BEREHAT SEBENTAR

Khamis, 8 Oktober 2009

LAGI POLITIK

Bagi aku rasanya lebih senang aku membicarakan ( bukan bicara kat mahkamah tu) tentang perihal kehidupan ni ( pasal politiklah ) dalam bentuk yang begini... bersahaja, santai... ringan-ringan...ish!.. bukan ringan-ringan yang tu tu... tapi ringan tak buat kepala otak serabut walau mungkin gaya penulisan aku agak kelam kabut.... apa yang penting!!.... bukan kerjasama ( cam wonder pet tu)... sebab dalam hal politik ni agak susah nak dapat kerjasama kecuali ada ehem..ehem.. bagi yang suka ehem...ehem dan banyak ehem... ehem... politik ehem...ehem... ni politik cari makan... cakap pasal politik cari makan ni... pada aku ada dua golongan.
Yang pertama dia kena ehem...ehem...supaya nampak macam ehem...ehem sebab nak cari makan... kena bergerak... kalau tak gerak... tak makan... tetapi pada dasar dan prinsip fahamannya adalah berbeza dengan apa yang kita pandang diluaran. Orang putih kata 'playsafe' (dengan izin) melayu kata mainselamat. Orang dalam kumpulan ni raaaaaamai.....(kata gaya mcm ahlil nujum) sebab keadaan berpolitik ditempat kita ni yang tidak betul2 terbuka... banyak tersekat dan melekat, kena jaga jugak kepentingan hidup seharian... cam aku kata tadi la...cari makan...tak gerak...tak makan...
Yang kedua adalah golongan yang terus terang.... tanpa selindung... yang ni pun raaaaamai juga .... tapi kebanyakkannya ... ghojer sendiri le yop.... sebab mereka boleh dikatakan bebas... kurang tersekat dan melekat... tapi bebas pun tak sebebas mana sebab ada benda lain lagi yang sentiasa jaga dan sedia untuk menerkam rakus kalau salah langkah.... bukan bermakna mereka ni tak perlukan ehem...ehem.. tapi mereka ni bersumberkan ehem...ehem... sendiri.... sama gak kena gerak gak... kalau tak gerak... tak makan gak...
Ada banyak lagi lapisan dan bentuk golongan manusia ni berpolitik, ni baru yang pertama dalam rangkai kata ahlil nujum yang lawan pak belalang.... satu.... baaaaaanyak.... belum lagi yang dua .... sikit..sikit.... yang ketiga .... jaghang...jaghang.... dan yang paling best ... yang ke empat ...(baca ni buat gaya tangan kena buat sekali cam ahlil nujum tu...) kad..dang.... kad..dang.... (hahaa baru syok sekali dengan gaya tangan).
Politik pada aku adalah seni dalam kehidupan. Bukan setakat berpolitik untuk berkuasa memerintah sahaja tetapi seluruh kehidupan ini ada nilai dan seni politiknya. Politik bagi aku juga saling berkait dengan agama. Dalam berpolitik harus ada agama dan dalam agama juga ada politik ( bukan berpolitik)... Agama dan politik tak boleh dipisahkan sebab kedua-duanya saling berkait dengan kehidupan.... so macam mana kita boleh nak pisahkan...? Hidup kita menuju mati... mati itu satu perjalanan ke akhirat... kita dah diajar... apa yang kita buat sekarang... akan dipersoal diakhirat nanti... so!.. tang ruang mana yang kita boleh berpolitik tanpa memikirkan kesannya kepada diri kita diakhirat nanti( berkait agama la ni)... tak dak!... tak dak ruang langsung bagi kita nak kata ini hal dunia sahaja... tak dak kena mengena dengan akhirat... sedangkan ada ayat yang selalu kita dengar Allah itu akan menghitung/nilai setiap amal kebaikan mahupun kejahatan dari sekecil-kecil zarah..... zarah tu perlambangan pandangan yang cukup kecil dah tu.... mata kasar tak boleh nampak... semua akan diperhitungkan didepan Allah swt kelak... jadi disini kita kenalah prihatin banyak bukan sikit... kena faham banyak bukan sikit... ( bukanlah bermaksud aku ni terlalu faham sangat, kita sama-sama cuba belajar dan memahami situasi) hidup disini untuk buat bekal hidup diSANA kelak yang kekal abadi... tak yah politik-politik masa tu....
Ringkas ceritanya dalam politik (seni kehidupan) kena ada agama... dan dalam agama juga ada politik... sebab kita masih bernyawa... kalau dah tak bernyawa... barulah tamat riwayat politik kita...
Meminjam kata-kata duniaku... maaf jika kita tidak sependapat...tapi inilah pandanganku... dan sememangnya kita dijadikan berbeza-beza agar kita boleh berbicara.... berbicara untuk bercambah fikiran... mengasah minda disamping bergumbira... seronok gak cita bab ni... selang seli la dengan topik lain kalau ada... barulah hidup kita berwarna warni... TAPI!... biarlah berwarna warni luar dan dalam... jangan kat luar ja berwarna warni tapi kat dalam sentiasa hitam... wah!... bicara politik lagi... aku dah kata... selagi kita hidup selagi tu kita berpolitik... paling penting kita kena jaga politik kita untuk menuju kehidupan yang kekal abadi ( bukan adabi) fikir-fikirkan lah... yang baik datang dari Allah ... yang lemah dan silap tu datangnya dari kelemahan aku... 73... rumpa...dan rumpa lagi....
Wassalam..... Barilaan...

1 ulasan:

  1. Sapa tak nampak..dia anak h^&*$..(filem sama le kot).
    Ya politik ini ada 2 jalan.1 p neraka dan 1 membawa keredhaan Ilahi.
    Namun hari ini dlm konteks negaraku nampaknya parti politik telah 'mencandukan' agama.lupakan mic mca gerakan.Point terus UMno dan Pas...2 puak yg sama2 ngaku 'tingginya' keislaman ini GAGAL bersatu walaupun menyembah Tuhan yg sama.Kerana apa? kerana Agama telah dipusing2kan hingga jadi komplicated (dgn izin..)atau dalam istilah mudahnya 'ikut suka hati'...agak menguntungkan guna..agak rugi..lupakan..jadi sampai bila pun titik pertemuan tidak akan jumpa.
    Maaf jika tidak sependapat...aku bukan yg 'berbaris' atau 'berkeris' atau 'berbulan' atau 'berpakat' jauh sekali komunis,kapitalis,sosialis...cuma mencari erti agar bisa jadi hujah dihadapan yang Esa nanti.

    BalasPadam