BEREHAT SEBENTAR

Ahad, 25 Oktober 2009

KALAU BERKALAU

KALAU.....satu perkataan yang entah sejak bila ianya muncul dan diciptakan. Dengan adanya perkataan ini membuatkan kita menyedapkan/memujuk hati yang kecewa, dan adakalanya melengkapkan betapa bertuahnya/nasib baik kita kerana.....
Istimewa betul patah perkataan yang bernama KALAU ni.... jika nak banding dengan perkataan lain... antara contoh penggunaan perkataan kalau :
" Nasib baik kita berhenti rehat dulu tadi.... KALAU tidak kita pun sama terlibat dalam kemalangan tu" - bertuah/nasib baik
" Tak palah kali ni rezeki depa nak jadi juara, KALAU tak dak yang kalah bukan main namanya..." - memujuk hati yang kecewa
" Fuhhhh! besar dan cantiknya rumah tu.... KALAU lah rumah tu aku yang punya....."
" KALAU lah aku banyak duit, semua hobi yang aku suka aku dapat buat .... "
" KALAU aku ikut tadi... aku pun mungkin terbabit sama... "
" Awat hang tak mai...? KALAU hang ada tadi mesti lagi best....." - ayat perangat
" Hang kira baguih oooo.... KALAU aku awai lagi aku buh penampak....." - ayat racun
" KALAU lah aku dapat ulang balik waktu, aku nak buat semula apa yang tak dapat aku capai sebelum ni...."
Begitulah serba sedikit kisah KALAU BERKALAU.... sampai sekarang aku masih ingat kata-kata seorang sahabat aku suatu masa dulu tentang KALAU ni... dia kata... " KALAU asyik BERKALAU hang gumpal satu kertas, buang dalam parit ... dia boleh hanyut sampai ke Mekah..." aku dah pikir maksud ayat dia tu... korang cubalah fikir ikut tafsiran korang...
Walau apa pun perkataan KALAU ni memang tak bleh lari dari digunakan saban hari dalam kehidupan kita.... dari yang tua sampai ke yang muda... dari pemimpin sampailah ke rakyat.... sebagai contoh ... " KALAU tuan-tuan undi ....... , kita akan pastikan kawasan tuan-tuan ini dibangunkan menjadi........" tu kata pemimpin2 yg berkempen dlm p/raya... tak payah berKALAU la KALAU hg dah pegang kuasa memerintah.... memang jadi tanggungjawab hg untuk buat semua kerja tu..... KALAU tak jgn memerintah... bagi jer kat orang lain... tu cite politik la....
Bagi aku sendiri dalam permainan boling semalam.... KALAU lah aku boleh main bagus mcm masa trainning .... dah tentu aku bleh main master pagi ni..... HAMPEH!! nak buat camana dah tak dak rezeki.... KALAU semua orang menang sapa pulak nak kalah..... hehe ayat KALAU memujuk hati....
Pendek kata cerita KALAU ni seribusatumalam pun tak habis dan kita tak boleh lari dari dia yang bernama KALAU.... betui tak...?
Barilaan.... ( sekadar santai... menceriakan minda )

Tiada ulasan:

Catat Ulasan