak dunia. Kerisauan kita nampak sama risau dengan negera-negara yang tak ada keluaran minyak. Kadangkala kedengarannya lebih risau pun dari negara yang tak ada keluaran minyak.
Betapa hebatnya tekanan bila minyak dunia naik. Betapa punya besar pembelaan yang dilakukan untuk rakyat bagi menangani kenaikan harga minyak dunia. Bukan ke kalau harga minyak dunia naik, negara-negara yang ada keluaran minyak juga dapat kesan positif hasil dari kenaikan harga. Lebihlah keuntungan diperolehi oleh negara yang ada keluaran minyak.
Kalau begitu bolehlah ditampung untuk harga jualan minyak tempatan. Tak gitu kah pada aku yang naif dengan urusan ekonomi ni.....

2 ulasan:

  1. Assalamualaikum wrt.
    Harga minyak dunia melonjak...satu ironis buat negara pengeluar minyak.OPEC dan seangkatannya punyai kuasa tentukan harga pasaran bagi komoditi ini.Dan yg sering bermain dibenak kita ialah kenapa bila harga minyak naik..maka negara kita pun menaikkan lagi harga minyak jualan dalam negara.Apakah hasil jualan petrolium ini tidak banyak? Apakah tidak boleh ditampung agar sebagai negara yg punyai hasil minyak sepatutnya harga jualan dalam negara murah.Mengapa ini tidak terjadi? dalam kontek 'nak buat duit'..jual ke pasaran dunia harga tinggi...akan untung.Proses dan kemudian jual dalam negara dengan harga pasaran dunia..untung lagi.Import minyak luar masuk negara..ada cukai..jual dlm negara ada cukai lagi...ini pon untung juga.Berapa kali untung?
    3 kali lipat untung!.....UNTUNG itu matlamat perniagaan...samada diurus sendiri atau kerajaan..semua nak untung...rugi JANGAN.Riwayat bahawa 99% perkerjaan ialah perniagaan.Namun...falsafah perniagaan yg dibawa oleh Nabi SAW itu tidak pernah langsung diterjemahkan...yang direalisasikan ialah berniaga itu untung.Saranan Nabi SAW ini adalah topeng semata-mata.Hak merasai kenikmatan atas anugerah Tuhan kekadang tidak dinikmati bersama.

    BalasPadam
  2. satu usaha terancang yang agak nakal (bahasa berlapik) dengan membuat keuntungan semaksimanya, semahunya. Kalau pun nak mahalkan harga minya ikut pasaran dunia... nilai pendapatan juga ikutlah negara yang mahal harga minyak tu. Hasil mahsyul negara yang banyak tu dibawak ke mana? perit hidup semakin terasa.... sakit dalam hati semakin membengkak.

    BalasPadam