Setelah agak sekeian lama aku menunggu dan membuat persediaan, tibalah masanya hari ini 24 oktober 2009 untuk aku mencuba nasib bertarung dengan jaguh-jaguh yang saban tahun mendominasi pertandingan. Memang pencapaian aku dalam siri-siri kejohanan yang lalu tidaklah begitu memberangsangkan. Samalah juga dengan aktiviti dalam berkayuh, walaupun krem tetap ku gagahkan kayuhan sehingga garisan penamat, begitu juga dalam sukan boling ni ... selagi aku tak beroleh kejayaan selagi itu aku akan terus memburunya kerana aku yakin aku boleh berjaya... untuk kesekian kalinya hari ini aku melangkah untuk menguji keupayaanku.
Dari rakan-rakan pengunjung setia blog doakanlah kejayaan untuk aku....
Barilaan...
Tiada ulasan:
Catat Ulasan